Thursday, March 1, 2012

Kenapa awak bernikah dengan saya?

assalamualaikum.

Bila terkenangkan kisah ni, rasa kelakar pun ada juga sebab kisah ni meningatkan bagaimana kita boleh terjumpa dan terus menikah. Abah saya pernah beritahu dulu, kalau hati ni ada terpaut pada sesiapa terus ajak dia nikah. Haha. susah juga sebab sekarang ni, kalau kita buat macam tu tunggu la sehari dua dapat label macam-macam dan mula la nama 'melonjak' naik.

Hati saya tak pernah terpaut pada sesiapa pun sebelum ni sehingga saya terjumpa awak di stesyen minyak.
kata orang, cinta pandang pertama selalunya akan berakhir dalam masa beberapa minit tapi tak sangka pula cinta saya sehingga sekarang ini.

Saya pandang awak, dan awak tersipu-sipu malu depan saya. mungkin cara saya pandang awak tu pelik agaknta. saya minta maaf ya. tapi awak cantik. bukan cantik kerana kulit halus mulus tapi sebab kulit awak bersih dan seperti ada Nur (cahaya) di wajah awak tu.

Awak ni, isi minyak sampai tertumpah. ( mungkin sebab tengok saya kot? )
sebagai lelaki yang cukup gentleman, terus saya pergi kat awak. membazir ja minyak tu kalau semua awak tumpahkan. Muka awak kemerah-merahan, mungkin sebab awak pandang saya sehingga minyak tumpah.

Bermula saat tu saya pun dah jatuh hati.

dan seperti novel-novel cinta, atau drama awak akan berterima kasih pada saya. Takutnya nak minta nombor telefon masa tu dekat awak. Tiba-tiba, eh awak yang bagi nombor telefon kepada saya. ''Alhamdulillah '' . Awak bagi business card. ''Oh, buka kedai percetakan rupanya'' dan awak terus berlalu pergi.

saya tak hubungi awak lansung, tak tahu la awak tunggu saya ke tidak. kadang-kadang senyuman tu tak membawa apa makna sekalipun, hanya tanda mesra sesama umat Islam saja.

Saya ada berbincang dengan Abah tentang kita pada malam tu juga. Abah yang banyak nasihat dan nasihat.

''kalau nak kat anak dara orang, buat cara elok. kita kan ada adat & hukum hakam. kalau betul berkenan dekat dia, cakap kat dia kau nak pergi merisik dia minggu depan, lagipun kau dah ada kewangan kukuh'' .
wah, abah bagi Green Light la kat saya.

gembiranya tak terkata. esok tu juga saya hubungi awak. seperti dalam kad tu, nama awak Solehah. sedap betul nama awak ya. saya terus menyatakan hasrat saya. Masya-Allah. kebetulan awak juga mencari calon suami.

Terkejut saya. perkara sebegini memang tak dijangka-jangka.
Minggu depan itu juga saya hantar rombongan keluarga untuk merisik awak, dan 7 hari selepas tu kita bertunang.

Alhamdulillah.

Masa tempoh pertunangan tu saya cuba mengenali awak dengan lebih baik. awak sangat baik hati orangnya. patutla awak tidak pernah bercinta sebelum ni, awak memang layak untuk terus mendapatkan seorang suami yang soleh dan dengan harapan saya berharap saya orang bertuah itu untuk memiliki awak.

walaupun dulu awak pernah bertunang..
Terima kasih sebab masih buka ruang untuk bercinta sekali lagi.
tempoh pertunangan hanya setahun. dalam masa setahun tu kita masing-masing sibuk uruskan urusan pernikahan kita.

Masa yang dinanti-nantikan pun tiba. siapa lah yang tak gugup untuk nikah, tambahan lelaki seperti saya pula. dikurniakan bidadari yang sangat baik..cantik peribadinya.

usia pernikahan kita hampir dua tahun. sepanjang pernikahan kita setahun lepas awak ok saja dengan saya. semua perkara awak kongsi dengan saya, syukurnya. awak layan saya dengan baik sekali.
tiap hari saya tak putus-putus ucapkan syukur pd Ilahi sebab mempertemukan kita pada masa itu.

tapi ketika usia anak kita sudah menjangkau setahun dua bulan, perangai awak semakin berubah.
salah saya? mungkin.
awak dah banyak berahsia dengan saya, awak kurang berkongsi dengan saya. awak juga kerap sangat marah-marahkan anak kita. kenapa ya?
masa tu juga mungkin salah saya, kerana saya diberhentikan kerja di syarikat itu.

Solehah, maafkan saya sebab rezeki kita kurang kali ni. tapi saya janji akan buat sehabis baik! percaya lah saya.

saya cuba bercakap dengan awak, berbaik dengan awak tapi ada saja salah saya. mungkin sebab awak yang sara keluarga kita sepenuhnya sekarang ni tapi saya tengah berusaha cari kerja lain.

pada petang kita bergaduh tu ( sebab saya tegur awak ) ,
awak keluar rumah tinggalkan saya dengan anak kita. tak mengapa, mungkin awak perlu menenangkan diri awak. saya izinkan..walaupun awak tak minta izin saya.

saya cuba goreng ikan, nak bagi anak kita makan. walaupun saya tak pernah goreng ikan :)
saya cuba dan cuba cuba akhirnya sampai ikan yang terakhir saya angkat dari kuali. entah bagaimana tiba-tiba minyak kuali tu jatuh kena badan saya. AWAKKK!!!

sakitnyaa badan saya, pandangan saya kelam. walaupun saya cuba gagahkan diri untuk bangun..demi awak dan anak kita.

sedar-sedar, saya ada di hospital keseorangan dan ada sekeping kertas awak tulis, awak balik kampung.
walaupun jadi kecelakaan macam ni pada saya, awak tetap tinggalkan saya. besar sangat ke salah saya kat awak Solehah?

saya cuma nak kita berbincang dan awak luahkanlah apa yang awak tidak puas hati. awak nak marah saya? silakan..
yang penting awak bahagia di sisi saya. cuma satu saya pinta, bersabarlah dalam rumahtangga kita ni. jangan cepat melatah. semua ni ujian, saya bukan tak nak kerja. saya nak..cuma rezeki belum menyebelahi kita. saya bukan tak nak jaga anak di rumah tapi saya terpaksa keluar untuk cari kerja demi menyara kita sekeluarga dan tak perlulah awak seorang yang menyara kita bertiga.


satu lagi, dulu masa bertunang awak dengan lemah lembutnya dengan baik hati berjanji untuk jaga rumahtangga kita dengan sebaiknya.
bahagia saat tu tapi semua dah lenyap..
akhir kalam, saya cuma nak bertanya, kenapa menikah dengan saya? kalau ini akhirnya. saya doakan awak bahagia dengan suami baru awak dan anak kita.



-cereka-