Sunday, February 12, 2012

Choolie

assalamualaikum wbh
salam 18 rabiulawal 1433H

alhamdulillah athirah ada peluang lagi hari ni nak taip entri seterusnya. athirah lama tak update blog, jadi banyak cerita nak diceritakan. entri kali ni pasal pengalaman bekerja buat pertama kali. athirah bersemangat cari kerja di pekan jitra (hometown) bulan disember yang lepas. dalam fikiran memang nak cari pengalaman hidup dan nak rasa macam mana susahnya nak cari duit tu. mak pun bagi sokongan moral dengan drive kereta pergi lalu di pekan jitra tu. lepas cari dekat lima enam buah kedai satu pun belum jadi rezeki dan sampaila satu masa tu mak inform ada vacancy dekat sebelah studio erobik. kedai tu lebih kurang farmasi tapi banyak ubatan dan herba tradisional serta jual hantaran perkahwinan. athirah kerja dari 10.30 a.m. sehingga 9.00 p.m. 9 jam 30 minit. rehat pun ok dan pekerja pun ada yang boleh terima athirah dan ada yang tak boleh terima lagi, tak pa mungkin tu cabaran! Positif! hari pertama kerja memang penat sangat. balik tu memang pitam sebab lapar dan sakit badan. 


masuk hari kedua athirah demam tapi kuatkan semangat juga nak kerja. cuma prestasi kerja pada hari kedua tu agak teruk sebab banyak barang-barang jatuh. dan tak sangka pula hari kedua tu tauke tunjuk belangnya dan pelanggannya pun gatal. subhanallah. ujian berat sangat sebab tauke tak menjaga maruah dan tinggalkan solat (solat jumaat dan solat wajib) sedangkan dia sering bagi 'talk' dekat pelanggannya tentang agama. hari tu juga athirah berhenti kerja. athirah harap tauke tu dapat hidayah dariNya. ameen.

ni pulak kisah tempat kerja athirah yang kedua.
rezeki tiba lagi. athirah dapat tawaran kerja darpada kawan sekolah lama. katanya bekerja di restoran Korea dalam bandar Darulaman iaitu tempat ***. tauke restoran korea tu memang tengah cari pekerja sebab mereka dapat kontrak beberapa bulan di situ untuk sediakan makanan untuk pelanggan yang datang dari Korea. Teruja sangat dan alhamdulillah mak pun izinkan sebab bekerja di restoran boleh menambah kemahiran memasak dan sebagainya. hari pertama bekerja tu memang tak letih sebab kami dilayan dengan baik sampai dibawa balik ke rumah tauke. tauke fasih berbahasa inggeris, satu lagi peluang kami untuk improve english skill kami. isteri tauke pulak hanya tahu guna key words dalam bahasa inggeris untuk bercakap dengan kami. katanya dia tahu berbahasa melayu tetapi sebutannya seperti bahasa Korea. 

tauke baik dengan kami. soft-spoken. isterinya sangat garang tapi kami berdua anggap benda remeh sahaja. kebetulan kami cuti solat pada hari tu, jadi kami dapat buat kerja sepanjang masa. rehat pun hampir 2 jam. balik awal juga. Masuk hari kedua ja kerja semakin banyak. athirah memang kerap kena marah sebab athirah tak faham dialek dia. athirah faham bahasa Melayu dan Inggeris sahaja tapi bukan bahasa Korea. dia marah tanpa sebab..(badmood rasanya) suka bercakap secara menengking buatkan athirah rasa kecewa. dia pun tahu kami berusia 17 tahun dan tak semua kerja kami boleh buat. lagipun, kami perempuan. isteri tauke suruh angkat bekas pinggan-pinggan kaca. dalam tu banyak pinggan. pinggan hotel, semua orang tahu kan ia sangat berat? perempuan tak boleh angkat berat seperti lelaki sebab perempuan tidak diciptakan untuk tu. badan perempuan tak kuat seperti lelaki.

masa  angkat bekas tu rasa macam nak menangis betapa siksanya untuk turun tangga beberapa puluh anak tangga. tapi kami sabar dan terus sabar..dah sampai tu kami kena basuh pinggan pula. athirah allergik dengan bau makanan mereka sebab makanan mereka hampir kesemuanya diperam sangat lama. dah kerja dengan orang, kena buat juga la.
masuk hari ketiga athirah dah boleh solat. athirah cuba mintak dekat tauke, tetapi mereka membantah sekeras-kerasnya mengatakan tak boleh solat. athirah minta solat 5-15 minit sahaja secara bergilir-gilir dengan sahabat athirah tetapi tak diizinkan  juga dan athirah buat keputusan iaitu berhenti kerja. solat tu penting. kalau tak solat macam mana nak dapat keberkatan? Allah yang memberikan kita rezeqi. dan berakhirlah episod bekerja di restoran. athirah cuma tak puas hati sebab kita rakyat Malaysia ditindas di bumi sendiri oleh orang asing. mereka masuk ke negara ini perlu menghormati budaya dan adat kita terlebih dahulu. bukan kita yang perlu memahami keadaan mereka. daripada mendapat kemurkaan Allah akhirat nanti, baik kita dimarahi majikan di dunia fana ni. sekian.


Laurylrose.