Tuesday, October 8, 2013

Kembara ''cintaku keranaNya'' di UPM

in The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

assalamualaikum

sahabat yang athirah rindui, sayang kerana Allah Taala.
apa khabar? Iman sihat? Fizikal, mental dan rohani pula sihat ke? Hopefully semua dalam keadaan sempurna dan masih dalam nikmat iman dan Islam. 

actually sekarang baru habis meeting Dogathon. sejujurnya setiap malam ada meeting. penat sangat kalau diikutkan nafsu. tapi akal cepat-cepat berdalih, minta berfikiran waras dan tak terlalu ikutkan emosi. Orang tak percaya kenapa athirah boleh sibuk. 

student 1st year sini memang sangat sibuk. Macam-macam event kena join dan kena buat. tapi tak apa. Demi pembentukan personaliti dan peribadi. cewah.

Dah le tu buat ayat buku. sekarang ni dah penat sangat, macam-macam merepek. Jangan banyak sangat merepek. sekurangnya walaupun orang tak suka sebab kita skema, berilah sesuatu perkataan atau bercakaplah sesuatu yang bermanfaat. 

Inshaallah.

sekarang kan jadi student veterinar upm. Banyak benda dah belajar di sini. Doktor Veterinar punya profesion ni sangat adventure. Bukan jenis duduk diam setempat je, banyak tempat perlu dijelajah. Profesion ni juga starts from zero. kena belajar jadi pencuci kandang, pencuci najis apa semua baru lah boleh belajar untuk jadi professional. 

dah masuk 3rd week belajar kan kami belajar jenis-jenis rumput. Allah. punyalah excited masuk ladang tu kan, dengan Boots baru. sangat panas dan berpeluh-peluh la di ladang. Tak leh pakai cantik or cun cun, nanti comot maskara you alls. hehe.

coverall ( pakaian untuk praktikal di ladang, kandang or so on ) belum dapat lagi. dah order pun. Inshaallah, hopefully suits me. Tak nak nanti kambing nampak athirah je terus lari keluar kandang kan. takut tengok. actually kan, a quite shocked di sini sebab banyak investment perlu dibuat. 1st dari segi kewangan. 2ndly is dari segi masa.

seriouslaaa.

Tak tipu la. so better saving dari sekarang dan belajar untuk merelakskan diri dalam keadaan tertekan. sebab kalau dah tertekan banyak kerja boleh membawa kepada maut. er. nauzubillah. satu perkara yang athirah nampak di sini ialah, kerohanian tu perlu dicari. dulu di sekolah boleh dipaksa untuk solat berjemaah atau dengar tazkirah. semua wajib kan.

di sini, siapa yang nak dia akan dapat. 
berusahalah meraih cinta Ilahi. 

Better belajar agama dari sekolah, dah masuk U sekurangnya ada juga basic. tak la takut sangat nak facing hidup sebagai pelajar dewasa. Basic tu kena ada. Seimbangkan semuanya. tak mahu sini ok, situ pula bermasalah. Jangan risau. datang sini memang kena pandai pilih kawan. carilah sahabat yang nak raih cinta Ilahi dan berusaha ke arah Jannah Allah SWT.

bukan sekadar kawan have fun, tak membangunkan diri pun. ye dop.
nauzubillah.

selain tu, pergaulan di univ tak sama dengan pergaulan di sekolah/ matriks. mungkin bagi orang lain lainlah pendapatnya tapi as for me, dulu life di sekolah dan matriks masih lagi terbatas urusan dengan lelaki. Bila dah datang sini macam 

'' aaaaaaaaaaaaa, ''

terkejut. kaget. Biasalah tu, kata mereka. Islam datang dengan dagang, dan akan kembali dengan dagang. which means orang awal-awal mengamalkan Islam dulu pun dianggap ganjil. sekarang pun, dah jadi macam tu. akhir zaman kan.

'' aku lemah la, senang terikut orang ''

That's why kita perlu cari kawan yang apabila melihat akhlaknya membuatkan kita teringatkan Pencipta kita. subhanallah. sekarang susah nak ada kawan seperti itu. dulu di matriks ramai yang macam tu, ambil berat tentang aurat walaupun hanya pergelangan tangan. atau hanya sehelai rambut. dari segi solat pun, menitikberatkan solat berjemaah, solat awal waktu dan solat tahajjud. aha teringat zaman matriks dulu pun, sahabat athirah boleh call dan mesej kejutkan untuk solat tahajjud. Allah. rindunya :'(

hidup mesti diteruskan. 
Macam mana pun keadaan di sini, athirah perlu redha. Tadi ada contact sahabat lama dari Matriks. alhamdulillah. ada beberapa kata mutiara yang diberi beliau untuk saya,

tak salah kan berkongsi :)

'' abaikan sahaja pandangan orang buat kita. pandangan Allah itu utama. jangan risau. Jika tak boleh ubah keadaan sekeliling, ubah la diri kita. sekurangnya tak dapat menegur dengan lisan. zahirkanlah diri tu dengan akhlak baik. kuasa Allah nak detikkan hati mereka spy cintakan agama '' . 

sahabat athirah ni namanya Nadia. alhamdulillah. orangnya cukup kuat semangat. cukup menjaga batas pergaulannya tapi hidup beliau still happening dan bahagia. kenapa beliau boleh, athirah tak boleh pulak? so I can do it. Inshaallah! 

