Tuesday, June 25, 2013

jum zikir sambil bekerja

assalamualaikum wbt.

apa khabar? 

alhamdulillah hari ni kita dapat hidup dalam nikmat Allah. Kecik kecik dulu kan, athirah rasa nikmat Allah@ rezeqi ni hanya tertumpu kepada makanan. Contoh 

''Ni bihun goreng Makcik sebelah bagi''

''Oh syukur..syukur, alhamdulillah. Rezeki murah hari ni'' athirah cakap.

Situasi lain pula pada hari yang sama.

bangun pagi terus ke tandas. dengan doa apa ntah ke mana? Hah. tu la silap sikit. athirah terlepas pandang bahwa nikmat dapat hidup lagi supaya tambah amal ibadah kepada Pencipta kita tu pun kena ucap alhamdulillah. - Rezqi juga tu!

Rezqi atau nikmat tu tak spesifik hanyalah kepada makanan. atau minuman. atau keputusan cemerlang sahaja. Nikmat Allah ni luas, semua ada sekeliling kita merupakan nikmat. Subhanallah banyak kan nikmat? Kalau tumbuh tumbuhan serta binatang binatang di alam ni sentiasa berzikir, kita pulak? 

''Huh tak setaiii laaa..nak duduk je berzikir''

Eh sapa cakap berzikir tu kena duduk je? zikir ni di mana saja boleh. sedangkan tengah bersolat pun satu zikir. Jom praktikkan sikit sikit di mana tu boleh berzikir sambil buat kerja.

bismillah.setiap perkara yang baik tu mulakanlah dengan bismillah. Nak minum air? Bismillah. Nak buka kipas,bismillah. Nak masukkan duit dalam mesin gedegang (air tin) pun bismillah. Bismillah ni kan,Inshaallah urusan kita lebih muda jika dimulai dengan nama Allah tau. Try buat dulu. Biasakan sebut bila nak buat apa pun. Pelan pelan pun boleh ja nak sebut. tak payah sebut kuat kuat : )

alhamdulillah.aha bila dah selesai buat apa jua pekerjaan baik tu ucapkanlah alhamdulillah. Kalau Allah tak izinkan perkara tersebut selesai, tak selesai tau. so bersyukurla. Penyayang kan Rabb kita? dari sekecil kecil perkara sehingga sebesar besar perkara Dia akan berikan peluang kita selesai membuat apa jua pekerjaan.

subhanallah.''wooooo cantik sungguh laa tudung niii, kenan aih kenan aih''
can u say subhanallah when u see something amazing? Boleh kan! Haa kenapa nak subhanallah kat tudung lak. Bukan alam semulajadi pun nak ucap cam tu. Eh ehh. Tudung tu walaupun buatan manusia, siapa bagi idea kepada manusia tersebut untuk buat tudung tu? Fikir fikirkan hee.

allahuakbar.selalu orang sebut kalau tiba tiba benda yang terkejut datang. Muncul tiba tiba., contohnya kan tengah drive tiba tiba ada kucing melintas, terus ''allahuakbar!'' . ok thumbs up. Kalau tak terkejut tu bila lagi nak ingat Allah kan, so kalau melatah latah tu boleh replace by allahuakbar. simple dan berpahala lagi menyebutnya.

mashaallah.hm.. mashaallah ni boleh je nak sebut bila sesuatu perkara tu buat kita terkejut juga. atau apabila melihat kebesaran Allah. atau mendengar berita yang luar biasa ke. dan macam macam keadaan lagi berbanding dengan ''wuyooooo''

inshaallah.ha yang ni kan. yang ni kan, ramai daripada kita guna inshaallah ni apabila nak menabur separuh janji. Oh? separuh janji pula. apa ya separuh janji tu. boleh main separuh pula. Kadang orang rasa tak boleh attend sesuatu majlis, tapi dia tak pasti so dia jawab inshaallah. Tak.. bukan macam tu tau. Inshaallah ni bukan khusus untuk itu saja. Inshaallah ni untuk sesuatu benda yang ''OK''. kalau orang cakap petang ni datang dewan, ada hal. so reply inshaallah kan boleh? Bahasa SMS nya, iA. daripada ok tu boleh je sebut inshaallah. sekurang kurangnya ingat juga kepada Tuhan kita ^_^

astaghfirullahalazim.bila tengok benda yang tak menyedapkan dek mata melihat, tak menyedapkan dek telinga mendengar..atau terbuat sesuatu yang salah. contoh? hei kena contoh juga ya. contohnya,..tersebut perkara yang dilarang, mengumpat! segeralah sebut astaghfirullahalazim. benda tak sengaja kan. kalau sengaja? mm janganlah sengaja. tak baik tau mengumpat. tak syok pun. nanti berbalik kepada diri sendiri benda diumpat tu. 

Nauzubillah.kami memohon perlindungan Allah. tiba tiba je ada orang cakap ''ish ribut ni,satgi mati dah la kita niii kena hawiin ngan ribut!'' . segeralah ucap nauzubillah. Ingat tau setiap perkataan, pemikiran, perbuatan kita adalah doa. 

lailahailallah.tiada Tuhan selain Allah. flexible. You can use it in any condition. selalunya ia dengan mashaallah tu lebih kurang. Maksud saja berbeza. 

innalillahiwainnailaihiroji'un.yang ini..panjang sikit. ala sikit je. apabila musibah terjadi sebutlah ini dulu daripada mengajukan pelbagai soalan. Musibah Allah turunkan tu ujian untuk hambaNya kerna Dia rindu akan rintihan hambaNya tu. Bukan time meninggal je sebut. Bila apa apa musibah pun perlu sebut ni. : )


2 comments:

Unknown said...

alhamdulillah..best entry awak..:)

Nazrah Athirah said...

terima kasih awak :)