assalamualaikum wbh
Sihat ke?
Alhamdulillah. Entry updated. Sikit sikit hupdateee ja kan athirah ni. Biasalah sekarang ni kan pengutip anggur berjaya di rumah, dan penternak lemak kuasa dua.
Hei merepek lagi kan. semua orang ada hati. Hati ada dua maksud. Maksud pertama hati itu bermaksud segumpal darah. Manakala hati pada maksud lain boleh merujuk kepada perasaan. Kalau nak maksud lebih tepat dan puitis boleh merujuk kepada kamus dewan ya. Edisi terbaru.
Hati boleh dikawal tak? Inshaallah boleh.
So macam mana nak guna hati ni hah. Dalam banyak benda dalam dunia ni kan nak ''guna'' hati lah benda paling susah. Nak lawan apa hati nak tu la susah. Kadang kadang apa hati nak tu pun kita tak faham. Disebabkan hati lah kita merana, disebabkan hati juga kita akan bahagia. Habis tu? Ish tak fahamlah apa athirah tulis ni.
Ok macam ni. Make it crystal clear. Biarkanlah akal mengawal hati dan perasaan bukannya hati yang mengawal akal fikiran serba waras ni. Sebenarnya apa yang jadi sekarang ni, kes negatif semua tu disebabkan masalah dalam hati masing masing.
Apa perkara sekali pun kita kena kawal hati kita sebelum jadi perkara yang di luar jangkaan.
''awatlah hang ketegaq tak mau tutup aurat?''
''aku tegur orang tak mau terima la, awat?''
''aku tegur dia kan,boleh pulak dia cakap kubuq masing masing tanggung sendiri''
''weh sedih,awat dia tak mau berubah..''
Ni contoh ayat ayat sahabat pernah beritahu athirah atas usaha mereka untuk mengubah orang lain. alhamdulillah. Pelbagai usaha orang mengajak orang lain untuk berubah. Sebab apa orang sibuk nak ajak? sebab mereka tahu betapa nikmatnya perubahan kerana Allah itu.
Kita nak ajak orang pertama sekali niat kita, untuk mengajak. Bukan sebab dengki. Tahu kan dengki? dengki tu sejenis benda busuk dalam hati. Hah tak mau tak mau. Tak mau busuk busuk, kita nak wangi saja yaa
back to our business.
Boleh kita mengajak orang. cuma apa yang kita perlu tahu, ini melibatkan hati. analogi mudah, apabila mengeluarkan segelas cawan dari kabinet dapur yang dah lama tak gunakan kita perlu membuang habuknya dahulu. Tak kira apa method pun, eg: membasuh/ mengelap.
seperti itu juga hati manusia.
dah lama berhabuk, dah lama kurang bersih..perlu disucikan terlebih dahulu. Buatkan secara berhikmah. sampaikan cara berhikmah. Contohi baginda Nabi Muhammad SAW. Contoh terbaik untuk kita.
suggestion film adalah 99x rindu. Cerita tu tak spesifik kepada cinta semata mata. Lebih kepada penyampaian dakwah secara berkesan. ok berbalik kepada topik utama iaitu penggunaan hati secara berkesan. Bagaimana ya nak menggunakan hati kita kepada perkara yang benar dan sebenar benarnya? Bagaimana nak elak benda tak elok untuk diri kita? Bagaimana nak membersihkan hati sendiri?
Ok pertama sekali membersihkan hati. Nak membersihkan hati, banyakkan istighfar. astaghfirullahalazim..
astaghfirullahalazim..
astaghfirullahalazim..
astaghfirullahalazim..
Istighfar banyak banyak. Dah tu bersih dop lagi hati tu? buatlah solat sunat taubat. Jadikan lah ia satu rutin setiap hari. Selepas solat Fardhu atau bila bila sahaja kecuali waktu yang diharamkan. step kedua banyakkan berdoa. doa itu kan senjata orang Mukmin. berdoa bersungguh sungguh minta guide daripadaNya. Kalau apa pun kan mesti nak minta sesuatu dari tersayang kan? so apa salahnya kita bermanja dengan Rabb kita kan. sweet gitu.
