in the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
assalamualaikum.
hi. negara pun dah hampir masuk 56 tahun mencapai kemerdekaan. Ramai juga rakyat kita bising-bising
''Hoi. Msia aman dengan maksiat la, Mesir darurat pun masih penuh dengan ibadah. coih''
sedih tau I bila tengok rakyat Msia macam ni. Kita ni dah hidup berbelas tahun, berpuluh tahun pun tapi mentaliti masih di takuk lama iaitu nak mencari gaduh, mencari pasal. Ya. Mesir tengah bergolak dan mereka masing-masing syahid di jalan Allah SWT.
kita ada 2 pilihan. pergi sana juga masuk campur, atau duduk sini dan berdoa. kemampuan dan batasan kita mungkin pada pilihan kedua saja iaitu berdoa. di samping berdoa kita boleh juga beri sumbangan. Jangan mulut saja kecoh, tapi nak kirim doa pun malas.
solat pun tak.
Jihad terbesar adalah melawan hawa nafsu tau. Hangpa tau dak? dah hangpa masing-masing nak berjihad. Jihad dengan hawa nafsu dulu. Inshaallah kalau dengan hawa nafsu hangpa boleh lawan. Tak da masalah nak lawan dengan manusia.
sorry. Bukan blog berleter. cuma kita diberi akal untuk berfikir. Gunakan nikmat yang satu ini untuk berfikir. Berfikir tentang nikmat Allah. Allah bagi kita ujian kesenangan. semua rakyat Msia buat maksiat ya? semua manusia pernah buat maksiat - maksiat itu kan dosa.
apabila Allah bagi kita akal fikiran untuk berfikir, apa kata kita fikir positif dan buat sesuatu yang positif. dengan mengubah diri kita supaya cari perkara yang positif dan mendoakan juga negara kita supaya menjadi negara aman tanpa maksiat. hah.
Itukan lebih bagus. tapi itulah, malas nak cakap pasal mentaliti. sebab kenkadang mentaliti athirah juga masih di tahap zero. tengok blog pun dah tahu. kuikui.
etika yang athirah maksudkan ialah;
etika naik lif
ramai di antara kita sangat berminat nak naik lif. tahu kenapa? Bila pintu lif dibuka. SERBU! tanpa menghiraukan orang yang berada di dalam lif nak keluar. Kenapa ya?
salah satu dialog athirah pernah dengar
'' wei cepat wei, nanti pintu lif katup ( tutup ) dia kepit kita..cepat! ''
Tolonglah wahai sahabat yang ku sayang kerana Allah sekalian, sabar. Bersabar itukan sebahagian dpd iman. Pintu lif sekarang mostly ada sensor dah, tak terkepitlah. Jangan terpengaruh dengan cerita barat Final Destination tu. haha.
so apa yang perlu kita buat adalah biarkan orang luar keluar dulu dan baru kita masuk. Baru seimbang. dan orang di dalam lif tolong tekan button yang menandakan pintu tu terbuka. Baru la keadaan sistematik dan tak kelam kelibut takut pintu kepit.
etika langgar kucing
jangan balik try langgar kucing pula. sebenarnya trend sekarang kan bawa laju-laju dan langgar kucing. sobsobs. sedih mendengarnya. Buat sesiapa pernah langgar kucing tu, minta tolong la. tengok kucing tu dan bayangkan kecomelan mereka. Bukan mereka minta ikan tengah jalan pun. mereka nak melintas ja. Tolong jangan langgar., banyak kucing mati di tengah jalan akibat kelalaian manusia.
sedih.
etika meludah.
kalau naik kereta atau kenderaan bergerak. Mohon jangan meludah merata-rata. kalau tengah berjalan atau di mana sahaja. sopanla sikit, meludah dalam tisu dan buang ke. Ini buang betul-betul depan muka orang tengah makan kenduri.
dengan bermacam bunyi pula tu. tolong ya. kasihanilah orang lain, bersikap sopan dan menghormati orang lain.
etika bersalam.
Ok meh nak ajar buka tangan. lepastu sambut tangan orang lain kedua belah tangan atau sebelah pun tak apa. dan genggam tangan orang tersebut. Bukan salam dengan jari sahaja. hehe. salam sungguh sungguh. Tapak tangan bertemu tapak tangan. Mata bertentang mata. Ya. macam tu lah, okey ulang sampai pandai.
etika menegur di laman sosial
nak tegur boleh buka private message dan tegur. explain berjela pun tak apa. sekurangnya tak megaibkan sesiapa. Manusia buat salah itu perkara biasa, antara nampak ke tidak. contoh yang athirah pernah jumpa :
seorang wanita yang tidak menutup aurat. tapi dari segi sedekahnya kepada orang lain, akhlaknya dengan orang lain baik. Tak mengumpat. Allah. Itu kelebihan yang orang tak nampak. 1 dosa dia buat, manalah tahu 100 pahala yang dia buat. perbezaannya adalah dia tidak menutup aurat. orang nampak, kan.
situasi kedua pula. seorang wanita lengkap menutup aurat. cuma akhlaknya sahaja yang kurang memberansangkan. eceiwah. di mulut sentiasa maki-makian orang lain, mengumpat, malas nak belajar, nauzubillah hi min zalik.
kesimpulannya manusia sentiasa ada kesalahan. cuma kesalahan tu dapat dikawal atau tak oleh individu itu sendiri. apapun kalau tak puas hati dengan sesiapa tegurlah menggunakan PRIVATE MESSAGE atau nama feymesnya PM.
etika senyum
aha. senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek.
smile is a charity. so taburkan lah senyuman kilauan anda wahai sahabatku. senyum tu kita guna otot lagi sikit dari memasamkan muka. pagi hari terutamanya, kalau senyum kan lagi seronok. aura positif pun meresap. ah..
etika makan di rumah orang?
Makan sampai habis makanan yang diambil. Jangan membazir atau tamak. Grrr.
etika minum.
Minum minuman yang tiada gula. kes kencing manis dan obesiti makin kronik di Msia. Air kosong tu pelincir tau. Sihat dengan mineral water. Jangan malu bawa ke kelas.
dan..jangan sikit-sikit nak minta dekat kawan yang bawa air ke kelas. Penat dia isi air, kita pula share bekas dengan dia. ehem. entah ke dia tak gosok gigi? ekeke.
jangan juga share bekas minum dengan ajnabi. itu mukaddimah kepada zina. nauzubillah.
***
dan pelbagai lagi etika lain. semua orang perlu take note. Berfikir menggunakan akal yang waras. jangan main ikut sedap saja. berbudi bahasalah, budaya kita sebagai orang berakal.

No comments:
Post a Comment