Friday, November 16, 2012

bagaimana nak berubah?-Hijrah-

assalamualaikum wbh

Pertama sekali, saya nak warwarkan kepada anda saya bukan seorang pakar dalam ilmu agama. Segala khilaf dan silap mohonlah diperbetulkan ya. Saya cuma berniat untuk berkongsi pengalaman yang saya lalui. Sejak dari tingkatan dua iaitu ketika usia 14tahun dah jadi kaunselor. Kaunselor remaja, mungkin? Pengalaman yang saya lalui memang kebanyakannya berkaitan dengan pengalaman rakan-rakan. Lebih mudah saya sebut kawan-kawan, sempoi sikit. dak gitu? 

Pengalaman kawan-kawan tersebutlah yang mendorong saya tulis entri hari ni. Bangun pagi tanpa sempat mandi, idea mencurah-curah mintak dipostkan entri ni. Disebabkan laptop di sisi, saya teruskan niat saya. Mungkin saya terlalu muda dan tidak berpengalaman untuk memberi nasihat dan mengubah sesiapapun, sekurang-kurangnya saya harap apa yang dikongsikan serba sedikit jadi titik tolak perubahan dalam diri anda. yeah! :-)

Sejujurnya, setiap hari saya akan menerima aduan atau keluhan..dengan erti kata lain luahan hati dan perasaan. Bukan cinta untuk saya, tetapi masalah yang mereka lalui. Ada yang sekecil-kecil zarah, dan ada pula masalah yang tidak boleh disebut masalah. sangat kronik!

Apa yang saya buat jika saya dengar masalah mereka? 

Saya sematkan dalam hati. Simpul-simpulkan dan ikat mati. THE END.

Kawan-kawan tersebut tidak kisahla siapa pun. Lelaki mahupun perempuan saya sanggup dengar dan beri nasihat. Antara masalah yang dikongsikan ialah SOLAT. Tu merupakan masalah besar saya rasa. Ada rakan saya jujur dengan memberitahu beliau tidak pernah solat dalam hidup beliau melainkan disuruh ibu. Nama beliau - dirahsiakan. Selain itu masalah kaki perempuan, zina, cinta, arak dan sebagainya. Mungkin berat sangat untuk terima tapi inilah masalah yang saya pernah dengar dari mulut kawan-kawan sendiri.
*moga dapat pengajaran

Mereka berjumpa saya dengan menyatakan hasrat, nak berubah. Kalau saya ada kuasa untuk mengubah sesiapa sahaja, sudah pasti satu dunia saya ubahkan tapi apakan daya saya hanya manusia yang kerdil dan lemah di sisi Allah SWT. Niat di hati mereka sentiasa ada untuk bertaubat tetapi tiada siapa yang menyokong, malah seperti kita tahu masyarakat kita kurang supportive dengan perkara macam ni. Banyak dalam kalangan masyarakat kita lebih selesa mengherdik dan mengungkit kisah-kisah lama. Apa nasihat saya? Nasihat saya untuk kawan-kawan di luar sana yang memang memasang niat untuk berhijrah..awak semua sentiasa ada peluang. Peluang sentiasa ada. Allah itu bersifat pemurah dan penyayang. Dia akan sentiasa ampunkan hambaNya yang bersungguh-sungguh memohon ampun.

Pertama sekali, benda yang kita kena buat untuk penghijrahan berkekalan..jagalah SOLAT. jaga solat lima waktu. bukan solat k-POP (tungang terbalik tanpa menghayati apa itu solat). solatlah dengan rendah hati, cuba juga untuk solat. Jika berat sangat nak solat, belajar dengan solat subuh dulu, kemudian zuhur..perlahan-lahan. Jagalah solat. saya tekankan di sini JAGALAH. Solat itulah sebagai penanda aras diri kita. Jika baik solat kita, insha Allah yang lain juga terpelihara. 

Kedua, Niatkan di hati berubah kerana Allah SWT. bukan berubah kerana awek suruh, mak suruh atau apa-apa sahaja. Apabila kita niat berubah kerana Allah, everything's gonna be okayy *thumbs up. Jangan risau, niatkan kerana Allah di hati. Buanglah benda-benda lain tu. Trend sekarang, orang buat kita buat. Ye tak? Okaylah macam tu, ubahla niat tu kerana Allah ya. Jangan risau. Dia akan jaga kita. Allah itu Maha Penyayang. ( beruntungkan kita jd Muslim? )

Ketiga, sabar. Pujuklah si hati supaya sentiasa sabar. Sebutkan setiap hari kepada diri sendiri supaya sabar. Sabar dalam semua perkara. Sabar dengan masyarakat. Cuba cari kelompok kawan-kawan yang supportive akan perubahan kita. Kalau masih dalam kelompok kawan-kawan yang sangat tak menyokong sampai bila kita akan berada di takuk lama. Sabarlah duhai hati

Keempat, just be yourself. Orang nak berhijrah ni paling takut jika kena ubah jadi perangai macam orang yang dia pernah tengok. For example dia sangat crazyish( ok, pandai-pandai ja buh ) yang membawa maksud gila-gila. Teruskan dengan sikap anda, tak perlu jadi diri orang lain. Make yourself feel comfort with your changes. Ubah minda tu, jadi diri sendiri kan lagi seronok. 

Dah buat semua langkah-langkah awal penghijrahan di atas, kita perlu istiqamah. Belajarlah untuk berdisiplin. Jadikan ibadah as a part of our life. Benda kecil-kecil ambik berat juga ya. Tak semestinya menutup aurat sahaja yang kita perlu ambik berat. Ibadah kecik-kecik tu pun kena jadikan amalan kita. Contohnya, baca doa sebelum makan selepas makan, doa masuk ke tandas, doa melihat wajah di cermin, dan sebagainya. Benda kecik seperti itu walaupun sunat..jadikan kebiasaan! Lihatlah, akan ada perubahan nanti. Insha Allah. Bukan apa.. Kita semua nak berkat betul tak? jadi benda kecil macam tu pun kenalah renung-renungkan jugak okay 

Kalau boleh jauhi kawan-kawan yang sia-sia tu, jauhilah. Apa yang baik, kita ambil dan apa yang buruk kita hindarkan. Bukan putuskan ukhuwah tetapi jika duduk 'semeja' dan 'sekepala' dengan mereka takut penghijrahan kita ni hangat-hangat tahi ayam saja dan boleh memudharatkan kita. kawan apabila perlu sahaja. Ingat, carilah kawan yang dapat membimbing kita ke syurga Allah SWT. 

Last but not least, nasihat saya..jika anda mahu disayangi dan bahagia serta tenang hidup, mulakan dengan menyayangi yang lain. Bahagiakan yang lain. Apa yang penting adalah menyokong perubahan seseorang itu dan jangan pandang rendah kepada orang yang pernah berbuat dosa besar. Percayalah, sekali mereka bertaubat kepada Allah..mereka seperti bayi yang baru dilahirkan, tanpa dosa. segala dosa mereka dihapuskan. Jika dosa dengan manusia, lembutkan hati dengan meminta maaf. 

Peluang sentiasa ada...insha Allah






No comments: