Wednesday, February 15, 2012

knowledge : L.O.V.E meaningful or..doubtful?






salam
22 rabiulawal 1433H

heran kan? kenapa tajuk kali ni LOVE LOVE LOVE sampai dah pening dah tengok. kalau cakap I LOVE YOU rasa macam wah seronoknya! tapi kalau cakap SAYA SAYANG AWAK. rasa macam Ok Ok ja. betul tak? Love ni tafsirannya kasih sayang atau cinta. Cuma tafsiran pemahaman kepada cinta tu yang berlainan.

cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada al Quran, cinta pada ibu dan ayah, cinta dekat keluarga, cinta pada kawan..dan cinta pada semua. cinta pada 'boyfriend' ( istilah remaja ) pulak? tu athirah tak berani nak bagi pendapat. cuma, pada usia belasan tahun macam athirah ni perasaan nak dapat perhatian, nak kasih sayang daripada semua orang mula timbul. sebab tu adalah fitrah. tandanya itu perkara normal kalau kita timbul perasaan ingin disayangi. pepatah pun ada juga mengatakan menyayangi tak semestinya memiliki. kadang-kadang tindakan si pencinta keterlaluan dengan mencari-cari teman lelaki terutamanya di FB atau kawan-kawan rekemen. 




tak salah sebenarnya tetapi kalau betul ingin bercinta pastikan ikut cara yang tepat. kalau berkenan di FB, datang terus jumpa mak ayah cakap nak kenal anak mereka atau senang-senang hantar rombongan sekali. tu menunjukkan si jejaka ikhlas nak bercinta dengan si gadis. athirah cerita berdasarkan pengalaman. ada sebilangan yang sanggup bercinta bermula dengan FB. ayat yang biasa digunakan si gadis atau si jejaka tersebut untuk 'cover' kisah cinta mereka ialah " kami kenal lama dah cuma baru bercinta ja " . sejauh mana kebenaran tu athirah tak pasti. ayat kebiasaanya macam tu lah. 


susah ya nak buat semua tu? benda susah selalunya lagi berharga. perempuan merupakan harta yang paling berharga. analogi yang mudah, perempuan diibaratkan permata. disimpan oleh seseorang kerana permata itu hartanya. belum pernah disentuh. malah diletakkan dalam bekas kaca yang terkunci rapat. harga dalam bekas berkaca sudah tentulah mahal. cuma orang yang berani sahaja yang akan sanggup membayar berapa pun nilai permata itu asalkan dia dapat memilikinya. 

setiap hati kecil perempuan inginkan yang terbaik dalam hidupnya. berseronok macam mana pun ketika bercinta di alam sekolah satu hari nanti pasti mahukan yang terbaik untuknya. setiap orang juga sukakan kisah cinta yang indah atau istilahnya '' sweet love story ''. kisah cinta bukan boleh direka, tetapi ditakdirkan. ada juga seorang senior athirah dulu pernah berpesan jika inginkan seseorang yang baik kita terlebih dahulu menjadi baik. athirah berpegang lagi kata-kata tu. 


soal salah atau tidak dalam bercinta usia muda bukan athirah nak pertikaikan. sebab athirah bukannya seorang ahli falsafah ataupun sesiapa sahaja nak mengutarakan pendapat sesuka hati. cuma hati athirah juga inginkan yang terbaik! jadi athirah juga perlu jadi yang terbaik. Insya-Allah. 


contoh satu kisah daripada kalangan sahabat-sahabat athirah. soal cinta juga. harap cerita ini jadi pengajaran. dia seorang gadis yang sangat baik jika dilihat luarannya. bila athirah mendekatinya cara percakapannya jauh tersasar daripada 'first impression' tadi. bila mengenalinya dengan rapat, Masya-Allah...berbelas-belas kali tukar 'boyfriend' katanya. dan setiap 'boyfriend'nya juga tidak pernah berjumpa. kenal di FB katanya. 


kesimpulannya? usahla sibuk mencari cinta, sebab itu akan datang dengan sendirinya. percayalah. hargai la cinta yang ada sekarang ni dulu okey! pesanan buat yang belum cukup matang untuk uruskan diri tambahan lagi hidup orang lain dan terutamanya pesanan untuk diri sendiri, athirah :)


Laurylrose.