Thursday, June 16, 2011

fenomena HELMET

assalamualaikum.


Sesapa yg tak tahu apa tu helmet? Orang kedah la selalu panggil helmet, kalau bahasa mudahnya Topi Keledar. Rata rata naz tengok la kan mesti ada yg anggap benda remeh ja dengan tak pakai topi keledar, tambah tambah dekat dengan kawasan perumahan..katanya ''ala dekat ja kan, tak jadi apa la'' tau mana tak jadi apa? silap silap Haribulan..haa. Naz tak mau cakap Ok:D lagi satu la 'fenomena' yg naz selalu sangat nampak bila naik van pi sekolah..kan jalan busy dengan budak budak nak pi sekolah. ada juga parent bawa anak sampai 3 orang naik satu moto?? wow. hebat la..tapi naz bukan nak tengok sapa hebat ke tapi bahaya la adik adik kecik tuu duk belakang. tambah tambah parents saja yg pakai Helmet? lagi sedih tengok. apa salahnya beli satu helmet kat anak anak..katanya '' kami tak mampu la, awak tu bukan d tempat saya pun nak comment macam macam '' yes i know, tapi keselamatan anak anak tuu tak boleh dibeli dengan duit tau. kalau sekali dah jadi setakat calar sini, calar sana boleh lagi nak menyesal. tapi kalau nasi dah jadi bubur? ( Ok, no comment ) :) tapi satu hari naz nak pi sekolah, tiba tiba ja nampak atok sorang ni tak pakai helmet pun? baiknya hati dia. biar wife dia d belakang yg pakai helmet. andaian naz dia sangat baik la sebab bg wife dia pakai helmet..wallahua'lam.
apa apa pun, safety first yeah.