assalamualaikum wbh
di awal penghijrahan banyak tohmahan, cacian makian dan ujian datang. datang tak henti henti, memaksa untuk athirah berhenti daripada meneruskan niat. Memaksa athirah untuk berhenti daripada berhijrah. Oh sakit, sangat sakit
sakit dalam hati ni lagi sakit daripada sakit fizikal. dalam proses mencari redha Allah, ingat. ada satu musuh yang sentiasa menyesatkan kita. Dah nama pun sesat, susah nak sedar diri tu sesat. Jadi untuk mengelakkan kesesatan diri mula menghantui diri banyakkanlah bersedia.
Bersedia dari segi rohani.
Yes. Truly.
Rohani kita perlukan 'something'. Something yang tak boleh diterangkan secara lisan. Athirah bukan ustaz, for sure la. Bukan ustazah, bukan golongan professional. and Im not anyone la senang cerita. Tak banyak pengaruh. Pengaruh yang sedikit ni harap dapat membantu apabila membaca tulisan ni. Ini kisah tentang penghijrahan athirah. Tak besar mana pun hijrah ni cuma athirah dapat rasa nikmat yang kalau boleh athirah nak semua orang rasa. tenang, seronok, alhamdulillah.
athirah yang orang kenal dari sekolah biasa. Latar belakang hanya berpendidikan biasa. Bukan dari sekolah agama, madrasah, pondok atau apa jua nama diberi. Bahasa lebih tepat, sekolah beraliran agama. Ilmu agama yang dipelajari. selepas tu flyyyy ke overseas seperti Jordan, Mesir, Syria dan sebagainya.
My journey began at 6 years old. Sejak berusia enam tahun lagi dah mula masuk tadika.
Selepas tu bermula episod belajar di sekolah rendah berdekatan.
athirah dari darjah satu lagi tak ramai kawan, tak ramai sahabat. apatah lagi sahabat baik. ada kawan pun boleh bilang dengan jari. masing masing dengan puak sendiri. puak pengawas, puak pelajar cemerlang, puak cantik..Huh, macam macam yaa
Tak tahu macam mana nak berkawan dengan puak tersebut. kadang kadang rasa terhina. Iyalah athirah tak sepandai, secantik, se..apa lagi? aha. se..macam macam lah seperti mereka. dari kecil lagi athirah dah mula rasa sedih dengan hidup sendiri. Macam dah tak ada future lagi dah sebenarnya.
alhamdulillah. selepas dapat keputusan UPSR 4A1B athirah further belajar di sekolah menengah. Ingatkan nasib akan berubah, but not really. Er. semangat assabiah dalam kalangan pelajar sangat kuat. Athirah? dibuli, dicaci, dimaki, difitnah. Macam macam fitnah timbul. sakit benar hati ni sebenarnya. apa yang tak puas hati dengan athirah ya?
Mujur ada ibu.
Ibu yang sangat kuat semangatnya. kuat semangat. Ibu yang sangat positif. Guru yang sangat penyayang. Ingat lagi panggilan, atau fitnah yang dilemparkan kepada athirah yang sangat mengaibkan... Astaghfirullahalazim. tak benar sama sekali fitnah tu. Kekadang tak tahu nak cari sahabat macam mana. Nak berkawan dengan siapa?
selepas sekian lama menyepi. athirah mula masuk seni mempertahankan diri Taekwondo. seronok juga sebenarnya dengan bersukan. dapat melepaskan tekanan di sekolah. Bila dah join club seperti tu banyak perkara athirah belajar. keyakinan untuk pertahankan diri sangat kuat sama ada mental mahupun fizikal.
kekurangan athirah pada masa itu adalah kekuatan dalaman. Which is orang panggil, kerohanian. yes. exactly. disebabkan kurangnya kebergantungan kpd Allah tu athirah jadi lemah. alhamdulillah, walaupun athirah down dengan sikap fitnah dari orang sekeliling athirah lebih suka siapkan kerja sekolah. athirah lebih suka study.
syukur..tingkatan dua athirah dah jumpa sahabat yang lebih tinggi nilai intelektual dan akhlaknya. hehe seronok sangat. cuma kekurangan athirah pada masa tersebut ialah agama. athirah selepang tudung sesuka hati. Rasa cantik sangat dah tu. dengan senteng lengan baju sampai siku, rasa comel molek sangat dah. astaghfirullahalazim. aku ke tu?
dari segi aurat tak terjaga.
apatah lagi solat? solat pun tertinggal dan sengaja ditinggalkan. Tanpa rasa bersalah. solat juga sebenarnya. Tapi miss out satu, kadang kadang dua. kadang tiga. er.
astaghfirullahalazim. Jangan ikut saya yang dulu. Jahil..sangat
Bila dah masuk tingkatan tiga. hati athirah tersentuh dengan 1 perkara. Ya.
Apa? tazkirah 5 minit Cikgu Sabri. Merangkap cikgu Bahasa Melayu di sekolah menengah athirah. setiap kelas beliau akan beri tazkirah 5 minit dengan membacakan hadis. ada ulasan yang beliau akan berikan. Permulaan athirah malas nak dengar. Lama kelamaan ada sesuatu yang menarik athirah nak dengar.
solat?
Tinggal juga kadang kadang terutamanya solat asar. kenapa ya?
Masih belum ada sebarang perubahan. belum lagi.
aurat pun masih lagi.
akhlak? er. lagi jauh lah. study tu boleh pula pulun sangat ye athirah. pelik kadang kadang tu dengan diri sendiri.al Quran tu pernah belajar last pun masa tingkatan tiga macam tu lah. Mujur ada kelas pengajian agama berdekatan dengan rumah. Mak suruh, jadi kena pergi. Tanpa alasan.
jadi athirah pun kayuhla gerek (basikal) setiap hari ke rumah ustazah. kadang tu pakai seluar dan baju kurung. kain tu tak pakai pun. tudung bawal biasa. dan terbuka luas terbang nampak leher. er..
sejak nak trial pmr dah mula ubah sikit dah. Bukan ubah apa sangat pun. Dah boleh solat 5 waktu. alhamdulillah. tudung selepang macam tu juga. Nampak kawasan tak sepatutnya. Ish ish. astaghfirullahalazim. sampai pmr.. buat sungguh sungguh, solat pun tak tinggal.
doa punya doa.
cuma dalam doa, athirah tertinggal satu doa. doa apa? doa
''Allah berikan lah aku hidayahMu.''
kenapa boleh tak terfikir nak minta? jahil. sebab jahil.
keputusan pmr diumumkan penghujung disember. alhamdulillah. 8A. Terimakasih ya Allah. Terimakasih. walaupun diberi ujian kesenangan sebegitu rupa, tak juga tutup aurat dengan betul lagi sehinggalah terpaksa masuk ke sekolah berasrama penuh. waaa tak mau masuk :(
Tak ada siapa paksa pun. diri sendiri yang paksa nak masuk juga kan.
So, masuk dan alhamdulillah. Diterima sebagai ahli BADAR (badan dakwah dan kerohanian). Hah? BADAR? unbelieveable. why me why, (padahal diri sendiri yang mohon).
sejak dari jadi BADAR tu. banyak perkara athirah belajar. yela kena attend usrah kan setiap pagi untuk bagi usrah pula kepada adik adik, dalam kumpulan usrah masing masing. Terasa kerdilnya diri sendiri ni. argh. sebab bukan dari sekolah agama. Kurang agama.
syukur alhamdulillah.
athirah kenal dengan handsock dan stoking kaki sejak masuk sbp. Panas pakai handsock, so kurangnya istiqamah tapi athirah pakai juga kadang kadang. stoking semestinya perlu dipakai pun. even ke kelas prep kena pakai stoking juga ye. dah badar kan. sobs.
At first itu seperti terpaksa.
solat? yes. berjemaah. walaupun badar ketika tu. rasa stress pun ada. Mengamuk dalam hati kecilku ''apehal kena jemaah ni.. penat tahu dak, mengantuk. mana boleh paksa orang solat jemaah, tak ikhlas nanti haa tak guna solat''
astaghfirullahalazim. jahilnya athirah. Boleh cakap pasal perkara tu. Baru athirah terfikir kenapa athirah boleh bertahan dalam kelas walaupun selalu tidur 4 5 jam sahaja. dengan adanya solat jemaah. cas dalam badan yang negatif digantikan dengan cas badan yang positif apabila bahu bersentuhan dengan jemaah lain. Thats why kena rapatkan saf. haa.
Baru tau la noh.
satu lagi budaya di sbp. Baca al Quran sebelum solat berjemaah. dah athirah selalu observe ramai yang selalu baca al Quran. selalu sangat. even tengah mengantuk pun baca juga al Quran. wah sayangnya mereka pada al Quran
so athirah biasakan diri dengan baca al Quran pula. solat tu settle dah 5 waktu..hampir terbiasa. mula berjinak dengan al Quran pula. aurat tu pula terjaga sebab terpaksa pakai tudung jahit tengah. selamatlah diriku daripada dipandang ajnabi, alhamdulillah
tapi semua tu belum datang dengan rela. selepas berpindah ke sekolah lama pada tingkatan 5, disebabkan masalah kesihatan. athirah mula life baru. totally new life. wah.. macam nak culture shock? tapi tak jadi sebab terbiasa buat yang dibuat di sbp dulu. Tangan mula pakai handsock juga kadang. tapi disebabkan baju tak jarang, dan lengan panjang lebih dari pergelangan athirah tak pakai pun lah. Jarang berkawan dah dengan lelaki masa tingkatan lima. jarang, bukan tak berkawan
jadi tak ada masalah bila nak angkat tangan, sebab tak ada urusan nak bercakap dengan mereka di hadapan mereka sehingga menampakkan harta tersembunyi di sebalik lengan baju. Pemakaian di luar sekolah still the same as before, tak menutup aurat. Kaki 1 hal tak berstoking, pakaian ketat..(sebab athirah gemuk) dan singkat (makin tinggi). Tak sedar lagi bagaimana nak menutup aurat.
Malah jadi model kebaya gitu. Huhu.
sekali tu saja jadi model. selepas tu dah tak jadi model dah, sebab.... semua tahu kan model yang kebaya, di manakah relevannya kebaya menutup aurat?
Hehe maaf.
saya bukan ekstrem, saya cuma berfikiran terbuka dan freedom kepada diri sendiri okey
selepas daripada jadi model tu. Allah.
Tersedar. sedar! seperti baru sedar yang athirah ni hidup dalam bumi Allah SWT.
baru tersedar seperti sedar dari kelemasan di laut yang sungguh dalam.
Okey. Hiperbole. cuma serius, menangis nangis sedih fikirkan balik. Kenapa aku jadi model tu, why why why. why athirah? Allah, ampunkan dosa dosa aku ya Allah.
sejak saat itulah, malam tu..athirah baru kenal solat sunat taubat. athirah kenal apa itu doa ''ya Allah, berikan ku hidayahMu'' baru kenal.
selepas dari saat tu. athirah mula mencari cari pakaian yang cover semua. kalau berlengan pendek, athirah akan cover dengan cardigan ataupun sweater. yes. itu yang terbaik buat sementara. can you imagine, macam mana orang yang asalnya dari keluarga biasa dan sederhana seperti athirah nak terus beli tudung bidang besar? Baju labuh? stoking apa semua? Bayangkan. susah sangat nak mula berhijrah sebenarnya dengan rela hati.
susah. sangat susah. tetapi ingatlah, kita nak berubah lillahitaala. jadi siapakah selayaknya nak berikan pertolongan? siapakah selayaknya membantu kita? Allah, kan?
see.
sahabat yang mahukan penghijrahan. jangan cemas. Perlahan lahan. Allah Maha Mengetahui niat kamu. niat berhijrah disertai usaha, jangan niat di mulut sahaja ya.
ok blank sekejap. idea sedang mencurah curah, sampai lupa dah nak taip apa.
....
Ok done. alhamdulillah. idea muncul kembali, hehe.
idea berdasarkan pengalaman ya. Bukan saja nak tulis. sekarang pun masih lagi sedang berhijrah dari segi akhlak. selepas dah belajar menutup aurat tu, jika athirah mahukan pakaian ataupun mahu beli sesuatu athirah akan melabur wang untuk membeli pakaian yang lebih ke arah menutup aurat.
athirah suka benda cantik.
cantik itu datang kemudian selepas pakaian tu dah menutup aurat. syukur.
Lama kelamaan, athirah dapat collect pakaian yang mengikut syariat. Pakaian lama banyak dah berikan kepada orang lain yang saiz badannya lebih kecil daripada athirah, hehe ada juga pakaian yang athirah masih simpan untuk dipakai di dalam rumah. bersyukur dan jangan membazir. ingat tu athirah. syukur, perubahan dilakukan sebelum peperiksaan spm.
Bukan berubah kerana spm tau. kerana Allah Taala.
alhamdulillah berkat perubahan tu semua, 'hadiah' dari Allah untuk athirah di dunia, 9A. syukur ya Allah.
kekuatan untuk menutup aurat lagi membara selepas masuk ke matrikulasi.
''Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berhijrah''
Matrikulasi Kedah. syukur sangatlah. Bila jemaah di masjid KMK rasa seronok, dapat jumpa sahabat yang baik. Kebaikan mereka terserlah melalui pemakaian dan akhlak. subhanallah. beruntungnya mereka, mempunyai akhlak dan takwa. wallahualam.
sentiasa menasihati ke arah kebaikan. Jika athirah down, mereka nasihat. senang untuk berkongsi cerita. cerita dalam bab pembelajaran lebih diutamakan berbanding bercerita mengenai lelaki. pfft.
Tak. athirah tak perli sesiapa ya. Mohon jangan tersinggung. Maafkan athirah.
selepas keluar dari matrikulasi. Mashaallah. Lagi bertambah kuat diri ni. rasa seronok, rasa lebih mudah berkasih sayang dengan orang sekeliling. Lebih mudah menerima nasihat, lebih mudah dalam urusan, lebih mudah observe keadaan sekeliling.
dan lebih mudah membezakan mana baik mana buruk.
Satu saja lagi masih dalam proses. Menjaga ikhtilat. Ya saya baru tahu tentang ni, masih banyak perlu dipelajari. Mashaallah.
Tak apa. He knows my nawaituu.
He knows me better.
Judgement dari manusia selalu tersasar. Tak apa. soalan dari sahabat lelaki masih lagi dijawab. sahabat lama masih lagi ditegur. soalan yang ditanya jika perlu dijawab athirah akan jawab. Mak pesan ''jangan sombong, perkara baik perlu dikongsi''
Niat baik Inshaallah, Dia akan bantu.
Bohonglah jika athirah tak pernah simpan hati kepada sesiapa. itukan fitrah. Ingat. apa pun permulaannya sentiasa berat, sentiasa susah tetapi mohonlah kepada Allah. Pencipta kita yang satu. Tiada sekutu yang lain.
Allah.
Nikmatnya apabila berada dalam islam dan iman sangat menguntungkan kita. Moga untung dunia dan juga akhirat. Jaga perkara wajib dan tinggalkan yang dilarang.
Berusaha dan jangan putus asa. Benarlah pesan nabi, ikut sunnah Baginda dan al Quran inshaallah tak akan sesat.
zaman kegelapan athirah dulu harap terkubur dan dijadikan sempadan untuk diri sendiri & sahabat. yang mana baik boleh diambil, boleh dikongsi. apa apa pertanyaan boleh tanya terus kepada athirah, em em.
athirah tak sempurna. manusia biasa. Bukan maksum.
ada saja dosa athirah yang perlu pengampunan dari Allah SWT. Bersabar & bersyukur dapat jadi muslim. Bak kata Aisyah Syakirah, bukan ekstremis tapi realistik. aha. iman berkurang dan iman bertambah. Iman tak fixed macam tu ja. Banyakkan beribadah, iman naik. Tinggalkan ibadah wajib...iman berkurang, buat dosa iman berkurang. Nauzubillah.
Moga jadi mukmin berjaya dunia akhirat.
ameen ya rabb.
3 comments:
insyaallah.. hijrah kerana ALLAH akan dapat redha Allah.. hijrah kerana lainnya itulah kita akan dapat bersesuaian dengan sabda nabi mngenai iman. semuanya atas kebergantungan niat kita.. semoga athirah dapat istiqomah dan terus berdakwah di jalan Allah.. :)
teruskan istiqomah dalam beramal dan dalam berdakwah. hijrah atas nama yang Esa ganjarannya adalah redha-Nya juga. :)
terima kasih atas nasihat, Inshaallah :)
Post a Comment