Monday, August 12, 2013

Menguruskan perbezaan

in the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

kekeliruan dalam penggunaan font yang melampau.

assalamualaikum.


Dah berapa kali revert to draft, published, edit semula untuk mendapatkan kepuasan yang maksima. Kenapa font tak menarik ni? nanti orang baca pun bosan sedangkan diri sendiri baca pun naik muak. 

alhamdulillah. hampir 5 tahun kan blog ni, cuma entri lama-lama tu banyak yang dah dipadam. Menakutkan bila baca? Macam nak menangis pun ada sebenarnya. Entri yang sangat membosankan.

tulisan athirah dalam blog ni pun mengalami arus kematangan. usia semakin menginjak angkanya, pemikiran pun semakin bertambah kreatifnya. ah, tolong jangan merepek. 

***

kembali kepada motif utama entri kali ni. Baki tinggal 18 hari untuk memulakan kehidupan baru di tempat yang baru. sabar athirah, jangan takut. Masih ramai lagi akan mengalami hidup yang baru. selepas kena nasi lemak 2 bungkus dan kopi susu pagi tadi kak long buka cerita yang athirah tak pernah dengar pun. Bila dah mula masuk ke alam baru ( macam perkahwinan contohnya ) banyak perbezaan yang kita akan temui. contohnya kan, perbezaan sikap pasangan.

Ok tukar topik. terasa diri ni under age lagi nak cakap tentang tu hehe.
Bila soalan orang tanyakan kepada athirah, 

''apa yang dah siap untuk ke universiti nanti? ''

otak ligat nak jana jawapan untuk persoalan yang athirah rasa cukup boleh membunuh diri sendiri. syukurlah athirah ni nerd sikit, so tak ada masalah nak menjawab persoalan saudara mara yang cukup high standard ni. jawapan yang cukup mudah dan lancar keluar dari mulut, penat ja fikir. 

'' alhamdulillah. cuma sedia keperluan agama dalam diri. Banyak melatih diri dari segi mental, sebab nak berhadapan dengan perangai manusia nanti ''

tolongla. kenapa jawapan tu yang keluar lancar dari mulut. entahla. asalkan ada jawapan. 
alhamdulillah. sejak habis matrikulasi kan, athirah ada terjumpa dengan seorang sahabat. namanya yang singkat adalah MI. Mula kawan tu tak ada la nampak sangat diri dia macam mana.

Bila dah lama kenal. Allah, kisah hidup yang hampir sama. Hampir banyak perkara jadi sama. cuma ada juga la perbezaan. Perbezaan yang kecil kadang-kadang akan muncul dan menyebabkan pergaduhan. aha.. so di sini sedikit tips bagaimana nak menguruskan perbezaan selepas mukaddimah yang panjang berjela bagaikan plasticine yang digulung-gulung menjadi panjang dan bersambung-sambung. 


memahami. 

Bayangkanlah, jika kita minat memancing. dan beliau minat melukis. dua perkara yang sangat berbeza. Tak ada link lansung. Bila kita bercerita tentang memancing sudah pasti kita mahukan pendengar yang supportive, yang bergembira di sebalik kegembiraan kita dan bersedih di sebalik kesedihan kita. Jadi, apa salahnya jika kita pun jadi dan buat perkara yang sama kepada orang tersebut. Mesti kita akan rasa seronok untuk berkongsi cerita. tak percaya kena cuba. try to understand others, and they'll do the same.

berfikiran positif.

selalunya kan. Bila dah berbeza ni kita akan gunakan perbezaan tu sebagai point untuk kita berfikiran negatif. berfikiran positif ni selalu jadi di antara points yang mesti orang akan sebut-sebut. tak boleh ke kalau tak sebut?

no way. berfikiran positif adalah main point yang wajib disebut. perbezaan tu kita rasa perkara teruk yang jadi dalam hidup kita. sebab itulah kena fikir positif. anggap saja satu perbezaan tu sebagai cara untuk meraih ilmu. Kalau tak berbeza, tak menjana kreatif lansung kan.

sikit-sikit nak benda sama ja. otak pun  jadi malas dan beku nak berkembang. 

tidak menfitnah.

dulu masa kecik athirah selalu fitnah ni jadi bila kita sebut yang teruk ja. Bila dah besar baru faham. sorry sebab slow sikit. hehe. fitnah tu apabila kita menyampaikan kepada orang lain perkara yang fake. kalau guna translategoogle.com tu maknanya palsu. Tahu tak palsu? 

palsu tu tipu. ha sebut tentang tipu sebenarnya kan, mata kita banyak menipu. Kita tengok orang tu cantik sangat bila uploaded photos ke FB ataupun blog, instagram bagai kan. Padahal syaitan sedang membisikkan kepada kita sehinggakan kita tak sedar pun perkara tu menipu kita. thats why banyak perkara bukan-bukan jadi sekarang ni, sebab tipu daya syaitan itu halusss. seperti binatang mikro yang boleh dilihat menggunakan microskop elektronik sahaja. ha.

so be careful. Perisai kepada hasutan syaitan adalah iman. 

nak iman? find and grab it. sematkan ke dalam jiwa. ecewah. Inshaallah sahabat 

bersabar

benda paling susah nak buat apabila bersabar. berapa orang daripada kita dalam keadaan stress dia boleh bersabar dan ingat Allah adalah satu-satunya penyelesaian kepada rungkaian masalah? fikir sendiri dan take note. apa yang boleh membuatkan kita sabar. 

buruknya perangai kalau tak reti sabar. sudahla IQ rendah, EQ pun sama-sama merendahkan diri. ish. kalau tak sabar pun, pandaikan lah diri tu nak sembunyikan. kalau nak tunjuk sangat tu pergi jauh-jauh, hehe.

buat baik berterusan

amalan paling baik kita susah nak buat adalah buat baik apabila dianiayai. Kita tolong si A, sampai satu masa kita perlukan pertolongan beliau tapi diendahkan. waaa sakit kan hati? ya memang sakit sangatlah. sabar ok. setiap pertolongan yang kita hulurkan kepada orang lain, Allah akan membalasnya dengan ganjaran pahala. dan pertolongan akan dicurahkan dari aspek lain. Bukan dari si A tu. so keep on helping others. and trust Allah.

put your faith to Allah. He never forget you no matter what happen.

sekarang ni Allah balas cash. Buat jahat, dibalas jahat. Buat baik dibalas baik. asalkan niatnya ikhlas berbuat baik. yep. 

antara tips di atas ni harap berguna untuk diri sendiri ni dan sahabat. memang macam susah, cakap senang saja. tapi kalau tak cakap, macam mana nak buat. dan bagaimana pula orang lain boleh buat dan kita tak boleh? tepuk dada, tanya iman.

hanya orang yang percayakan akhirat dan Allah serta menjadikan Rasulullah sebagai superhero sepanjang zaman sahaja dapat pecahkan tembok fitnah di akhir zaman. yes. Ingat, perbezaan itu nikmat atau cara untuk meraih ilmu. Bukannya sebagai penghalang kepada kita untuk ...... gagal. 

mencabar nak tulis entri ni sebab dapat tohmahan dalam hati oleh orang ramai. ekekeke. Bukan senang tau nak brainstorm untuk entri ni. 









No comments: