Monday, August 26, 2013

admire : Mak

in the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

assalamualaikum wbh.

salam cinta dari Nazrah Athirah. 

salam cinta untuk Mak juga yaa. I love you. 


alhamdulillah. athirah baru sembuh ja dari sakit-sakit, ujian kecil dari Allah untuk hapuskan dosa kecil athirah yang banyak sangat tu. for sure, this entry is specially dedicated to Mum. atau dalam bahasa Malaysia ialah Mak. hehe. 

kenapa admire sangat dengan Mak sendiri ni? banyak sebab kenapa athirah admire sangat dengan Mak. sebab pertama adalah beliau seorang yang sangat tabah, kuat, tough dan sebagainya yang menunjukkan kepada kekuatan. sebenarnya Mak adalah seorang ibu tunggal yang membesarkan empat anak daranya bersendirian tanpa apa-apa bantuan.

ya betul. 

Mak tak pernah bekerja, setelah diceraikan beliau berhempas pulas nak jaga kami berempat. semua yang masih kecil lagi. susah sangat nak cari kerja dengan tak ada pengalamannya, tak ada tempat bergantung kerana beliau adalah anak tunggal beserta anak yatim piatu. saudara mara juga menjauhkan diri kerana fitnah. Allah. sedih dan pedihnya hati beliau hanya Dia saja yang mengetahui. hati seorang ibu kuat, dan hanya satu impian dan niat beliau 

'' aku niat nak kerja ni sebab anak-anak, sebab nak anak-anak berjaya'' 

dengan izin Allah, keluarga kami dipeliharaNya daripada perkara bukan-bukan. walaupun ditentang hebat daripada jiran dan saudara mara atas sebab kemiskinan, tapi Dia tak menolak kami. alhamdulillah. duit yang Mak dapat walaupun kerja kecil-kecilan tu cukup untuk menyekolahkan anak-anak Mak. cukup nak bagi makan kami sekeluarga walaupun kadang tu terpaksa ikat perut dan berhutang di kedai runcit berhampiran. kadang tu makan megi sebungkus kongsi 5 orang. hmm. susah kan. elektrik pun selalu tak ada, guna lilin saja sbg sumber cahaya di waktu malam.

KFC? jauh sekali. 

sampai pada satu masa tu, Allah turunkan pertolonganNya melalui seorang hambaNya, sahabat Mak. beliau bantu dengan membeli makanan untuk kami sekeluarga. alhamdulillah. Moga Tuhan saja yang membalas jasa sahabat Mak seorang ni. Bermacam pekerjaan yang halal Mak buat. duit pekerjaan yang mak dapat sentiasa cukup walaupun secara nyatanya seperti tak cukup sangat-sangat. itulah keberkatan. alhamdulillah.

akhirnya Mak dapat join kursus senamrobik, jadi beliau menceburkan diri menjadi instruktor senamrobik dan buka kelas sendiri. sejak daripada tu kehidupan kami semakin hari semakin baik. alhamdulillah. Mak besarkan keempat-empat orang anaknya sendirian. 

sekarang ni 2 orang dah graduasi dan sedang bekerja. seorang lagi sedang menyambung Master, dan Inshaallah minggu depan athirah akan sambung belajar pula. yaa. 

bila athirah rasa susah sikit hidup ni, athirah akan fikirkan balik pengorbanan ibu. Banyak sangat pengorbanan yang athirah skipped dalam cerita ni sebab tak larat den nak menulis :p

apapun. Niat tu yang utama, selepas tu usaha yang berterusan. Kalau rasa susah sikit, bayangkanlah betapa banyak manusia yang sedang alami kesusahan yang lagi susah daripada kita. kan.. dulu keluarga kami berdiri dengan sendirinya. sekarang apabila keluarga dah semakin senang, orang yang dulunya lari apabila kami susah, datang kembali. 

Tak apa. 
Tak baik berdendam. 

Mak selalu cakap .. '' Mak tak ada lulusan universiti pun. mengaji takat SPM ja. Mak cuma boleh guna titik peluh mak ja nak besarkan anak-anak Mak. '' .Allah. sedih tau. Idola athirah selain Rasulullah SAW, adalah Mak sendiri. Really impressed with her. Besar nikmat Allah bagi ni. Sekarang athirah dah 19 tahun, Mak selalu bagi nasihat dan kongsi sebagai seorang sahabat. susah ke senang ke Mak akan ada. Im proud to have her as my mum. I Love you. 

bila Ibu menyuruh kita melakukan sesuatu, contohnya pilih satu kos tersebut..ikutlah cakap mereka. Mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan mereka lebih memahami kita daripada diri kita faham diri kita. 













No comments: