Sunday, September 15, 2013

hidup baru

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

assalamualaikum wbh

Finally. Got time to update this latest entry. Rasa macam dah berkurun sangat tak update. sekarang awal-awal pagi mengadap laptop kan. so hectic. alang-alang menyiapkan assignment, terus bukak capaian ni dan update. Allah. thanks for this nikmat. dapat juga kongsi ilmu dengan sahabat. Moga Allah berkati. ameen.

***

Hari pertama mendaftar di UPM Serdang, aku berpakaian formal. iaitu baju kurung pink, selendang (macam biasa aku pakai) dan kasut bertutup. sehari sebelum tu aku tinggal dengan Mak di Hotel Amani, Bangi. Dah habis mendaftar apa semua mula mengangkut barang ke bilik. Ok la. Bilik aku di blok B, which is the first block will be found. ada sistem ''Park and Ride'' actually tapi aku dan family decided untuk berjalan. dekat jela. hehe. masa tu ada aku, Mak, kak long, abang zul, dan kakak Ea. setiap sorang mengangkut sakan la. alhamdulillah.

a lot of thanks to you all. tabarakallah.

Hari pertama tu juga start orientasi. petang tu kami kena kutip sampah di tempat pendaftaran. first impression aku kepada students kolej 17 ( student medic, medic veterinar, nursing, dietician dan nutrition ) adalah sangat kagum. altho orang suruh kutip sampah, laju ja kutip sampah. Tak ada rungutan, enjoy je kutip sampah. so within a few minutes. clear dah kawasan bahagian masing-masing. since aku orientasi sampai 7 hari, aku cerita part yang best jela ok

sistem kolej 17 lain sikit. sistem apartmen. so kami duduk dalam rumah ada lapan orang. satu bilik 2 orang. alhamdulillah. never expecting such this comforts. Dalam rumah ada semua la kecuali dapur masak, peti ais, microwave bagai. Tak boleh bawa pun. Tapi ini pun dah cukup. heater dan iron pun boleh pinjam, letak ja dalam rumah. tapi aku bawa sendiri.

dalam minggu orientasi juga, ada kelapangan masa kami akan belajar buat cheers. cheers kolej untuk battle dengan kolej lain. Banyak juga la cheers. dalam 6 atau 7 cheers. Ingatkan tak best, tapi best. 1 benda boleh belajar dari cheers which is UNITY. hey bukan senang nak unite dalam kelompok 4 ratus lebih satu kolej ni haa. musuh cheers kami ialah k-ten. iaitu kolej 10 la. mereka tu lelaki belako, suara kuat. tapi kami ramai. so meriah la.

selain dpd tu, naik bas dari kolej 17 ke Dewan Besar ( di Main campus ) setiap kali ada event melibatkan semua kolej. ini pun seronok maa. sebab berdiri dalam bas kalau kita lambat. berebut-rebut bagai, kih3.

1st week tu juga tetiba dapat announcement '' pelajar doktor perubatan veterinar kena ambil suntikan ''. halamak, suntikan apa pula. rupanya suntikan tetanus. kalau nak tahu untuk apa suntikan tu sila guna Mr.google kesayangan. so pergi suntik. Yes. memang sangat sakit ok effect selepas tu. Masa cucuk macam tak sakit. sangkaan jauh meleset. 

dalam minggu tu juga ada LDK. kurang malu sikit bila dah buat LDK, budak kolej 17 memang sporting even dia tengah malu sangat. so..OK la tu. Open-minded. haha. LDK ni macam-macam juga la buat tapi tak banyak sebab kekangan masa. Kalau cerita dari segi masa packed ke tak tu, ya memang pack juga la. sebab tidur lewat bangun awal. itulah orientasi. kalau dop bukan orientasi le tu.

Lagi, apa lagi?

ha. satu lagi suntikan. suntikan HPV. untuk mencegah kanser serviks. I kena suntikan 2x la kiranya dalam masa seminggu. kebal kan. tapi ok la tak teruk pun suntikan HPV kalau compared to suntikan tetanus tadi tu. Makanan disediakan untuk semua students di sini. sepanjang minggu orientasi ja la, * jangan melampau

Fasi kami students 2nd year. Mungkin 3rd year ada juga, kut? Tak pasti. apapun terimakasih kepada anda semua. memang best lah! sporting. dan fasi-fasi menutup aurat dengan sempurna, tabiklah.. alhamdulillah

banyak group kami formed. so memang kenal ramai orang la. dan semua tak sombong. Buat masa sekarang la. hehe. selepas ni if terserempak jangan lupa bagi salam. aha. 

1st week belajar pula which is 2nd week tinggal di sini, dah mula belajar. cari kelas, cari kelas. hehe. Kos kami 117 orang. jumlah tak tetap pun, kejap naik kejap turun. nervous I tau nak mula belajar. Lecturer memang hebat-hebat belaka. Prof, Dr bagai. Allah. mudahkan urusanku untuk menerima ilmu. 

dan jauhkan aku daripada hilang fokus, iaitu buat benda merepek kat sini. kalau cakap pasal percampuran tu aku cuba control. Biarlah apa orang nak fikir pun, selagi tak ada urusan selagi tu aku tak berhubung atau cipta connection dengan boys. sat lagi aku berkenan, susah. JOKE. kawan perempuan ramai, tak apa. 

dari mula tak berapa nak minat sangat (half-half) terus jadi minat dengan veterinar. yey. Allah is The Best Planner. He creates our future better than us. sometimes we're not realised it at all. sometimes we pray just because we want something not because a lot of things we're thankful of. ha. ada students foreigner juga sini. benda pertama aku dapat tahu is..Tahun kelima nanti ada presentation sorang sorang di hadapan beberapa lecturer luar negara. 

Ok letak tepi sat benda tu. Nanti fikir. 

kalau dari segi roomate, housemates memang syukur sangat. roomate walaupun tak bertudung labuh..mashaallah, dari segi amalan dia hanya Allah saja tahu menilai. bagus budaknya. Lemah lembut, al Quran setiap hari tak tinggal, al Matsurat pun tak miss, positive thinking, open-minded, pembersih. almost perfect la. hehe. 

Housemates pun ok juga. sangat menitikberatkan tentang kebersihan, aurat. ha point out aurat ni, rasa nak menangis pun ada., semua menjaga aurat dengan baik. even kaki pun, mereka jaga. alhamdulillah~ 

bakal-bakal isteri solehah, dan ibu yang melahirkan anak-anak pejuang Islam kelak. 
ameen.

Kalau aku ajak pergi surau, jawapan mereka satu ja ''JOM''. Allah. mudahnya nak buat kebaikan kan kalau environment macam ni. syukur. Latihan keimanan dalam diri aku kan tak cukup, so aku memang sangat memerlukan keadaan macam ni. Moga berkekalan til fifth year. ameen. conclusion di sini ialah, UPM memang sangat best.

Rasa bersemangat tau nak siapkan assignment ni ( lepas settle update blog ). Inshaallah ada kelapangan lagi nanti, aku akan update lagi dan lagi. rindu sup ayam mak. sobs.


No comments: