Thursday, May 30, 2013

berkawan sehingga ke syurga

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum dan hi.
actually entri kali ni cuma nak share apa yang athirah lalui sepanjang a few months baru baru ni. tentang sahabat. since kecil lagi jarang nak ada sahabat perempuan. cuma perubahan ketara yang athirah dapat rasa ialah masa mula menjejakkan kaki ke KMK. sejak pengasingan lelaki dan perempuan dalam kelas tu kan dah banyak membuka mata athirah especially pasal berkawan dengan rakan perempuan ni.

sebelum ni juga athirah tak berkesempatan lansung nak kenal kenal dengan sahabat perempuan bertudung labuh dan menutup aurat. Mungkin sebab athirah tak pernah cuba untuk kenal dengan diorang kan? 
alhamdulillah bila dah datang ke KMK kekuatan untuk berkawan dengan diorang ni semakin kuat. Bila dah kenal dengan diorang semua ni, subhanallah...
perkara pertama yang terlintas dalam hati athirah ''cantiknya islam'' tu sendiri. dah rasa jatuh cinta dengan sahabat sahabat perempuan ni. cinta tu maksudnya sangat meluas. tak semestinya jatuh cinta pada sahabat sendiri itu lesbian. No.. No.. exactly no. take note ye. percakapan diorang sangat tersusun, tak cakap perkara yang merepek. semua berunsur nasihat dan membina. Tak ada negatif negatif pun. 

kekuatan untuk menutup aurat tu semakin tinggi bila kita berada dalam kalangan sahabat yang menutup aurat. bukan nak berpuak, cuma jika kita ada niat untuk ke arah kebaikan carilah dan carilah kebaikan tu. sebab kebaikan tu ada di mana mana saja. 

Hidayah tu hak milik Allah SWT, hanya Dia yang berhak nak bagi dan tarik balik nikmat tu. kalau kita nak, kena minta pd Allah.. minta dan minta. sebab Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. susah juga nak jumpa sahabat yang berani nak nasihatkan kita. In case takut terasa hati bagai. kan? athirah pun takut kalau orang nasihat athirah tapi alhamdulillah sepanjang bersahabat dengan sahabat sahabat ni..tak ada yang menyakitkan hati. sepanjang jadi fasi MPPB pun kami solat berjemaah sekali dalam rumah

seronok berjemaah dengan kawan kawan. apa apa hal jadi pun contohnya perkara buruk terjadi, ada saja nasihat kekuatan untuk athirah. Tak ada yang nak menyalahkan satu sama lain atau nak menyakitkan hati sesiapa. 

Bila athirah perlukan pertolongan, subhanallah masing masing berebut nak bagi pertolongan. Tak ada sikap mementingkan diri sendiri lansung. apatah lagi nak menganiayai kawan sendiri. Macam mana pun, kalau rasa susah nak jumpa orang macam diorang ni banyakkanlah berdoa. Niatkan di dalam hati kita ada niat nak berubah kerana Allah SWT bukan sebab lain. Macam mana diri kita macam tu lah orang sekeliling kita :')

Thanks 

No comments: