Monday, July 15, 2013

Nikah muda mudi

assalamualaikum


hari ni dah masuk 7 Ramadhan 1434H dah. How time flies so fast. usia pun dah menjengah 20 tahun pada 2014. Muka pun dah nampak berumur ni. sejak tahun ni dah ramai kengkawan sembang pasal kahwin, nikah, bila nak kahwin dan sebagainya

Tak terlepas juga ciri lelaki idaman. Idaman lah sangat ye. so saja nak update pasal entri nikah awal. Setiap orang ada pendapat peribadi kan? same goes to me. sebagai seorang pelajar biasa dan tak begitu cemerlang seperti athirah dan manusia normal yang sedang merangkak kenal dunia ni athirah pun ada pendapat peribadi tentang nikah awal

''bukan pujuk diri sebab tak dapat nikah awal tau''

Inshaallah kalau rezeki awal tidak dapat ditolak tetapi buat masa sekarang dan 3-5 tahun onwards athirah sangat memerlukan masa untuk pampering myself. sometimes situation will happen like this:

me atau anda : mak, nak nikoh awal boleh dop?

mom atau mom anda : hish. merepek apa ni. mengaji bagi habis dulu!

me atau anda : erm. tapi mak, boleh ja nikah tapi tak tinggal sekali sebab belajar

mom atau mom anda : hish. merepek la hang ni. belajar memasak la dulu ka, 
bagi pandai dulu, kira nak kawin ja. gatai hang noh.

ini contoh sahaja.

Tak ada kaitan dengan athirah atau sesiapapun. He, mohon jangan salah faham. kekadang ada dengar parents cakap seperti dialog di atas. Puas athirah buat research sana sini, kenapa parents tak izinkan sesetengah pelajar bernikah di awal usia. atau athirah buat research kebaikan nikah awal usia pula. Pelbagai jawapan muncul bila guna Encik Google ni. sampai pening kepala dibuatnya. dan akhirnya muncul entri ni sebagai konklusi sendiri. Memang tak dinafikan sangat bagus untuk mendirikan rumah tangga di awal usia belasan tahun tetapi athirah updated entri ni bertujuan menjawab hikmah mengapa parents tak izinkan bernikah di awal usia.

mengapa parents tak izinkan bernikah awal? sebab pertama adalah apakah persediaan kita untuk bakal khalifah yang akan dilahirkan di dunia ini. Tak ramai orang akan fikir benda kecil seperti ini. Yang kita fikir adalah nak nikah awal sebab mengelakkan maksiat. betul? Itu bukan tujuan utama perkahwinan, ada lagi tujuan lain yang perlu dititikberatkan iaitu melahirkan zuriat soleh dan solehah. persediaan itu termasuklah akhlak dan takwa kita. setiap orang tidak sempurna tetapi tak salah jika kita bersedia untuk ke arah kesempurnaan. akhlak kita ok atau kurang ok? 

orang tua nak minta tolong, dah mula melenting. orang nak minta tolong ajarkan math pun dah lari tak nak tolong dengan alasan ''tak reti'' ,berhibur sana sini, hubungan lelaki perempuan terlampau bebas. er. nauzubillah. jika ini perangai kita dan contoh yang kita sediakan untuk bakal khalifah kita, lupakanlah niat untuk bernikah jika masih lagi mempunyai akhlak sebegini rupa. 

takwa? ''aku bukan ustazah, mana tahu aku tak belajar pasal semua ni pun'' .
apa yang perlu kita buat, carilah. Nak tunggu ilmu bergolek depan mata memang tak akan bergolek punya lah. Orang yang mencari sahaja akan dapat meraih takwa di sisiNya.

mengapa parents tak izinkan bernikah awal? ilmu rumahtangga tak berapa nak cukup. Ilmu rumahtangga ni semua lah, terutamanya agama. sekarang banyak buku agama atau pendakwah atau orang berpengalaman. Korek dulu rahsia kebahagiaan mereka, korek dulu selok belok rumahtangga, yang kita semua nak mestilah kebahagiaan selepas rumahtangga kan? Nak yang perfect betul? walaupun agak sukar untuk mencapai status perfect tersebut tapi boleh jee nak belajar cari resepi kebahagiaan rumah tangga. perkahwinan bukan hanya sehari tetapi berhari hari, Inshaallah sehingga ke jannah

kewangan, kewangan, kewangan .sekarang tengah ambil ijazah kan? Masih lagi berhutang dengan kerajaan, (bagi yang berhutang). Dan pernikahan pun nak menambah hutang lagi? jangan disebabkan hutang, menjadi ''halwa telinga'' leteran si isteri kelak. ni terutamanya lelaki. parents kita ni nak kita tak semak kepala fikir pasal kewangan. Buat sesiapa yang mampu dan berdaya bekerja sambilan ketika belajar tu tahniah! sebab berusaha untuk menyara si isteri. si isteri tu ibarat princess tau, ihiks. 

mengapa parents tak izinkan bernikah awal? sebab mereka tak mahu kita tergesa gesa .ha ni pun satu. Nikah awal dan nikah awal tetapi tergesa gesa adalah dua perkara yang totally different. Nikah awal tergesa gesa tu sebab excited sangat sangat nak bercinta dengan dia. Nikah ini satu fasa dan alam hidup yang baru. excited bukanlah sehari dua. ye? dan perlu sekufu. Bukan main main. ingat, bukan perkara main main. 

nak tunggu bersedia. bila? 

memang sampai bila pun diri akan cakap tak bersedia kan. tetapi sekurangnya siapkanlah diri 50% dan ke atas. Nak exam pun boleh cuba bersedia, inikan pula perkahwinan. angin bertiup sikit kang melatah jika tidak ada persediaan. 

Tak kan nak couple? baik nikah, daripada couple sebelum nikah.

ada dengar juga kengkawan cakap macam ni. bagi athirah, tak perlu bercinta jika tidak mahu couple dalam masa yang sama tidak mampu nak bernikah. Sediakan diri hanya untuk yang layak sahaja. bak kata ustazah Fatimah Syarha, ''jangan biarkan fitrah itu bertukar menjadi fitnah''. Apa inisiatif yang kita boleh lakukan? jangan berkawan rapat sangat dengan lelaki/perempuan jika takut timbul perasaan suka. athirah asalnya dari sekolah atau environment yang bercampur lelaki perempuan, susah sikit tak bercampur. 

dalam apa jua keadaan sekarang mendesak kita untuk bercampur. Jadi cubalah mengawal diri dalam apa jua cara yaa..nasihat untuk diri athirah dan kengkawan. striving together. Inshaallah. Tak terlambat lagi nak berhijrah bersama sama. kan, hehehe pandai je kau athirah

semua ni antara sebab kenapa parents tak izinkan. Proof to them you able to get married early if u really want to do so. dan satu lagi, bayangkan kita sekarang tengah belajar dan ada beberapa tahun lagi nak habis. sebagai anak, mestilah dia pun nak merasa gaji pertama kita apabila kita dah bekerja. bagi perempuan, spend masa dengan mereka dulu ya.. nanti dah kena tinggal dengan suami, dan dengar cakap suami.  : )

satu lagi alasan mengapa parents tak izinkan bernikah awal, sebab mahukan diri kita dihargai oleh lelaki yang tepat, atau perempuan yang tepat. mereka mahukan yang terbaik. dear girls, if really a boy wants u..ask him to come and see your parents instead of kenalan kenalan dulu. sekarang ni ramai yang gemar menggunkaan ayat berbaur keinsafan dan ada orang dah melting. solehah dan soleh seseorang tu bukan diukur semata mata dengan perkataan, tetapi melalui bukti hubungan mereka dengan Tuhan. kalau mereka mampu dan kuat untuk berjumpa parents. silakan. Lepas tu baru berkenalan. 

Hati dan perasaan bukan untuk dipermainkan ye 

setiap individu ada pendapat tersendiri, ini blog athirah so inilah pendapat athirah. Tak bertujuan argue dengan siapa pun, hehe. 

thanks!



No comments: