assalamualaikum wrt
Tahniah! Tahniah! Tahniah buat adik-adik yang dapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012. Ingatlah, kejayaan masa depan bukan ditentukan dengan keputusan SPM semata-mata tetapi ia sebagai batu pemangkin untuk kejayaan. buat yang belum capai target tu...sabar banyak-banyak. dah usaha, berdoa tapi Allah bagi setakat itu saja maknanya Dia tagguh sekejap kejayaan tu. Dia akan bagi sesuatu yang lebih besar. setiap yang terjadi dalam hidup ni ada hikmahnya :)
cari kelemahan diri sebelum exam spm dulu. kalau rasa diri tu study last minute, ubah sikap tu apabila dah belajar di universiti/ kolej nanti.
Haa entri kali ni tentang persediaan sebelum ke Kolej Matrikulasi. disebabkan athirah bekas pelajar program Matrikulasi, athirah nak berkongsi sedikit la ilmu yang tak seberapa ni untuk adik adik jadikan panduan.
dah ready ke belum?
Buat yang rasa diri tu terpengaruh dengan kata-kata senior,
''payahla matrik, tak ada life''
''ish, matrik bukan bagus pun''
''matrik macam budak sekolah''
dan pelbagai lagi perkara negatif. subhanallah.
adik adik jangan cepat melatah tau. Ya tidak dinafikanlah matrikulasi ni agak tough, tetapi belum ada orang gagal jika dia berusaha di Matrik. Bila diri dah melangkah ke matrik ni...''who want to succeed, he will''
jadi adik adik jangan risau. Matrik/ asasi/ STPM just a platform to us to perform and prove that we are able to stand on our own feet.
Setahun/ 2 tahun sahaja Matrikulasi. Better if you take a year programme if adik adik seseorang yang macam athirah, **tak tahan lama lama. HeHe.
Before this, athirah memang tak nak masuk matrikulasi lansung. Disebabkan keputusan straight a's, rasa tak nak masuk sebab macam tak setimpal dengan usaha blablabla..
sebenarnya TAK.
Matrik tu so far memang bagus untuk semua orang. tak kira berap banyak A pun. Kalau ada kemahuan untuk belajar dan berjaya pasti ada hasilnya. Persediaan pertama, mental. Mental iaitu pemikiran positif. Jika adik adik fikir positif Matrik tu ok, jadi ok di sana. dan dapat bertahun selama 2 sem/ 4 sem. jangan risau.
Persediaan seterusnya, emosi. haa yang ni bahaya sikit. Kalau dapat jauh jauh tu jangan homesick sangat. cari sebanyak mana kawan, sebanyak mana lecturers sebagai bantuan pengajaran. jangan cari masalah...!
Bila kita create masalah tu, diri kita akan timbulkan pelbagai lagi masalah lain contohnya homesick. jangan layan sangat perasaan tu. sedih berjauhan itu fitrah cuma yang penting macam mana nak kawalnya. Bersabarlah.
Seterusnya, keperibadian. Jadi diri sendiri dan tak perlu hipokrit untuk tackle kengkawan baru. No, please dont do that. Nak bertahan sesuatu hubungan dengan sahabat tu janganlah kerana lain melainkan kerana Allah. Inshaallah.
athirah beruntung kerana dapat Kolej Matrikulasi Kedah. Kenapa?
Sebab sahabat-sahabat di situ baik belaka.
Tak ada la nak tikam belakang atau pelik pelik sebab kebanyakan mereka dekat dengan Allah, mereka jaga hubungan dengan Allah.
Habluminallah, Habluminannas.
Bila tersasar sikit, ada orang akan lead kita. Matrik setahun ja adik adik. bukan lama untuk improve diri sendiri. sekejap sangat! Pejam celik saja.
Seterusnya rajin rajinkanlah diri untuk berdisiplin. alhamdulillah athirah dapat roomates yang agak rajin terutama dalam menjaga kebersihan, kekemasan dan disiplin dalam belajar. itulah yang nak melatih diri kita menjadi pelajar cemerlang dari semua segi. slow and steady ja okey belajar berubah.
setiap orang melakukan kesilapan, tetapi beruntunglah orang yang telah tersilap kerana mereka mempunyai ruang luas untuk memperbaikinya.
Niatkan di dalam hati masing masing, niat pergi belajar kerana Allah Taala dan niat hendak menuntut ilmu. Jika terdetik di hati nak cari teman lelaki baru, matrik akan jadi satu proses pembelajaran membosankan.
so, perbetulkan niat. Remind yourself everyday in every prayers.
Bersedia dari segi perkakasan juga sangat lah penting. Nak tahu kenapa? tunggu next entry. =)
No comments:
Post a Comment