assalamualaikum
ok resepi baru, udang Mayocheese. untuk sesapa yang sukakan simple dishes atau tak larat makan sandwich dengan sardin dh, ubah style! udang Mayocheese with bun lagi best, disebabkan bun susah nak dapat..boleh beli roti Gardenia biasa saja yaa.
Bahan Bahan :
Udang - direbus
daun seleri
Mayonis
Cheese dipotong halus
Cara Cara :
1. Rebus Udang sehingga warna kemerahan dan basuhkan kotoran selepas direbus
2. potong daun seleri kecil kecil, senang nak makan!
3. letakkan mayonis dalam mangkuk
4. potong udang setelah direbus
5. campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan
6. letakkan bahan yang digaul ke tengah roti dan lipatkan jadi segitiga
7. siap, dan hidangkan
laurylrose
No comments:
Post a Comment