assalamualaikum
Musim demam sekarang, hati hati. Banyak minum air dan jaga kesihatan
syukur athirah dilahirkan sbg perempuan dan syukur juga athirah masih lagi berkesempatan untuk menunaikan ibadah kepadaNya. Perempuan kan, ramai sangat sekarang. dah bermacam jenis athirah tengok. alhamdulillah semua cantik. Lagi cantik jika semuanya menutup aurat dan menjaga budi pekerti
Perempuan kan sebenarnya sangat cantik. subhanallah. Dia dah jadikan manusia ni sebaik baik kejadian tau. setiap perempuan yang athirah jumpa ada kecantikannya sendiri. tak perlu susah susah nak perbaiki wajah bagi cantik, dah cantik tu cuma hiaskan dengan akhlak
''akhlak? ish bosanlah nak dengar pasal ni. bosanlah nak baca pasal ni. Tak sporting la, semua asyik nak baik ja. Nak jugak kawan kawan nakal.''
tau tau, tak ramai nak baca kalau cakap pasal akhlak. bosan kan. so kalau bosan tak perlu lah baca. athirah provide entri ni untuk yang berminat je, he.
ok kembali kepada tajuk kita. Nilai yang ada pada seorang perempuan tu banyak sangat sampai tak termampu nak zahirkan dengan penulisan. Kalau nak suruh bagi talk bolehla. Ihiks perasan.
Kadang orang tak terlintas pun nak terfikir pasal benda kecil ni.
Penting sangat untuk kita jaga kebersihan.bersihnya kita Inshaallah terhindar daripada penyakit pelik seperti jangkitan kuman secara umumnya. kebersihan juga sebahagian daripada iman. wajib menutup aurat, tapi perlu ke sehingga mengabaikan kebersihan serta kekemasan diri? Islam is beautiful. yes. you are very beautiful girl. so please take care of your hygiene. kekemasan juga datang dari kebersihan. Inshaallah apabila kita jaga kebersihan terjaga juga kekemasan kita. Jangan halai balai saja dengan kebersihan ni sebab boleh mendatangkan mudarat.
kecantikan sebahagian daripada nilai seorang perempuan juga. La awat? kami tak cantik ni bukan perempuan la? ish dak la, bukan macam tu maksud athirah. disebabkan kita perempuan lah kita perlu jaga kecantikan. setiap perempuan sangat cantik. sangat cantik. cuma bagaimana kita zahirkan cantik tu saja berbeza. cantik bukan pada muka ja tau. cantik tu keseluruhan. Whether inside or outside. Kalau inside cantik Inshaallah aih outside pun cantik.
disebabkan perempuan cantiklah, simpanlah kepada En.suami nanti ya. cantik ni subjektif. jadi apa saja yang dirasakan cantik, simpanlah untuk yang halal ya. sporting tu sporting juga tapi harga diri no sporting sporting nah
walaupun sibuk juga nak simpan kepada yang halal tu. update juga ilmu dan kemahiran.ilmu ni luas sangat maknanya. ada yang cakap ni tu nun la, whatever. ilmu dan kemahiran penting sekarang ni. Ilmu tu belajar la apa jua ilmu asalkan ilmu yang dapat membantu ummah untuk membantu kita akhirat nanti. Jangan risau untuk budak science stream. ramai yang banned kita sebab belajar sains ja kan, ilmu ngarut katanya. abaikan apa orang kata. sains juga merupakan sebahagian daripada ilmu untuk 'melihat' kebesaran Allah. syoknya! alhamdulillah. Allahu rabbi
kemahiran pulak dah. saya tak reti masak. ops. hehe. Reti cuma belum expert seperti chef lagi semua serba tahu tu. Apa salahnya kan orang tengah belajar tu dibimbing lagi. Biasalah perempuan. Mak athirah pun ada pesan perempuan kena tahu memasak. buat kerja rumah apa semua. Kalau dah belajar tinggi kena tahu juga pengurusan diri sendiri. Ha lagi 1, jangan biar rumah/ bilik sendiri berselerak sepanjang masa. Tak berkemas kemas lansung. Tak cantikla cam tu. ya?
rajin. dah ramai suka tanya soalan ni pada athirah. ''macam mana nak jadi rajin?'' hmm. Tak ada jawapan spesifik untuk itu. Rajin itu sebenarnya usaha sendiri. rajin akan datang selepas kesungguhan dan selepas niat yang baik. Ada niat baik, ada kesungguhan inshaallah kita akan jadi rajin! rajin dalam apa hal pun. Tak seronok tau kalau perempuan di cop malas. sebab..sememangnya perempuan ni rajin. Bukan rajin shopping ja tau, tapi rajin juga benda lain. rajin blogging tu rajin jugak, benda lain jangan malas ye. edisi sentap diri sendiri. hiks =p
keraskan hati.alamak, nak keraskan hati pula? selalunya orang perlu lembutkan hati kan. kenapa nak keraskan hati. aduhai duhai. athirah maksudkan keraskan hati tu macam jangan terlampau bermurah hati, ada juga ketegasan. athirah ni orang kenal dengan ramah. cit, perasan. he. tapi disebalik keramahan suka berkawan dengan semua orang tu jangan biar orang pijak kepala kita atau nak test kita sesuka hati
''nak test la dia pompuan cam na huh?''
Bila diri tu perlu marah, marahlah. Jika diri tu perlu pertahankan diri, pertahankan. Bila diri kita ni orang kata lemah, kuatkan. Bila orang aniaya atau menyakiti kita, maafkan. Lembutkan hati apabila orang buat jahat dengan kita dengan kemaafan saja. tak perlu aksesori lain seperti nak marah lama lama. Tak bukan sikap kita nak keras hati sampai tak nak maafkan orang.
rajinkan diri beri nasihat. nasihat yang baik baik tau. Nasihat tu tak semestinya nak mengeluarkan hadis/ ayat al Quran. Jika mampu, alhamdulillah kongsikan. Kalau tak mampu tu jangan sesuka hati copy paste dari internet. Bahaya. Bahaya.
''suka hati hang nak nasihat orang, hang pun bengkok gi''
Tak pa jangan risau. Nasihat saja. Dia nak dengar atau tak tu terpulang. Nasihat itu untuk mengajak rasa kebaikan bukan nak memaksa buat kebaikan. Faham kan? Jika banyak kita nasihat orang Inshaallah diri sendiri pun akan rasa nak buat juga dengan apa kita nasihat tu. Muhasabah diri juga tu kan. Bagus! 1 Malaysia. eh? Hehe.
diet dan senaman.alahai senaman la pulak. dah tu kena diet ka? susah betul jadi perempuan. Bukan orang nak tengok badan kita pun kan.
Ya memang. Diet tu merujuk kepada pemakanan seimbang. Kurangkan kalori dalam pemakanan supaya hidup lebih lama. walaupun ajal dah ditentukan Allah tarikhnya tetapi tak kan lah kita nak mempercepatkan kematian dengan makan makanan yang mengundang penyakit? mashaallah. jauhilah k makanan berkalori tinggi. episod diet nanti athirah akan update dalam entri baru. Jaga nikmat Allah bagi ni. Jaga sebaik mungkin. Islam is the way of our life. Nabi SAW pun makan secara bersederhana kan? makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Bersyukur dengan apa yang ada, thats better. senaman tu pun penting. apa jua senaman, senaman lah yang penting tak melanggar syariat Allah
hidup sihat, keluarga sihat. kan? kalau sakit sakit disebabkan kealpaan kita, rugilah. rugilah.
patuhi agama dan Allah. ini utama dan seutamanya. cubalah belajar ilmu semua ni dari mana mana sumber yang sahih. belajar dengan guru guru bertauliah, tak nak nanti ilmu yang salah disampaikan. nauzubillah. belajar dengan rendah hati. Ilmu mudah masuk ke dalam jiwa orang yang hatinya bersih. subhanallah.
so sebagai konklusinya, kita sebagai perempuan hargailah diri sebaik baiknya. Letakkan diri kita ni sebaik baiknya, jangan biar orang pijak pijak dan menganggap kita ni lemah. Tak sebenarnya kita tak lemah pun cuma emosi saja kadang kadang tak menentu, jangan ikut perasaan. Ikut akal ya. Nasihat diri sendiri juga ni, he. Jangan asyik fikir pasal jodoh saja. Jangan terlampau fikir ke depan sehingga tak dapat buat yang terbaik pada hari ini. bila nak mati? belum tahu kan. fikirkan sesuatu yang bawa kemajuan dan preparation yang baik hubungan dengan orang sekeliling
think positive, thanks!
No comments:
Post a Comment