Thursday, April 19, 2012

motivasi diri

assalamualaikum

dah nak masuk empat tahun athirah sebagai Blogger. pernah juga terdetik di hati dulu nak padam Blog sebab ada sebilangan kawan-kawan sampaikan berita angin tentang Blog yang membuatkan athirah rasa tak selesa dan takut.

tahun ni juga athirah akan masuk umur 18 tahun dan bakal melanjutkan pengajian di mana-mana insititusi di Malaysia. sepanjang lima bulan cuti selepas SPM banyak yang athirah belajar tentang hidup. 

experience is the best teacher - I agree

Athirah juga jadi kaunselor tak bertauliah untuk kawan-kawan. dengar masalah, dan tolong setakat mana yang mampu. bila dengar masalah orang, athirah rasa bersyukur sangat sebab athirah melalui Fasa Hidup yang lebih baik daripada mereka.

bermacam athirah dah lalui sepanjang lima bulan ni, dan ramai jenis ragam manusia yang sempat athirah kenal melalui Kem, berniaga, kursus, pekerjaan dan sebagainya. kita tak boleh sangat melayan perangai setiap orang, dan mengharapkan sesuatu yang tak mungkin kita dapat dari mereka. kadang-kadang apa yang kita nak, kita tak dapat. cuba kita fikir balik..apa yang kita nak, tak dapat..dan apa yang kita tak nak tapi kita dapat? sebenarnya mind-set kita tu yang nak corakkan semua corak hidup kita.

cuba kita anggap apa yang kita tak nak itu sebagai satu anugerah? bahagia dapat kita kecapi bila kita memberi kebahagiaan kepada orang. athirah pernah belajar daripada seseorang, kata kunci yang penting adalah ''cintakan hikmah'' . 

bila kita cuba cuba dan cuba suka dengan apa yang kita dapat tu, ia akan hasilkan satu perkara yang lebih baik. tak percaya? cuba dulu ^^

daripada pengalaman athirah yang cetek ini, harap dapat beri sekurang-kurangnya ilmu yang bermanfaat untuk anda. 

athirah pernah juga lihat seseorang dan teringin untuk jadi seperti dia dan mengharapkan kebahagiaan sepertinya. meniru tak semestinya langkah terbaik untuk capai kebahagiaan. cara orang tu mungkin berbeza dengan kita. dengan ''cara'' atau ''attitude'' seseorang tu dia akan bahagia. kita pula? cuba sesuatu yang sesuai dengan diri kita
kebahagiaan tu apa yang kita rasa, bukan dengan apa yang kita nampak dan tiru.

sekarang ni, apa yang athirah mengharapkan adalah...athirah dapat melalui masa depan athirah dan cabaran yang akan datang ni lebih baik!! Yang penting...
Yakin dengan diri sendiri dan kita lebih tahu kemampuan diri kita =)


Laurylrose