assalamualaikum
haa..lama tak update blog dan tak tambah tambah entri di blog ni. tak ada kesempatan nak online. result? past two years, athirah beritahu juga result PMR jadi tahun ni nak share happiness dengan kawan kawan juga tentang result SPM!
21 Mac 2012 - keputusan SPM diumumkankan
bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari..
siang berganti siang, malam berganti malam..!
Finally, sampai juga tarikh yang dinantikan. malam tu alhamdulillah dapat nikmat tidur dengan aman walaupun hanya 5 Jam ( teringat zaman belajar tidur 5 jam saja )
keesokan paginya..mak ada cakap, teringin nak masuk sekolah sekali nak ambil result dengan athirah. risau juga kalau tak izinkan mak masuk nanti terkilan pula hati ibu kan. macam mana pun athirah rasa sangat sangat bersyukur dapat ibu yang supportive dan well-motivated.
bukan senang tau dapat mak yang macam tu. dapat spend masa dengan anaknya ni untuk ambil keputusan SPM - selepas 12 tahun belajar. jadi, athirah dan mak berada di depan pintu gerbang Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra tepat 10 pagi.
tiba-tiba rasa hangat di pipi
OK, athirah dah menangis..takut sangat waktu tu. berdebar segala debar. athirah mengharapkan sesuatu hasil yang memuaskan hati. mak pun pandang semacam ja, suara pun dah lain..mak tenangkan athirah. see? mak kita ni sanggup buat apa saja kan untuk anaknya.
tak marah pun walaupun anaknya ni panik!
sampai masuk dalam dewan dalam 10 pagi lebih macam tu, ada cikgu favourite athirah lalu depan athirah dan mak, dah sengih lebar..''tahniah'' itu yang keluar dari mulut cikgu.
lagi menangis athirah sebab athirah tak boleh faham lagi tahniah untuk apa.
tak sempat nak tanya cikgu tu laju ja jalan pergi kemana ntah. athirah pun cari tempat duduk yang tak seberapa nak strategik..tak mahu kelibat dipandang orang.
lepas dengar ucapan, hati memberontak tak tahan nak tahu keputusan..!!
* hati pun tedetik..teringin nak naik pentas tu *
satu demi satu nama diumumkan..pelajar Cina dan India ramai, Melayu hanya beberapa orang sahaja. sebelum diumumkan cikgu ada beritahu lima belas orang sahaja yang dapat semua A
sabar athirah...tiba tiba dengar nama ''Siti Nazratul Athirah binti Ismail''
badan bergetar-getar sebab terkejut, terus menonong pergi ambil slip dan lepas tu peluk mak puas-puas!!
alhamdulillah
TERIMA KASIH ALLAH
TERIMA KASIH CIKGU
TERIMA KASIH MAK
TERIMA KASIH KAKAK-KAKAK
TERIMA KASIH IZZAT
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!
walaupun cuma A campur-campur, bukan semua A+, Athirah bersyukur sangat sebab itu yang athirah nak sebelum SPM..athirah tak kisah apa jenis A pun. sebelum SPM athirah dah niatkan nak bagi dapat semua A sebagai hadiah untuk mak, dan bagi mak bahagia! terima kasih semua sebab bagi sokongan semasa perjuangan belajar dulu. Athirah target : Pharmacy. Insya Allah, kalau ada rezeki.
ini ujian daripada Allah sama ada kita nak jadi orang bersyukur atau tak..=)
Laurylrose