Sebelum saya menaip entri terbaru ni saya mohon seribu kemaafan jika tajuk di atas sangat kasar bunyinya untuk dibaca tapi biar saya terangkan satu persatu dalam entri ini.
assalamualaikum wrt.
Moga saudara saudari berada dalam lingkungan pemikiran yang positif dan tidak tertekan. Bertenang..bertenang dan bertenang. Diharapkan dengan entri saya kali ini sedikit sebanyak membantu menyedarkan masyarakat kita tentang perkara ini. Saya bukan sedang mengubah dunia tetapi saya sedang menyumbang kepada perubahan. sekurang-kurangnya ada usaha dari setiap seorang daripada kita untuk melakukan perubahan. Insha Allah.
Apa yang dimaksudkan saya dengan tajuk yang agak klise tersebut?
Sebelum saya huraikan dengan lebih mendalam lagi marilah sama-sama saudara-saudari sekalian berfikir tentang situasi-situasi ini.
1. seorang ibu/ayah/orang dewasa membawa kanak-kanak di tepi jalan tetapi kanak-kanak tersebut yang berada di bahagian luar jalan sedangkan ibu/ayah/orang dewasa itu berada di bahagian dalam jalan.
2. Orang dewasa yang menunggang moto dan membawa lebih dari seorang kanak-kanak
3. orang dewasa yang menunggang moto memakai helmet tetapi kanak-kanak tersebut tidak memakai helmet
4. Di kawasan perumahan, kanak-kanak bermain seorang diri tanpa pengawasan ibu bapa.
Senarai di atas merupakan antara situasi yang pernah terjadi dan kerap berlaku. Mengapa?
Saya tidak membuat sebarang penyelidikan atau tinjauan untuk perkara ini dan saya hanya mahu kita berfikir sebagai orang yang lebih matang pemikirannya daripada kanak-kanak mengapa perkara sebegini kerap berlaku dalam masyarakat kita?
Sebagai orang yang lebih dewasa kita perlu ada sifat protective atau lebih tepatnya pelindung. Jangan sesekali mengharapkan kanak-kanak tersebut boleh berfikir apa akan terjadi kepada mereka jika mereka melakukan itu ini. Mereka hanya akur kepada arahan. Situasi pertama, saya tidak menyalahkan sesiapa untuk memperbetulkan keadaan cuma marilah kita berfikir secara logiknya. Jika apa-apa berlaku kepada kanak-kanak tersebut yang berada di luar jalan samada mengikut arus atau melawan arus, siapa lagi perlu menuding jari? Dalam kes ini, pemandu kereta yang perlu dipersalahkan. Kita sebagai orang yang lebih dewasa memimpin kanak-kanak tersebut di tepi jalan mengapa hendak menuding jari sahaja? Fikir-fikirkanlah dan ubah^^
situasi yang kedua.
Hmm..saya dapat rasakan mungkin keluarganya hanya mampu memiliki sebuah motosikal untuk membawa anak-anak ke sekolah. Mungkin perkara itu memudahkan kita dengan membawa mereka sekaligus ke sekolah mahupun pulang dari sekolah. Secara pro dan kontranya pertama sekali perkara itu melanggar undang-undang. Keduanya, bahaya! Mengapa bahaya? dua orang kanak-kanak boleh menyerupai saiz seorang dewasa. Ya, itu memang tidak dinafikan. walaupun saiznya menyerupai seorang dewasa tetapi hakikatnya mereka tetap dua orang individu yang berbeza. adakah tangan kanak-kanak di belakang sekali cukup kuat untuk memegang kita? Adakah tenaga mereka bersamaan dengan seorang individu dewasa? Jika ditakdirkan apa-apa sahaja keadaan berlaku yang memaksa anda mengubah posisi motosikal anda yang sedang bergerak. apa akan jadi kepada kanak-kanak tersebut? Banyakkanlah bertanya kepada diri anda sendiri sebelum membuat perkara tersebut. jangan ambil mudah.. Perkara berkaitan dengan nyawa ini jika diambil mudah, lebih mudah ia melayang. Nauzubillah
Situasi ketiga pula lebih kurang situasi kedua tetapi berlainan pula dari segi keselamatan yang paling utama iaitu kepala. Mengapa perlunya helmet? Mengapa perlunya mengikat tali topi keledar? Kalau tak memakai helmet, adakah selamat? Nak pergi dekat perlu pakai helmet juga ke?
''ala..dekat ja, bukan ada polis pun. Tak perlu la pakai helmet'' si fulan A berkata.
Wahai sahabat-sahabatku, saudara saudari sekalian yang berada dalam lindungan Allah SWT, ingatlah, anda lebih sayangkan polis atau nyawa anda?
Polis merupakan salah satu ''bantuan'' untuk kita mendisiplinkan diri, bukan untuk menakutkan. Kepala merupakan alat yang sangat penting dalam tubuh kita. Sangat penting. Dalam kepala kita ada otak yang mengawal keseluruhan sistem badan. Jika otak gagal berfungsi. gagal sistem badan kita. sebab itulah perlunya pemakaian helmet. Ikat tali topi keledar tu dengan kemas untuk mengelakkan topi tersebut terkeluar semasa terjadinya kemalangan dan seterusnya mencedarkan kepala kita. Dalam helmet itu ada gabus yang dapat melindungi kita daripada hentakan kepala.
p/s : Jika hentakan berlaku..sila tukar topi keledar ya, walaupun topi keledar tidak menunjukkan sebarang keretakan.
Saya bukan pakar bahagian keselamatan mahupun pakar bahagian struktur helmet tetapi anda bolehla google dan cari struktur helmet untuk lebih lanjut.
akhir sekali situasi membiarkan kanak-kanak di luar rumah. Mungkin di fikiran penjaganya itu '' tidak mengapa.. kejap lagi balikla dia tu '' . Ingatlah saudara saudari sekalian ya, pemikiran seorang kanak-kanak tidak sama dengan seorang individu dewasa. anda pernah menjadi kanak-kanak, bukan?
Fikir-fikirkan
No comments:
Post a Comment