Thursday, March 1, 2012

dilahirkan tak 'loaded'

assalamualaikum

kenapa aku tak kaya macam budak tu? kenapa dia boleh beli benda tu tapi aku tak boleh?

persoalan tu athirah pernah dengar dan masa kecil-kecil dulu memang selalu athirah terfikir juga. 

terbayang-bayang nak swimming pool dalam rumah - fikiran kanak-kanak.

pernah jadi tak dekat diri sendiri? 
jangan sedih, jangan sedih dan jangan sedih.

walaupun kita tak dilahirkan sebagai insan kaya dan mewah harta tapi jadi lah insan yang mempunyai kaya hati. 
orang cakap senang ja kan ''kaya hati la, apa la'' . betul, kaya hati sesuatu yang semua orang tak nampak tapi bila dizahirkan semua orang akan terpana, terpikat dan sebagainya. kaya hati yang dimaksudkan tu akhlak, peribadi kita.

jadi, apa kena mengena kaya hati? 
hiasilah diri kita dengan perwatakan dan akhlak yang baik. sekolah rendah dulu kerap sangat hafal nilai murni seperti sabar, baik hati, tolong-menolong, dan sebagainya. tak salah kita terapkan sikap tu dalam akhlak kita. tak salah dan tak rugi. 
secara amnya, jika kita dapat lihat status kawan-kawan di FB. 
kalau tulis ayat-ayat ''bengang'' atau ayat-ayat ''hot'' ja mesti dapat sambutan beratus-ratus comment. 

jika tulis ayat berunsur kebaikan, mengajak kebaikan hanya yang betul-betul pandang dengan mata hati sahaja memberi respon. tak percaya? boleh cuba lihat sendiri. 

pengalaman athirah sendiri, seorang gadis menyatakan hasratnya untuk berubah. mula lah mendapat comment bagaikan kelajuan peluru memberi respon ( ketawakan si gadis itu & mengejek-ejek beliau )

dan akhirnya beliau yang sememangnya mengharapkan sokongan kawan tu terus menghentikan hasrat beliau untuk berubah.
sekurang-kurangnya jika kita tidak kaya harta, berilah peluang untuk diri kita sendiri memiliki harta paling berharga iaitu kaya hati. kaya hati juga akan membuatkan diri kita ketenangan hakiki terutama tika kesusahan.  
apa maksud athirah dengan ketenangan hakiki? 

cuba terapkan sikap sebagai seorang penyabar, sabar dalam setiap tindakan. jika ditimpa musibah, Insya-Allah anda akan berasa tenang dengan kesabaran anda. tapi kalau anda kaya harta dan tidak kaya hati? 
boleh juga tenang, dengan menggunakan kemewahan yang ada untuk menenangkan diri tetapi tidak kekal. percayalah, fikiran akan kusut kembali bila terkenangkan musibah itu

kaya hati tak susah. cuba dan cuba buat perkara kebaikan. sebagai manusia biasa, kadang-kadang apa yang baik tu kita tak suka, benda yang tak elok tu yang menjadi kegemaran.

lawan diri sendiri untuk suka perkara kebaikan. buat benda baik. mulanya memang orang tak puas hati dengan kebaikan tapi lama kelamaan kebaikan tu akan menjadi sebati dengan diri sendiri dan menepis semua perkara tak elok yang nak datang kat diri sendiri

kaya hati.

tak semua suka, tapi jumlah orang suka dengan insan kaya hati ni lebih banyak pengaruhnya dari insan yang tidak pernah bagi peluang untuk diri sendiri menjadi insan kaya hati. nak tahu pengaruhnya....

bukan di FB semata-mata
bukan di alam maya semata mata
bukan dengan laungan sorakan semata-mata 

tetapi dengan hati juga. jika kebaikan kita dipandang orang lain, dijadikan contoh. alangah bagusnya dunia ini. kaya harta sudah sepi tak dipandang lagi. 

jadi, cubalah dan beri ruang untuk diri sendiri merasai kaya hati. Insya-Allah :")


laurylrose