assalamualaikum
Salam 22 Ramadhan (10.51pm 30 Julai)
Perlu ke tulis masa cenggitu? yes. Perlu sangatlah. Nak buktikan yang athirah tengah update blog pada masa ni. Sebelum start cerita al kisahnya bulan Ramadhan ni, athirah nak mohon maaf buat kengkawan mana yang terasa hati. Nak minta maaf sorang sorang tu tak termampu nak buat. Tapi sungguh ni, athirah minta maaf. Luhur dari hati ni. Seikhlas mungkin!
Mana la tahu dua tiga minit selepas published entry ni, dah tak ada lagi di muka bumi ni. yang mana saya ter..hutang? aha. cepat beritahu athirah. Mungkin tak disedari, hutang kasih sayang ke. Tak lah, gurau saja. Sejak dua tiga hari memang dah ramai sangat kawan kawan jatuh sakit, ahli keluarga meninggal. athirah ucapkan takziah. sememangnya kita tahu hidup di dunia ni sekejap sahaja. sekejap sangat. Buat yang sakit, itu peringatan dan tanda sayang Dia kepada kita.
Dia rindu kita. Rindu tangisan dan rindukan sujud kita. Mashaallah.
Dia rindu kita. Rindu tangisan dan rindukan sujud kita. Mashaallah.
Berkat sabar dan minta maaf. dua perkara berbeza sebenarnya tu. Mukadimah sekejap.
Athirah cuma nak berkongsi sikit pengalaman yang athirah baru saja lalui. Sebenarnya dan sejujurnya selepas tengok jumlah yuran semester 1 kos veterinar di UPM Serdang, membuatkan athirah terkejut. Mahal dan rasa tak termampu nak bayar dek kemiskinan diri ini. Huhu.
Duit simpanan pun tak termampu nak bayar. Ok sebulan saja lagi. Nak kerja? em serik pula nak bekerja. Dulu pernah bekerja tapi 'dibuli', jadi serik untuk bekerja tu masih terbayang bayang lagi. Tapi athirah sabar saja. Dan terfikir...raya dah dekat, baju raya nak beli?
Oh tahun pertama tak ada baju raya. sedih juga la. sebak pula tiba tiba kan. athirah diam tu lebih baik, dan mencatu kembali pakaian dalam almari.
''Banyak lagi ni baju yang baru pakai dua tiga kali.. Tak pa lah tak ada baju raya pun, mix and match jela apa yang ada kan''
Impian nak beli baju raya? Of course ada. Teringin tu sudah semestinya. athirah pujuk hati supaya banyakkan sabar. Tahun ni ja tak ada baju raya sebab sacrificed untuk yuran semester 1. hehe. First sacrificed!
Ada juga cuba cari dana.
Terdetik dalam hati, ''tak apalah, Allah lagi tahu kesusahan aku alami ni daripada diri aku sendiri. Kalau Allah dah bagi aku kos tu, Dia akan permudahkan urusan aku. ''
Benda utama yang dirisaukan adalah wang. Even wang tu bukan segalanya tetapi semuanya hampir memerlukan wang sekarang ni. Mungkin sebilangan sahabat athirah dibesarkan dalam keluarga yang sangat berkemampuan. Alhamdulillah.
selang beberapa hari. Ya Allah.
days by days,
datang cara & bantuan untuk memohon pembiayaan tanpa pinjaman lansung. sahabat post di Facebook. alhamdulillah. semoga Allah merahmati kalian. Tears T_______T
pasal baju raya pula. kakak willing to sponsor sepasang. dan my stepfather pun sponsored yuran dan persiapan raya nih. Hanya Tuhan saja tahu. Allah.
Rasa malu pada Allah, rasa malu. Rasa seperti tak layak athirah nak dapat semua benda ni on the spot. Tapi, sungguh! janji Allah itu pasti. ya pasti. Ini air mata pertama yang buat athirah betul betul sedar. Kebergantungan kepada Allah tu sangat penting. Mudahnya urusanku sejak sejak ni, em.
Nikmat berhijrah dari zaman kegelapan kepada zaman pencerahan tak dapat digambarkan dengan kata kata. Satu benda yang perlu dirasai sendiri. Hijrah tanpa disuruh, tetapi berhijrah kerana satu perintah dari Dia. Yes I know I'm still unperfect yet tapi masih ada ruang memperbaiki diri. Thats why I do it.
Nah, cakap english pula kan. Hehe. Ya serius saya kongsikan dengan kawan kawan, bagaimana nikmatnya sabar & bersyukur. Tak tipu. Sikit syukur pun dah membuatkan kita rasa banyak sangat nikmat Dia bagi. Bukan dari segi wang saja, tapi kesihatan.. ilmu.. keluarga bahagia, sahabat penyayang, dan macam macam lagi. Feel it in your heart. Not others.
alhamdulillah.
Untuk kesempatan ni juga. Im really grateful to have my family and REAL bestfriends.
Alhamdulillah. Thanks for those yang sudi ada dengan athirah til now okey,
Love you all lillahitaala. Inshaallah jumpa lagi next entry.
No comments:
Post a Comment