assalamualaikum.
athirah nak share a story.
kisah ni tentang seorang lelaki yang baru saja diterima bekerja dengan seorang majikan untuk menebang pokok-pokok di ladang yang berdekatan. lelaki tersebut sangat teruja untuk menebang pokok-pokok tersebut kerana ini merupakan pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan.
pada hari pertama, penebang itu dapat menebang 7 batang pokok. dia menerima pujian daripada majikannya dan membuatkan dia bersemangat untuk menebang pokok pada hari seterusnya.
hari kedua, lelaki itu menebang pokok tetapi hanya 5 batang sahaja.
hari ketiga pula hanya 3 batang pokok sahaja. penebang itu terus kecewa dan meminta maaf kepada majikannya. akhir sekali majikan pun bertanya kepada penebang pokok itu.. '' adakah kamu berehat? '' maka jawab lelaki itu '' tidak'' , soalan kedua pula '' adakah kamu mengasah kapak kamu? '' lelaki itu menggeleng dengan menjawab ''tidak''. akhir sekali baru lelaki itu memahami kenapa dia tidak dapat menambah jumlah pokok yang ditebang.
kesimpulannya, sesiapa pun yang membuat kerja atau belajar berterusan tanpa berehat dan menyegarkan diri seperti solat, berzikir dan sebagainya tidak dapat meningkatkan kualiti hasil kerja tersebut :-)