Thursday, March 1, 2012

Ibu

assalamualaikum

athirah saja buat 'hot' sikit ya tajuk kali ni. siapakah dia? wah, sangat berdebar ya masing-masing.

jujur dari hati yang ikhlas dan romantis. athirah sayang sangat kat dia. dia lah satu-satunya insan yang sentiasa ada dengan athirah tak kira senang atau susah. sentiasa ada. insan yang sentiasa dengar cerita athirah. terutama ketika balik sekolah dulu. teruja sangat nak jumpa dia sebab dia mesti akan ambil berat tentang athirah.

nak cari pengganti, susah sangat.

memang sampai bila pun tak akan ada yang sama dengan dia. dia baik, penyayang, sanggup berkorban apa jua untuk athirah, penyabar dengan karenah athirah, apa athirah nak dia akan bagi, kasih sayang dia untuk athirah sangat berharga. 

siapa BELIAU? 

khas untuk bonda athirah, Pn Harnah.

serius dan serius. she sacrificed a lot. 
setiap ibu sanggup saja nak buat apa pun kat anaknya. kalau sekali ibu terbuat salah, mula lah anak anggap macam salah tu seumur hidup ibunya buat. athirah berdoa & mengaharap pd Ilahi supaya jauhi lah diri athirah daripada menjadi anak derhaka.

doa untuk ibu bapa.

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin..