Tuesday, July 2, 2013

Pengisian masa lapang

assalamualaikum wbh

''free dak minggu depan''

''ha, awat?''

''nak ajak hang keluaq ni''

''Pi mana?''

''Pi library, baca buku''

Eceh. Library pulak kan. Nak baca buku pulak tu? Hehe. Tak, ni dialog hiasan semata mata. Tak ada kena mengena dengan sesiapapun. Cepat kan masa berlalu, dah 2 bulan athirah bercuti dan 2 bulan merehatkan diri dan mensia siakan waktu lapang. 

Ish Ish. so started from a few days yang lepas tu, athirah kena jadi macam athirah yang lama lah ye. Suka baca buku. He, perasan lagi. JOKE. Masa lapang lah yang selalu orang lupa. selalu sangat biarkan masa lapang tu berlalu tanpa buat something yang membina body bagi tough. eh? tak, buat something yang membina. Mashaallah. 

Benda yang membina tu kan tak perlu la nak ikut sangat orang buat tu, kita buat. Contohnya orang jual nasi lemak depan rumah kita ni sibuk juga kita nak rebut tempat dia, nak buat nasi lemak. Ingat tu jangan menindas periuk nasi orang. - abaikan idiom yang tak seberapa ni - . Buat students lepasan matriks macam athirah ni cuti sampai september tu, buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan kerajinan ke, buat banyakkan ibadah ke, mantopkan iman

Motivated sikit ni bila bergaul dengan orang yang dewasa dan success! alhamdulillah

bila orang dah dewasa nasihat tentang tanggungjawab. baru tahu betapa besarnya tanggungjawab. berapa banyak masa lapang terabai. Masa lapang pun satu tanggungjawab kita tanpa sedar. Apa yang perlu kita buat masa lapang yang berbaki sebulan lebih ni?

salah satunya kita kena dengar cakap parents. taat dengan parents. apa mereka suruh kita buat tu buat ja. semua orang bahagia, tak ada yang sakit hati. Kalau kita tak taat dengan parents sekarang ni nanti bagaimana kita nak taat kepada suami? atau isteri nak taat kepada kita? Kemungkinan juga anak anak akan kurang taat kepada kita. Nauzubillah.

senaman tau. senaman tu banyak dan luas maksudnya. Kalau bersukan, semestinya senaman tetapi senaman tak semestinya bersukan. Ikut sunnah nabi bolehla menceburkan diri minat sukan memanah, berenang atau menaiki kuda. memandangkan di kawasan kita mungkin kekurangan semua perkara tu atau mahal yurannya. Jangan risau. Bersukan lain pun boleh, asalkan tidak memudaratkan diri dan masih lagi di landasan syariat. Pecahkan lemak, yey. seronok tu. kekalkan sihat. Generasi seperti athirah ni kan tak tahu lah ketahanan umur sehingga berapa tahun sebab sanggup membiarkan kolestrol bertenggek di dalam badan 

Hobi. nak isi masa lapang ni boleh juga senaraikan apa yang kita nak buat. contoh yang athirah list adalah update blog, baca buku/ novel, attend majlis ilmu sekitar daerah ni dan macam macam lagi. Ha, buat yang mampu nak travel tu teruskanlah niat anda untuk travel. Bagus tau. 

kita hidup dalam masyarakat. Luaskan pergaulan dengan manusia di alam nyata. I repeat, alam nyata tau. Bukan alam maya saja. Generasi sekarang banyak spend masa dalam alam maya. Mungkin di kawasan perumahan athirah je kot. Tak ramai main dekat luar rumah,. cuba bersangka baik, mungkin sibuk rasanya kan.

Luaskan pergaulan tu bukan suruh nak couple sana sini, cari boyfriend/ girlfriend sana sini cuma perbanyakkan berkawan dengan orang. setiap orang berbeza views. so boleh share sikit sikit, dan boleh belajar nak mematangkan diri melalui pengalaman orang. syok what XD

Ilmu ni luas skopnya. Pelbagai benda pun kita perlu belajar itu dinamanya ilmu. Ilmu memasak, ilmu ni tak terhad kepada yang kita belajar di institusi sahaja, banyak lagi kaedah nak belajar sekarang ni. Kan berbaloi kan meningkatkan ilmu tika muda belaka ni. Muda macam ni la nak sedut ilmu macam macam. Seronok bila berkawan dengan orang berilmu. Macam benda kita akan tahu. so topik nak sembang tu boleh la cakap yang ilmiah sikit. Tak semua benda nak have fun ja kan. Bila dah banyak benda kita minat tu, kita cari.. Inshaallah selepas ni kita akan dahaga nak cari lagi ilmu tu

perbaiki kelemahan diri. eh? as a normal human being, kita diasak asak dengan banyak kelemahan dalam diri. dan athirah pun mengakui yang athirah ni jenis sensitif sikit dengan emosi. Tengok kucing tepi jalan pun rasa dah sebak sangat. Tengok orang ambil keputusan cemerlang pun dah sebak sangat hati ni. He. 

so make something to upgrade yourself. Jadikan di sebalik kelemahan tu, ada kekuatan yang menggambarkan diri kita. Semua manusia ni baik tau sebenarnya. Ada akhlak baik yang tersembunyi dalam diri masing masing cuma selalu kalah dengan tipu daya syaitan dan hawa nafsu. alahai, fighting. go go go

Bila badan lesu nak buat benda baik, says something to your heart. 

''hey, hey, bila lagi nak buat baik tu''

sediakan wawasan hidup. cis, buat skema boleh. Tak, saya tak buat skema. Memang betul pun. kita ni kan muda lagi, so apa salahnya merangka wawasan hidup kita sekarang kan. Plan A, plan B, plan C. nak buat plan til Z pun boleh sebenarnya. Tak ada salah. contoh wawasan hidup athirah, nak further study dalam medical school (dentistry, medicine, vet, or pharmacy). dan jangan berhenti setakat tu saja. athirah pun plan nak bawa parents and family ke Mekah. since family athirah ni keluarga sederhana saja, belum sampai sana lagi..so athirah plan nak bawa ke sana selepas berkemampuan. Inshaallah ada rezeki lebih nak cuba tolong involve diri dengan society. Nak sumbangkan something. Mungkin dari segi ilmu : )

tak salah merancang. cuma merancang tu biarlah selari dengan usaha dan kemampuan.

He is the best planner.

Ingat, Allah pandang kepada usaha yang kita buat. Hasil tu? Itu rewards Dia bagi. kalau tak dapat selepas berdoa dan berusaha tu pun mungkin bukan perkara yang terbaik untuk kita. Dia dah rancang better path for us. ikut je dan buat yang terbaik

Inshaallah. 
'' menanti Ramadhan dengan kesabaran, moga sama sama rasai nikmat Ramadhan dan mengejar Takwa '' 






No comments: