assalamualaikum
re-format system? DIRI? Kenapa? Apa maksudnya?
Tanpa kita sedar sebenarnya kita sangat memerlukan re-format diri sendiri. Kenapa? jangan sesekali mengharapkan orang lain untuk menegur, nasihatkan kita, menyedarkan kita daripada lalai. Apa yang athirah maksudkan dengan re-format system diri ini ialah muhasabah diri atau motivasikan diri. Susah sebenarnya nak memotivasikan diri jika tidak pernah ada kemahuan dalam diri. Sekurang-kurangnya jika ada kemahuan, kita akan mencari-cari sumber untuk memotivasikan diri
Punca utama mengapa kita menjadi malas adalah kerana kita tidak bergaul dengan orang sekeliling yang rajin. Senang sahaja, banyakkan berkawan dengan rakan-rakan yang ingin memajukan diri bukan dengan rakan yang sentiasa ingin ''disuap'' dan ''dipimpin'' oleh seseorang sahaja. Carilah kawan yang sentiasa ingin memajukan diri mereka supaya kita juga akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama iaitu memajukan diri
pandanglah masa depan.
Pandang ke masa depan yang dimaksudkan ialah merancang pelan masa hadapan A, B, dan C. Berangan atau lebih dikenali sebagai mimpi di siang hari adalah perkara yang jauh bezanya dengan berpandangan jauh. Berangan adalah sesuatu yang amat ditegah sama sekali kerana berangan merupakan satu tindakan yang tidak diiringi sebarang usaha dan sudah pastinya tiada sebarang hasil. Manakala berpandangan jauh merupakan perancangan kita yang disertakan usaha ke arah tersebut. Walaupun kita merancang, tanamkanlah dalam hati bahawa segala ketentuan terletak pada Allah SWT.
tiada cetak rompak. cetak rompak personaliti. sesetengah masyarakat kita lebih gemar buat apa orang buat berbanding buat apa yang orang tak buat. Contohnya seperti personaliti. Jika seseorang itu memang dalam lingkungan orang yang bijak melukis, kita juga nak melukis. Apabila bertemu orang yang bijak berdebat, kita juga nak masuk dalam lingkungan orang berdebat. Mengapa? Ini semua puncanya kerana kurang keyakinan diri dan tidak mahu keluar daripada zon keselesaan sendiri. Tahukah anda sebenarnya setiap orang ada keistimewaannya sendiri. Keistimewaan tu akan lebih menyerlah pada dirinya sahaja. apabila diri kita lebih cantik berpakaian dengan baju kurung, bukan semua orang akan kelihatan cantik dengan pakaian tersebut. Nasihat athirah, carilah lingkungan keistimewaan diri sendiri kerana ruginya anda jika meniru orang.
elakkanlah mengutuk atau menjatuhkan maruah seseorang. Jika seseorang berjaya dengan hasil dan titik peluhnya, hargailah usaha mereka bukan dengan mencari keburukan dan titik kelemahan mereka. Ingatlah walaupun kita puas hati dengan menjatuhkan orang, satu hari nanti perkara sama akan berlaku kepada kita. Nauzubillah. Moga kita terhindar daripada sifat iri hati dan dengki manusia. amin..
No comments:
Post a Comment