Assalamualaikum wrt.
Alhamdulillah. Dapat jugak athirah spend masa untuk update blog. Banyak kekangan sejak-sejak ni disebabkan athirah masih lagi under Matriculation. Supposely sekarang ni menelaah buku untuk mid-term exam. Curi masa sekejap untuk update blog. Lama sangat dah tak update, sekurang-kurangnya to all friends yang follow tu dapat tahu perkembangan athirah ( perasan sat ) . So far semester dua ni tougher rather than semester satu yang agak rileks sikit. Semester dua ni athirah memang rasa sakit sangat, bukan sakit fizikal tapi sakit banyak fikir. It's okay, banyak fikir bagus tau elok nyanyuk di hari tua nanti =)
biasala tu. nak success mesti ada usaha dan kegagalan. sebut pasal usaha dan kegagalan ni rasanya masih tak terlambat untuk wish a lot of congrats untuk members yang berjaya dapat pointer 4.00 sem lepas! teruskan success okey. result athirah, alhamdulillah 3.93.
course yang akan dipilih nanti masih dalam discussion dengan family. hoping for the best
tertekan?
normal jugak tu kalau tertekan di sini. jangan risau. setiap tekanan kita tu bukan tertekan seumur hidup. bila tengah tertekan, pelbagai masalah lain akan timbul. ops..bukan masalah tapi ujian. setiap ujian datang dari Allah dan setiap penyelesaian juga akan disertakan bagi setiap ujian yang diberikan untuk hambaNya. Dia nak kita dekat denganNya, bukan untuk wujudkan lagi jurang hubungan kita dengan Dia. so relaks, bertenang..selesaikan masalah tu satu persatu yaa. Walaupun Dia bagi ujian buat kita tetapi Dia juga Maha Penyayang. sebab apa? sebab..Dia juga akan membantu kita. Bila dah lepas dari ujian tu jangan pulak nak seronok dan lupa diri. Nauzubillah. No..No, jangan macam tu. Ingatlah Allah, dengan mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang.
bacalah al Quran.
bacalah bacalah, bacalah selalu. Tiap hari 1 page pun dah okey sangat tu. bacakan juga terjemahannya. that's better. ada juga sebilangan daripada kita merangkak-rangkak baca al Quran kan? janganla risau..baca jugak. lama-lama kita akan terbiasa dan enjoy baca al Quran tu. cuba dulu =)
berwudu' pun boleh menghilangkan tekanan tau. nak tahu secara saintifiknya, boleh google ja dan pastikan dari source yang betul dan bukan dari manipulated source dari pihak tak bertanggungjawab
belum dapat tenangkan diri? ada lagi caranya. bina hubungan yang baik dengan orang sekeliling. jaga perkataan dan tingkahlaku kita supaya orang sekeliling senang dengan sikap kita. Insha Allah. kalau terlepas perkataan atau tersilap tutur kata cepat-cepatlah minta maaf risau nanti ada pihak yang terasa
motivate diri selalu pun boleh juga menenangkan diri tau
motivate diri ni dengan erti kata lain, muhasabahkan diri. cuba bertanya kepada diri sendiri apa yang kita dah buat hari ni dan apa yang perlu diperbaiki. jadikan diri sendiri orang yang betul-betul perlukan semangat dan bersemangat! fikirkan positif dan pancarkan aura positif kepada orang sekeliling. alam sekeliling kita terdiri daripada tenaga. diri kita pun terdiri dan tercipta daripada tenaga. sebab tu kita dapat berinteraksi dengan alam secara positif dan negatif.
athirah cuma berkongsi sedikit sebanyak apa yang ada walaupun ilmu masih belum cukup dan sempurna. harapnya dengan kekurangan dan ilmu sedikit ini dapat membawa manfaat kepada orang lain.
salah dan silap mohon ditegur.
No comments:
Post a Comment