***

sekarang bila sibuk. Mujurlah hati terdetik juga walaupun sekejap 

'' sibuknya aku dengan hal dunia. ni lah yang disebut, kejar hal dunia. akhirat dikemudiankan '' 

hm. betul juga kan. akhirat dikemudiankan tu maksudnya solat di akhir waktu, kalau meeting boleh punctual tapi solat boleh pula dilewatkan? Dah tu. alasan nak berurusan dengan berlawanan jantina itu dijadikan pula alasan macam-macam. Biasalah. Tipudaya syaitan cukup halus. Hanya Iman sahaja dapat membezakan mana satu tipu daya ataupun helah.

Masa ada di surau, sempat pula terbelek majalah Solusi. sedihnya, sebab dah lama tak beli. selalunya mesti ada something untuk renew Iman. biasalah, iman kan berkurang dan bertambah. tajuk solusi tersebut ialah '' kemanisan iman ''

Allah.

hanya diri sendiri sahaja tahu macam mana kemanisan iman tu. Apabila dah terasa kemanisan iman tu. Perkara mazmumah mudah saja nak ditinggalkan. Ye la, dah tahu macam mana rasanya iman tu, mustahil nak buang niqmat tu macam tu saja.

kan?


saja jee buat tajuk gempak macam tu. B I A S A L A , kalau tentang cinta semua orang nak baca. kalau tentang cinta, itulah yang menjadi perhatian. tapi kalau tulis pasal belajar memang tak ramai nak. why ha? why. 

for short dan for summary alhamdulillah I am happy to be here. syukur la dapat ramai sahabat baru. Matang, bersemangat, happy-go-lucky dan helpful. Plus athirah bersyukur dan sangat bersyukur dapat housemates semua OK. so far alhamdulillah. Pembersih, dan taat perintah Allah SWT. dari banyak aspek lah, serta positif. Betul la Prof.Muhaya pernah beritahu kalau kita fikir positif Inshaallah kita dikelilingi dengan keadaan positif. kalau fikir negatif, lain la jadinya. walaupun baru sebulan duduk sini, dah 2x mengharungi saat kesakitan. Hehe. tak teruk cuma demam panas, Tak apa. Allah cuma rindukan kita untuk cuba dekat denganNya. 

***

Sebulan ni sangat busy. dulu duduk matrik pun ada rasa homesick sikit, tapi dah duduk jauh ni tak rasa homesick sebab sangat sibuk ma. kekadang tu stress. Mujurlah ada kengkawan yang sentiasa bersemangat nak jalankan amanah tu. Tak rasa ralat sangat ye dop. 

Apapun hati dan perasaan sentiasa ingat Mak kat rumah. sehari 2, 3x call. sampai Mak pun kekadang macam '' dah la tu, pi study '' . hehe. Ok la kan. jauh di mata dekat di hati. Ahad lepas baru saja habis Dogathon ( The largest dog gathering event ). dalam program tu ada 1070 ekor anjing yang datang utk memeriahkan program. ada games for dog and owner, ada sponsors datang, dan bermacam lagi. 

satu experience yang athirah tak akan lupa la forever and ever, pengalaman pegang, peluk dengan anjing. dan bergambar dengan anjing tu. aaaa, bukan senang tau. Alhamdulillah. He gave me this chance to kno his Mighty through this creature. Balik tu samak je guna sabun Taharah. urusan dipermudahkan.

subhanallah.
alhamdulillah
allahuakbar.

Lepas ni nampok anjing tepi jalan tak yah lari dah la. hehe. kecuali kalau dikejar memang kena lari. Tunggu apa lagi ye dop. walaupun seronok and enjoy-enjoy tinggal di sini, ( kolej 17 ) yang merupakan kolej versi rumah. satu rumah 8 orang. kerohanian tu jangan lupa. kekadang kan, syaitan ni..biasalah tugasnya adalah menyesatkan anak adam. Mata kita bagaikan tertutup daripada memandang dosa itu sbg satu yang tak baik. kita rasa macam dosa tu benda biasa saja kan. Kadang-kadang dosa kecil pun dipandang remeh. Berhati-hatilah. 

ok. nasihat untuk diri sendiri ni.

Takutnya.

Moga sentiasa berada di landasan yang benar. 

Nak cari sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kpd Allah. sentiasa membuatkan kita sedar daripada dunia yang penuh dengan lakunan ni, banyak-banyakkanlah pergi ke surau / masjid. di situ akan ada ramai jemaah yang baik akhlaknya. Mudah-mudahan.

***

ketenangan dan kebahagiaan serta kemanisan iman itu hanya Allah sahaja yang dapat bagi kat kita. yang dapat hadiahkan kepada kita. apa usaha kita boleh buat? Taat perintah Allah, sayang Rasulullah SAW, jagalah hubungan dengan manusia dan alam. Inshaallah.

Ni pun curi-curi masa update entry walhal nak siapkan assignment. Allah. permudahkanlah urusanku ini, ameen ya rabb ~

So many things happen within a month. strive for another 4 years and 11 months. abaikan saja kiraan yang merepek. semakin best pula belajar kos veterinar ni. harap semakin minat dan bersemangat sampai bila-bila. Ha. Memahami kebesaran Allah SWT. 

'' saya datang untuk belajar, saya datang juga untuk bercinta. Bercinta dan kenal dengan kebesaran Allah SWT melalui binatang dan manusia. Moga bermanfaat! ''


2 comments:

Anonymous said...

Awak tanya sikit tiap tiap hari ke kena pergi ladang.. Berapa jam selalu berpanas tu? So far okay tak belajar veterinar?

Nazrah Athirah said...

Maaf lambat balas. sibuk sikit. So far belajar vet best. actually before this saya tak pernah lansung terfikir nak masuk vet. pergi ladang seminggu sekali je. bila dah sem 2, lagi jarang pergi. 2nd year pergi balik sana, panjang cerita kalau nak cerita. boleh add FB saya :)