assalamualaikum wrt
'' aih, pasaipa jadi macam tu mak? ''
'' tu la..teruk betul laa. ni mesti sebab ...blablabla ''
ok. Ni antara adegan dalam kereta bila duk dengan family. Perkara normal! Siapa yang pernah tumpang kereta dengan family nazrah athirah macam ni lah ya. Harini baru keluar rumah setelah lama terperuk dalam rumah (makan, makan dan makan) . So, bila keluar rumah ni jadi perak seketika. Situasi depan mata mesti diolah dengan sendirinya oleh keluarga aku masing-masing. accidents atau apa sahaja yang jadi depan mata akan jadi filem pendek sebentar dalam kereta. That's normal okay, :-)
Cakap pasal peraturan, semua orang hidup mesti terlibat dengan peraturan. Betul kan? Sejak dari sekolah lagi mesti terlibat punya lah dengan peraturan tu. Even sekarang ni pun sama, anywhere and anytime. Susah kalau tak libat peraturan ni, caca merba jadinya. Tak syok kalau dunia tanpa peraturan. Macam manusia normal, nazrah athirah pun biasa juga kalau libat peraturan ja mesti rasa nak marah dan rasa nak mengamuk ja kalau kena denda kat sekolah. Itu juga normal. Bila diri ni makin membesar, otak semakin matang baru aku terfikir sejenak apa yang nazrah athirah tak fikir selama ni..kenapa semua peraturan ni diwujudkan? apa jadi kalau kita tak ikut peraturan?
Hah! Jangan risau, ni entri informal. Jadi lebih mesra guna aku. betul? dont worry, dont worry. Hari ni nazrah athirah normal *hari normal sedunia
Keluar tadi, Ibu tersayang drive. Diri ni belum ada kesempatan untuk drive lagi, next year kot? Insha Allah kalau ada rezqi dan umur panjang. Masa tengah sembang, mujurlah mak drive perlahan saja. Sampai depan satu gerai di Jitra ni ada dua orang budak yang memang dah besar. Sorang berlari pantas ke tepi jalan, kawan dia dah lari separuh tapi undur balik dan tiba-tiba berlari-lari anak melintas balik! sikit lagi nak kena langgar, masha Allah..
Mak dan nazrah memang terkejut yang amat sebab kereta dari sana memang laju, perbezaan dalam masa 2 saat. Kalau budak tu terjatuh atau tersadung, hmm..nauzubillah. Harap Tuhan lindung budak tu. Nazrah harap selepas ni education tentang keselematan di jalan raya kena ajar. Kena lintas masa kereta tak dak! bukan lintas bila kereta nak mai ( mak pesan dari kecil lagi ) . Budak tu siap gelak-gelak lagi.
Situasi lain pulak yang nazrah sempat rakam dalam pita minda ni, di Traffic light. Perasan tak, dekat traffic light tu kita berhenti belakang sikit dan ada ruang sebelum petak kuning?
Tahu dak kenapa ada ruang tu?
sebelum ni memang nazrah pun tak tau. tadi ada situasi jadi. tengah jem ni..tetiba kereta polis dengan bunyi siren dari jauh sebelah kereta nazrah tetapi kereta depan polis tu tak berganjak lansung! Mujurlah kereta depan nazrah ni well-educated dan concern pasal semua ni, dia gerak ke depan lagi dengan menyerong ke kiri di kawasan kosong sebelum petak kuning tersebut. kereta degil tadi pun tiru juga apa kereta depan nazrah buat jadi akan ada ruang untuk kereta polis tu lalu. see?
sebenarnya apa nazrah nak cuba sampaikan ni, tentang education jalan raya. Mungkin sekarang dah ada, tetapi setakat belajar nak lulus saja. Buka minda, belajar sebab memang nak belajar. Belajar kenapa kenapa dan kenapa. Certain orang, bila mereka tidak tahu tujuan belajar tersebut..mereka akan abaikan peraturan, langgar peraturan
Begitu juga peraturan dalam agama. Kenapa tak boleh buat macam tu? Semua kena belajar. Kena cari ilmu tu. Ilmu sangat luas dan ada, cuma cari.. wujudkan sikap ingin tahu dalam diri. Belajar sebab kita memang nak tahu sesuatu bukan belajar sebagai tiket sahaja. Setiap perkara dalam dunia ni yang berperaturan ada hikmahnya.
Contohnya, kenapa kena basuh tangan sebelum makan? *bukan basahkan tangan yaa
Bakteria di tangan kita kalau tidak dibasuh dengan sempurna, dicuci dengan sebaik-baiknya boleh menyebabkan keracunan makanan. Mungkin orang pandang perkara ni normal. sebenarnya TIDAK! Kita tak nampak bakteria comel tersebut, sebab itulah kita pandang ringan. Kita mencuci tangan untuk mematikan bakteria-bakteria tersebut. Mereka membiak dengan pantas dan boleh hidup 48 jam terutamanya bakteria S.Aureus. Maklumat lebih lanjut, boleh Google okay
Jadi, ikutlah peraturan..insha Allah kehidupan lebih selamat :-)
Cuba buat dulu dan anda akan tahu kenapa saya nasihat macam ni. Smile!
2 comments:
eh perak tu macam excited terlebih :D
???
Post a Comment