Thursday, November 8, 2012

hikmah ada ''border'' boys and girls

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat sahabatku. Harap semuanya akan sentiasa dalam nikmat Allah swt. Saya tidak searif dengan rakan rakan yang sememangnya dari sekolah agama untuk menulis tentang hal ini tapi hati terdetik untuk menulis entri ni sebagai perkongsian semua pelajar KMK. Kebanyakan yang saya tengok, membangkang apa yang pengarah buat. Cuba tanya kepada diri sendiri. Kenapa? Kenapa hati sentiasa nak memberontak dan membangkang?

Sebahagian jawapan yang diterima.

'' alah kalau asing lelaki perempuan nanti masuk U jadi culture shock pulak sebab tak pernah duduk sekelas dengan lelaki, haa kan lagi teruk '' .

'' asing lelaki perempuan buat pa!! boleh la kongsi ilmu kalau lelaki dan perempuan duk sekali. perempuan kan rajin, lelaki pandai. boleh berkongsi ilmu ''.

'' aku tak paham la motif dia, nak buat jadi sekolah agama ka apa ha ''

dan pelbagai lagi jawapan yang pernah saya dengar. Cukupla tiga jawapan tersebut untuk dibuat sebagai contoh. Saya rasa ketiga-tiga jawapan di atas sama sekali. Bukan tujuan saya untuk membangkang anda tetapi dengarlah dulu wahai sahabat yang cerdik-cerdik belaka. ^^, Tidak ada istilah untuk culture shock di universiti nanti. Sebenarnya ini bermula dari diri anda sendiri. Orang yang culture shock sebab utamanya adalah mereka terlampau inginkan sesuatu dan diri disekat untuk mendapatkannya sekian lama dan apabila mempunyai ruang, mereka akan mendapatkannya dan itulah membuatkan culture shock iaitu kejutan budaya. Cuba bagi peluang kepada diri kita untuk pandang positive side kenapa pengarah buat macam tu? Tidak ada istilah culture shock. Itu langkah untuk kita melatih diri sendiri supaya bergaul sesama jantina yang sejenis. Ok, untuk jawapan kedua di atas. perkongsian ilmu antara lelaki dan perempuan. Setiap kuliah nisbah lelaki dan perempuan 1:8 (lebih kurang la), exception for S2. Perempuan selalunya yang mengeluh sebab tak dapat berkongsi ilmu dengan lelaki. Sedarlah, perempuan di KMK kan ramai..dan ramai yang cerdik-cerdik jadi boleh juga perkongsian ilmu berlaku kan? 

haa pasal sekolah agama ni isu sensitif sikit .Saya rasa kita sudah cukup besar untuk tahu apakah agama kita sekarang? Agama kita sendiri tidak menggalakkan lelaki dan perempuan sekali. Kenapa nak marah kepada pengarah? Beliau sudah jalankan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin. Alhamdulillah...bertuah kita duduk di Kolej tu sebenarnya kawan-kawan. Pengarah sayangkan kita, beliau mahukan yang terbaik untuk kita. Jika dia tidak mencegah, adakah anda mampu mencegah diri anda sendiri? Jika mampu, kenapa masih mengeluh dan merungut? Positive sides yang kita boleh nampak dengan pengasingan lelaki perempuan?

Pertama sekali, lebih fokus. Saya pasti dan sangat pasti ada dua jenis pelajar perempuan. Satu yang pemalu dan satu jenis lagi sempoi dengan pelajar lelaki. Mostly saya tengok pelajar lelaki duduk di belakang sekali manakala perempuan di barisan hadapan(tutorial class). Bagi pelajar perempuan yang malu, pasti tidak selesa di dalam kelas. Bimbang diri diperhatikan dan ini menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berada di hujungggg dunia( i mean hujung kelas ) dan tidak aktif dalam kelas. sebab? MALU. mereka akan menjadi tidak fokus! Jadi, dengan pengasingan lelaki perempuan akan membina keyakinan mereka dahulu sebelum berhadapan dengan lelaki di Universiti nanti. melatih diri mereka untuk fokus dahulu dalam kelas sebelum berhadapan dunia luar. haa, yang sempoi dengan pelajar lelaki pulak? tu pun boleh menyebabkan anda tidak fokus dalam kelas. Asyik nak berkawan, bergaduh ala ala vanila coklat atau memang bergaduh sungguh! kesimpulannya, perempuan tidak perlu control cun dah dalam kelas(just kidding, hehe)

Kedua, tidak ada sistem ''aku suka padamu''  pada hujung semester.
Ni current issue sekarang. Jika sekelas lelaki perempuan mulalah hati bertaut walaupun sebenarnya memang tidak ada perasaan langsung, tetapi entah kenapa hormon cinta keluar secara membuak-buak. ok, itu bukan hormon cinta. Macam mana ya saya nak explain? untuk pelajar sains, dia macam London dispersion force. lemah saja ikatan tu..tapi bila duk dekat dia akan jadi lagi kuat kuat kuat!! macam hydrogen bond. Ok saya merepek. berbalik kepada isu semasa. bila sekelas sesama jantina, mungkin..mungkin tidak ada istilah jatuh cinta dalam kelas dan segala meeting kelas atau sebagainya tidak akan ada tidak keseriusan dalam perjumpaan. tidak akan ada jelingan manja di kelas, tidak ada jantung berdegup kencang di kelas tatkala mata memandang gadis/ teruna yang dicintai. IT WOULD NOT HAPPEN- IN CLASS. Luar kelas tu wallahu'alam. 

ketiga, menjadi pelajar cemerlang. Bagus sangat dengan kenyataan ni. Saya suka dan gerenti anda pun suka. Semua orang mahu jadi pelajar cemerlang. ''ala sempoi r dia, cemerlang walaupun bercinta kt kolej kita kan ''. Ok, tu saya tak mau komen. Pelajar cemerlang sebenarnya pelajar yang taat perintah Tuhan, taat kedua ibu bapa, baik dengan rakan-rakan (sahsiah terpuji) dan belajar secara berdisiplin-radio FM. siapa yang tidak mahu jadi pelajar cemerlang memang tidak akan wujud di kolej tu sekarang. semua orang ada impian kan? jadi pengarah sedang memberi peluang kepada kita untuk kenal diri sendiri dan kenal dengan impian kita sendiri. 

Banyak lagi perkara positif kita boleh fikir sebagai motivasi kepada kita. kenapa kita memilih untuk berfikiran negatif? sedangkan diri sendiri cerdik-cerdik belaka untuk gunakan akal fikir hikmah kenapa kita kena buat benda tu dan tinggalkan yang dilarang. saya nasihat untuk diri sendiri juga, sebab saya juga pelajar KMK. tipulah jika saya cakap saya tidak ada kawan baik lelaki atau tidak pernah kawan dengan lelaki. Ya saya pernah dan sedang berkawan baik dengan lelaki, tapi dia seorang pelajar perubatan sekarang. Salah satu motivasi untuk saya juga walaupun kami jarang berhubung. Apa yang kita miliki sekarang, tidak perlu ditinggalkan. Pengarah cuma mahukan yang terbaik buat kita untuk mencegah sebelum merawat. Sebenarnya bukan anda yang tidak puas hati dengan pengarah, tetapi syaitan dalam diri sendiri yang memberontak untuk membantah pengarah-pemimpin KMK. Mahukah kita apabila syaitan bermaharajalela dalam diri kita? kalau mahu, teruskan membantah wahai pelajar yang cerdik-cerdik belaka. Bagi yang mematuhi peraturan, tahniah! tahniah kerana anda menggunakan akal dan nikmat Allah bagi tu:')





No comments: