assalamualaikum wrt.
bismillahirrahmanirrahim.
Harap semua sihat-sihat belaka dan berada dalam keadaan tenang sentiasa. Jangan serabut-serabut, cuba tenangkan diri sendiri dengan melakukan perkara yang mendorong kita ke arah kebaikan. Insha Allah. Sekarang Athirah masih lagi di Kolej Matrikulasi Kedah untuk Semester 2. Harapnya tak ada kekangan sehinggalah tamat pada bulan april nanti dan dapat jawab Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi 2 (PSPM 2) dengan jayanya. Entri ni sekadar nak berkongsi pengalaman yang Athirah lalui sepanjang dua bulan sem ni. Berbanding dengan sem 1, sem 2 ni lebih super mencabar sebabnya masa yang lebih singkat dan banyak silibus yang nak kena habiskan. Mula semester 2 hari tu, bila athirah tengok ja memang terkejut sangat..tajuk setiap subjek yang athirah ambil memang banyak
Walaupun tajuk memang panjang dan banyak nak kena habiskan. Nak atau tak nak memang athirah wajib lalui juga benda macam ni. usaha tu yang penting. Jika dah usaha, masih belum dapat apa yang kita inginkan, ingatlah bahawa Allah tu Maha Penyayang. Allah pasti sudah aturkan kepada kita perkara yang sememangnya rahsiaNya. subhanallah.
Jangan stress atau tertekan sangat. Perkara yang melibatkan emosi yang tidak stabil ini amat disukai syaitan. Nauzubillah..harap kita terlindung daripada buat perkara yang tak elok =)
Matrikulasi sem ni memang agak tertekan, jujur athirah sampaikan. Tertekan disebabkan masa berlalu begitu pantas. Nak salahkan siapa sebenarnya? tak perlu salah siapa pun dalam hal ni, diri sendiri yang perlu bijak mengatur masa daripada melakukan perkara yang sia-sia. Seronok sebenarnya belajar di Matrikulasi. Mostly kawan athirah di sini berfikiran positif, rajin, dan matang dari segi pemikiran cuma apabila kita berada dalam lingkungan kawasan ni sahaja kita rasa amat selesa dan terkawal. Dunia luar tu jangan lupa ye
Dunia di luar bagaikan ancaman buat kita yang berada dalam Matrikulasi ni. Bersyukurlah kalau kita berada dalam zon selesa sekarang walaupun baki hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Jangan risau istilah 'culture shock', didiklah diri dari sekarang. didik dari segi pemikiran., dan..haa yang penting kita sendiri belajar untuk mengawal diri sendiri. Tak akan ada masalah sekiranya kita bijak mengawal tingkah laku sendiri =)
so..
jangan risau. Matrikulasi merupakan platform untuk kita mendidik dan membentuk peribadi seorang pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah, kehidupan sosial, pemikiran, tingkahlaku, hubungan sesama manusia, kata-kata, dan juga hubungan sesama Tuhan
Terimakasih !
No comments:
Post a Comment