Tuesday, November 6, 2012

Bersyukurlah

Seronok sangat apabila mata meliar pandang rakan-rakan yang memang dilahirkan mewah. kehidupan mereka sangat selesa, kadang-kadang hati terusik dengan rasa cemburu melihat kawan-kawan memiliki gadgets yang 'up to date'. 

kawan-kawan gather dan hang out sekali. Ok, sekali lagi cemburu. Tambahan pula mereka cantik-cantik belaka dan kacak-kacak dari segi paras rupanya.

astaghfirullahalazimmm..kenapa asyik mengeluh ja? cuba sesekali kita fikir pula apa yang kita ada. sebenarnya kita tidak sedar, apa yang kita miliki tidak semestinya ada orang memiliki perkara yang serupa. asyik mengeluh dan mencari kelemahan diri saja. janganlah zalimi diri sendiri. buatkan diri penuh dengan rasa bahagia. cemburu tidak salah tetapi kebanyakan kita penuh dengan rasa cemburu yang memudaratkan diri. Apa yang kita miliki dah mencukupi sebenarnya lainlah jika anda memang tidak pernah makan sebutir nasi di bumi bertuah(Malaysia) ini. tu memang patut cemburu. Jika kawan mempunyai 'couple', patut ke cemburu? jika kawan mempunyai telefon bimbit s3, perlu cemburu? 

cemburu yang meningkatkan semangat diri kita, itu perlu. jika sebaliknya, rid it off! bukan sahaja cemburu dapat memperbaiki diri malahan memudaratkan diri kita sendiri. Ambil masa beberapa minit untuk berdiam diri dan berfikir(intapersonal communication). Kalau rajin ambil sekeping kertas tulis apa yang kita miliki dan fikir apa yang kita dah lalui semenjak beberapa tahun hidup. 

dah berfikir? 

bertuah kan kita sebenarnya! semenjak saya menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Kedah hujung bulan Mei dahulu, saya sudah mengerti apa tu sebenarnya nilai syukur. Bila diri ni dah mengenali pelbagai jenis rakan, alhamdulillah...saya berkesempatan untuk menilai apa jenis rakan yang saya perlu dekati. Setakat ini ada dua orang rakan baik yang memang baik dengan saya. bukan kerana harta, cantik ataupun lain-lain. 
mereka baik dengan saya kerana mereka melengkapi sebahagian kehidupan saya. Mereka dapat mengubah saya menjadi seorang yang memang berfikir 'out of the box'. Cukup la saya kenalkan mereka sebagai Syifa dan Sinthu.

Satu perkara besar yang saya belajar dari mereka ialah menyayangi ibu bapa. dalam sehari, lebih kurang 3x mereka akan menghubungi ibu/ ayah mereka. ya Allah.. lembut sahaja suara mereka dengan ibu/ ayah. Bertanya khabar keluarga. Sering meminta kebenaran untuk melakukan sesuatu. keberkatan daripada ibu/ ayah sangat penting terutamanya dalam hidup di dunia sementara ini. kejar akhirat, insya Allah dunia mengekori kita.

kedua, saya belajar kesungguhan dari mereka. Sinthu merupakan rakan sebilik saya. Dia sangat rajin belajar. beliau mempunyai kesedaran dalam diri bahawa Matrikulasi tempat singgahan untuk kita melanjutkan pelajaran dan tempat yang memberi peluang kedua untuk kita. setiap hari beliau akan belajar bersungguh-sungguh di meja belajarnya. Alhamdulillah..saya dapat ikut kesungguhan beliau. syifa juga bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Bagi beliau, jika belajar setakat apa yang tercatat di dalam buku memang tidak menyeronokkan. kesungguhan beliau ialah sikap 'explore' dalam dirinya. 

ketiga, sikap suka membantu. Sinthu dan Syifa memang suka membantu saya terutama ketika susah. Perkara utama yang dibantu ialah belajar. Walaupun kami bertiga lebih kerap belajar sendiri dan bukannya study group, apabila berkongsi ilmu..pelbagai ilmu dapat dikongsi :)

keempat....agama. Alhamdulillah syifa seorang yang saya boleh tafsirkan sangat baik. Mungkin dia tidak mempunyai ilmu agama menggunung hingga ke langit, tetapi dari segi tindak tanduknya membuatkan saya lebih rasa indahnya hidup sebagai seorang Muslim. 

kalau ditafsirkan satu-satu sikap positif mereka, tidak terdaya saya nak menulis. pelbagai perkara yang saya belajar daripada mereka terutama kehidupan yang lebih baik. bukan kawan setakat untuk berseronok sahaja. Sinthu dilahirkan sebagai seorang yang agak bertuah kerana kehidupan yang serba mewah tetapi beliau membalas jasa ibu dan ayah yang memberikan keselesaan padanya dengan belajar bersungguh-sungguh. Kadang-kadang kawan lain berfikir saya bersikap bias dengan memilih kawan yang cerdik-cerdik sahaja. tidak.. saya kawan dengan semua jenis orang iaitu mereka yang sentiasa ingin memperbaharui sesuatu dalam kehidupan.

janganlah ubah sikap semata-mata untuk diterima orang lain sebaliknya jadilah diri sendiri yang sentiasa inginkan kebaikan untuk diri sendiri. Sekarang, saya dikelilingi rakan-rakan dan ahli keluarga sebagai supporter. Kawan yang sentiasa membimbing saya untuk jadi yang lebih baik. Tinggalkanlah perkara yang sia-sia untuk diri sendiri(itu yang saya cuba belajar sekarang). Berikan manfaat, atau menerima manfaat.

saya rasa bertuah dan bersyukur dikurniakan ahli keluarga yang cukup hebat, sahabat baik yang sentiasa percayakan saya sebagai sahabat dan pensyarah yang sentiasa penuh diri dengan ilmu.

Satu lagi perkara yang saya syukur sangat ialah kemudahan belajar. Alhamdulillah..
saya rasa mudah belajar(berkat dari doa seorang ibu) dan juga fasiliti sekeliling. Ibu atau panggilan mesra saya, Mak seorang yang ada 'beauty from inside'. Insan yang sentiasa menjadikan diri saya bernilai dan berharga, Thanks a lot mom;)

Antara sedar atau tidak kita sebenarnya hidup dengan penuh rahmat Allah. Dia sayangkan kita, sebab itu hidup kita selesa sahaja. Jika diuji, itu tandanya Dia lagi sayangkan kita! bertuahnya..

Cari peluang dalam hidup ni, jika dah dapat peluang tu. Genggam dan usahakan peluang tu sebaiknya. Jujur..peluang sama tidak akan dapat buat kali kedua sebab itu pentingnya bersyukur. Sekarang semester 1 di Kolej Matrikulasi Kedah sudah berakhir. tinggal baki 5 bulan sahaja lagi perjuangan saya di sana. 

saya doakan yang terbaik untuk rakan-rakan yang sentiasa berusaha supaya berjaya! amiinnnn 


No comments: