assalamualaikum,
1 syawal 1434 H.
Hoih, eksaitednya athirah sampai nak update blog pasal 1 syawal.
Hopefully semua dah kenyang sekarang. Ibarat tak makan 1 bulan. Padahal puasa siang je, 12 jam sehari (lebihkurang) darab 29 hari..so it becomes, kira sendiri lah.
Sebenarnya cenggini ceritanya. Pagi macam biasa. solat sunat raya di surau berdekatan.
selepas pulang dari solat sunat. around sejam selepas tu..ada pula orang datang. Ingatkan budak budak, bila tengok dah besar rupanya. kategori atas sikit dari budak.
Terpegun.
sebab suara garau macam dewasa dah. sorang umur 15 tahun dan sorang lagi 17 tahun. Adik uit dah besar ye kamu berdua. Disebabkan diri ni masih lingkungan belasan tahun juga athirah pun layan lah dengan mesra. satu soalan ditanya satu jawapan dijawab.
ish. elaborate sikit boleh ke tak adik.
penat nak tanya. dah brainstorm depan meja makan semata mata nak tanya soalan sambil mereka menjamah makanan. dah tu eyecontact yang digunakan menandakan beliau seorang yang sangat jujur. ihiks. jujur le sangat ya. athirah pun kelam kelibut sebab malu kan.
out of sudden.
mereka pun nak beransur pergi. athirah pun iyakan saja, dah besar kan tak perlu la duit raya. anggap saja ni menziarahi jiran tetangga. adik berdua ni balik ke kampung halaman (Taman tunku sarina 2). 15 tahun tu dari selangor, 17 tahun dari alor setar.
dah nak balik tu.
tetiba adik 15 tahun nak bersalam dengan athirah. er. terpegun seketika sambil tengok tangan dia dan tetiba athirah hulurkan tangan, macam terpukau pulak. Mujur Allah bagi detik kat hati masa tu. terus athirah tarik tangan cepat cepat dan gelabah haha
Gelabah dan cakap ''eh eh eh kita bukan mahram, takleh takleh..Maaf ya''
dia blushed, dan terus salam abang ipar dan balik. kesian pula. tak berniat nak sombong atau apapun. I am nineteen yrs old. kalau athirah baya makcik pun tak boleh salam juga sebab tak ada pertalian. for those adik yang dah baligh tu.. Mohonlah take note dengan siapa boleh bersalam dan dengan siapa tak boleh ya.
penting tu. kalau nak kira open minded tu memang orang yang tak fikir pasal ni adalah orang yang narrow minded. sebab tak hormat orang lain. Haa.
second story is,
Melawat saudara mak. sunyi rumahnya. dia sorang, nampak sedih saja. dia ajak makan tapi kami berdua tak mahu. Bukan saja tak mau makan tapi saja melawat plus tak mahu susahkan dia. dia pun ceritalah dia tak beraya mana sebab selepas balik dari kubur dia sedih sangat teringatkan arwah anaknya yang meninggal 7 bulan lepas.
atas alasan anaknya meninggal tu tak sure, tetapi a few weeks before anaknya (lelaki) kemas bilik tidur sekemas kemasnya, rajin menunaikan solat, tak banyak bercakap, dan banyak update status pasal nak meninggal. hari terakhir bersama anaknya adalah ketika anaknya nak meninggalkan rumah. saat tu 8 ekor kucing arwah mengekorinya sampai ke pintu kereta. dan dia pun minta ayahnya jagakan kelapan lapan kucing tu baik baik.
ayat terakhir untuk ayahnya.
Masa ayah dia cerita tu. rasa seperti.. ''Allah, terimakasih kerana masih beri peluang kpd aku untuk berbakti kepada orang tuaku dan merasai nikmat kasih sayang ahli keluarga di dunia ni''.
athirah happy tu happy juga cuma bila jadi macam ni rasa seperti bersyukurnya.
Moment bersama yang tersayang itu lebih bermakna pada hari kemenangan seperti ni berbanding nilai pakaian baru, make-up baru bagai.
alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment