Saturday, January 19, 2013
cinta itu anugerah
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wrt.
harap semuanya dalam keadaan sihat dengan izinNya. kali ni entri saya tentang cinta. sebelum ini pun saya ada post entri tentang cinta juga cuma kali ini bentuknya yang lebih berbeza dan lebih ilmiah memandangkan usia semakin menjengah 19 tahun hujung tahun ini.
semakin usia bertambah, semakin banyak cabaran yang dilalui. jujur saya katakan jika ditafsirkan makna cinta itu memang tidak dapat ditafsirkan kerana saya belum lagi menjengah alam bercinta ini. benarkah?
sebenarnya dari kecil lagi kita sudah kenal apa itu cinta dan kita sendiri yang mengalaminya tanoa sedar. bagi orang sekeliling, cinta itu hanyalah pada pasangan kekasih sahaja. Cinta itu amat luas ertinya. cinta kita dari kecil sehingga besar semestinya kepada ibu dan ayah dan tidak terhad kepada pasangan bercinta sahaja atau istilah barat yang digunakan ialah ''couple''. sebagai seorang remaja jujur saya katakan, tidak terlepas daripada mempunyai rakan-rakan yang couple dan dikelilingi suasana sebegitu.
astaghfirullahalazim.
adakah saya terlalu jahil tika itu?
apabila sudah menjejakkan kaki ke Matrikulasi saya dikurniakan sahabat-sahabat yang sungguh mengagumkan. antara kawan-kawan yang saya kenali adalah kawan-kawan yang sangat dahagakan ilmu terutama berkaitan dengan Islam. Kawan-kawan saya yang tidak pernah putus untuk memberi nasihat dan tazkirah sesama sendiri setiap hari. Saya bagaikan seorang yang tidak tahu apa-apa bila berada dalam kumpulan tersebut dan alhamdulillah..mereka membimbing saya untuk sama-sama mengenali Islam.
jahilnya saya.
Saya mengambil masa beberapa minit dan mungkin sejam untuk mencari sesuatu. sesuatu yang sememangnya saya tidak pasti. saya mencari dan terus mencari. Rupanya yang dicarikan itu ialah kemanisan iman.
setiap orang pernah melakukan dosa dan pernah ditenggelami dalam dunia jahil. Kita tak boleh assume kita tidak tahu perkara itu sedangkan kita tidak cuba mencari ilmu tentang perkara tersebut. masha Allah. itu diri saya yang dulu. apa yang saya fikir adalah ''style'' , apa pandangan orang terhadap diri saya, bagaimana orang mahu menerima saya dan sebagainya.
dahulu..
Saya tidak suka menyebut tentang ilmu agama ketika bersembang dengan rakan-rakan, tidak suka sebut nama Allah di setiap percakapan saya. zikir, apatah lagi. sudah sememangnya jarang disebut. Mengapa? kerana malu. apa yang dimalukan pun saya tidak pasti.
benarlah, apabila zaman sudah hampir ke penghujungnya orang yang hendak membuat baik pasti akan dipandang enteng oleh sesetengah orang.
Alhamdulillah. Puas saya mencari cinta hakiki sejak dari sekolah menengah hinggalah sekarang, saya menemuinya dalam beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah...saya akan pastikan cinta itu kekal dalam diri ini hingga penghujung nyawa. Dahulu saya dibutakan dengan perkara yang tidak kekal selamanya, iaitu ''couple islamik''
saya tidak akan membincangkan hukum di sini kerana saya bukan orang yang arif tentang itu cuma saya ingin berkongsi pengalaman saya dan apa yang saya rasakan ini, untuk dirasakan anda semua. Indahnya cinta kepada Allah ini, apa yang sepatutnya anda lakukan anda akan buat tanpa memikirkannya. contohnya, apabila azan berkumandang..anda tidak akan memikirkan untuk solat bila. kaki anda akan terus bergerak ke tempat wudu' untuk menunaikan ibadah wajib iaitu solat. Manisnya Islam terletak kepada diri kita. Jika kita berusaha mencari cinta Allah pasti ada hasilnya.
Apa yang saya terlupa hendak berkongsi di sini ialah ujian. UjianNya akan datang pada bila-bila masa sahaja. Bersedia dan tetapkan haluan kita. jangan sesekali berpatah balik kerana syaitan itu akan datang cuba menyesatkan kita setiap masa. Jadi nasihat saya untuk rakan-rakan di luar sana,.cubalah.. cuba untuk mencari apa yang kita perlukan. Insha Allah..di hujungnya nanti ..ada hasil sedang menanti :')
dipetik dari seorang sahabat baik athirah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment