assalamualaikum wbt
''Ya Allah, Ya Tuhan yang maha penyayang, Kau ampunkanlah dosa-dosa sahabatku yang
memperjuangkan agamamu. Kau permudahkanlah urusan kami untuk membuat penghijrahan saban hari,
Ya Allah.. kuatkanlah iman kami untuk mengharungi dunia yang penuh tipu daya ini, ameen ya rabb''
alhamdulillah.
sejauh mana kita bersyukur nikmat dapat belajar? sejauh mana kita bersyukur dengan ahli keluarga yang masih lagi menyayangi kita? sejauh mana kita bersyukur dengan kesihatan tanpa rasa sakit ni? sejauh mana kita sayang ibubapa kita?
sejauh mana kita bersyukur. semuanya terletak pada diri kita sendiri. tersentap rasanya apabila terbaca sebuah blog berkenaan dengan kehidupan remaja Gaza. tersentap rasanya diri ni pernah mengeluh tentang ujian yang maha kecil melanda diri. segalanya tersentap.
Apa yang kita cuba cari sekarang, untuk mendapatkan sesuatu yang lebih. Terutamanya diri athirah sendiri..dah dapat keputusan elok, tetapi masih lagi mahukan yang lebih. Tak salah nak keputusan terbaik tetapi bukan itu yang kita kejarkan. apa yang perlu dikejarkan sekarang adalah ilmu. dalam medan perjuangan nanti, bukan gred yang kita perolehi dijadikan 'senjata' malah lansung tidak berguna untuk kita jika ilmu yang ada tidak diaplikasikan.
dalam rata-rata sahabat athirah di Facebook terutamanya lebih suka update tentang couple mereka berbanding dengan ilmu yang perlu dikongsi. Masing-masing ada hak untuk menggunakan laman sosial peribadi mereka. Cuma banyak masa dihabiskan dengan perkara yang kurang penting untuk masa depan masing-masing. sebagai seorang remaja, athirah juga mempunyai keinginan. setiap manusia mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu keseronokan. keinginan itu hanyalah fitrah, kena bijak menguruskan fitrah. Tak semua fitrah tu perlu dizahirkan. kepuasan yang dicari itu hanyalah kepuasan nafsu, sedangkan rohani kita membuak-buak mendahagakan pengurusan fitrah.
athirah mengaku. athirah pun remaja. Remaja la sangat, Ihiks.
kita semua memerlukan satu identiti. Identiti diri yang membuatkan sahabat lain mengenali diri kita. Nak kita tampil sempurna di mata orang. walaupun hakikatnya kesempurnaan fizikal sahaja yang dikejar-kejar. Kita sayang sangat dunia kan. Kalau nak jadi remaja berakhlak, muncul satu tamparan hebat
''Kau skema, takleh blah la.. akhlak tu berakhlak juga, jangan la skema derr'' si fulan.
Ya lah. disebabkan ayat sebegini pun dah rasa goyah. Tipudaya duniawi ni sangat 'cantik', dihiasi pula dengan kata-kata syaitan yang sentiasa mencari jalan menyesatkan kita.
ada juga segelintir remaja cerita..parents tak pernah ambil kisah.
awak tahu kan setiap kali parents tak amik kisah tu tandanya kita diberi 'mandat' untuk membawa diri. Mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada kita untuk membentuk peribadi dan akhlak. Rakyat Gaza sekarang ni, mereka memperjuangkan diri mereka berlandaskan Allah SWT. nak kita diserang baru nak ingat mana satu Rabb ke?
Nauzubillah. fitrah manusia selalu lupa.
so nasihat untuk diri athirah. dan juga sahabat. terutamanya yang nak menempuh alam universiti nanti. Gunakan hak memilih, iaitu memilih sahabat yang jauh pemikirannya demi masa depan kita. Jadikan remaja & belia yang high vision dan bertanggungjawab.
........................................................................
Ok dah tamat penggunaan bahasa Melayu yang betul. ada la sikit salah tu, Mohon perbetulkan. bersyukur dan lakukan perubahan diri. cemerlang dunia dan akhirat. Inshaallah
No comments:
Post a Comment