Selain tu elakkan daripada tengok/dengar/sebut benda bukan bukan. Amboi nakal ni. Kurangkanlah mengusyarr orang yang lalu lalang ke, kurangkan lah dengar ''mulut mulut'' orang tu. Anggap ja orang yang mengajak mengumpat tu sedang mengunyah bertih jagung ja ya. Kurangkanlah menyebut benda yang tak sedap orang mendengar. Sebutlah perkataan baik baik ja, nah? jangan mencarut carut. jatuh saham tau. Tak mau tak mau
Going to step 3. carilah Qari/ Qariah favourite. dengar ayat Quran tuu, moga lembutlah hati kita ni nak menerima dakwah. Step 4, cari pendakwah yang awop semua minat. Sekarang dah ramai sangat so boleh lah cari. Mesti jumpa lah. step 5...hah, bagi yang rasa nak menutup aurat tu boleh la google google pemakaian yang anda minati. sekarang fesyen muslimah banyak tapi awas noh cari yang boleh anda menutup aurat. semua complete!
Menutup aurat itu kan wajib. Fesyen tu yang kedua. Hah jangan jadikan menutup aurat itu satu pilihan pula. Menutup aurat tu, bukan pakaian yang menampakkan susuk badan, tudung melabuhi dada, tutup semua kecuali tapak tangan dan muka.
step 6, cari sahabat yang baik dengan Rabb mereka. Kalau agak kawan tu jenis suka ajak gi lepak ja. Tengoklah kalau jenis hobi melepak, ajak melepak kat masjid sambil baca al Quran. Baru seronok tau. Menuju Jannah together gether.
step 7 pulak, solat jemaah. Tahu kan kita ni sebenarnya manusia. Manusia memang hidup asalnya secara berjemaah. Apa jua perkara mesti dilakukan bersama sama, betul? Nak pi makan kat depan rumah pun makan sama sama. Ye tak? Jadi apa salahnya spend masa sama sama untuk melakukan solat berjemaah. Tak lama pun.. Inshaallah hati akan lebih peace ketika menunaikannya.
Menitikberatkan benda kecil kecil tuu. Benda apa? ha ni step 8
Doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa tidur, doa bangun tidur, doa makan, doa habis makan. hah..banyak lagi doa sebenarnya. Simple doa only. tak panjang dan tak lama pun. Ok? online fb berjam jam boleh, doa pendek tu sat saja noh.
sedekah pun ok! Sedekah ni kan luas skopnya, niat sedekah terus dapat pahala. Inshaallah. Sedekah tu kerana Allah tau, bukan sebab ''hey aku sedekah ni,cepat tengok,aku soleh aku soleh..hahahahaha'' - kata hati. ish tak mau tau macam tu? sia sia ja sedekah tu kalau nak menunjuk power.Mengajar adik selesaikan soalan Bio pun sedekah.. Tolong mak basuh baju pun sedekah. Tolong jaga adik pun sedekah. Hey banyak tu pahala boleh collect, Mashaallah
Beli buku yang berilmiah instead of ber..ber.,anything it can be :')
Kalau mampu, kampui ja semua yaa. Nak beli buku fesyen juga? belilah. Asalkan spend juga untuk beli buku ilmiah. Baca! ok athirah suggest majalah solusi. setiap isu ada benda berbeza. Tak faham apa apa rujuk guru ya, jangan main faham sendiri. Nanti syaitan jadi guru. Huh menakutkan, bukan? step last but not least, buat yang wajib tinggalkan yang haram dan makruh. Kekuatan itu perlu dicari bukannya ia datang sendiri kecuali dengan izinNya. Kan? haa..nak cari suami pun agak mencabar inikan pula nak cari kekuatan untuk hati kita. Bersihkan hati dengan membuat perkara yang guide us to Allah. No need to go through the worse path..ikut jalan lurus je, senang
Setakat ni saja mampu athirah update. selebihnya kalau di luar pengetahuan athirah, ampun yaa.. ampun.. hehe. Boleh share juga dengan athirah dan orang lain. sama sama berkongsi, sama sama rasa keberkatannya Inshaallah.
Biarlah kita sama sama merasai redha Allah
No comments:
Post a Comment