In the name of Allah The Most Gracious and the most merciful.
Assalamualaikum wbh :)
Sahabat sayang,
apa khabar imanmu?
Akhlak kamu berkelakuan baikkah terhadap saudaramu yang lain?
Apa khabar cintamu?
Apa khabar jua jihadmu?
Jika baik belake, alhamdulillah. Inshaallah sama-sama kita perbaiki dan hayati cinta pada ilahi.
Aku akan menduduki peperiksaan akhir semester pertama pada hujung bulan ini. Allah. Mudahkan urusanku ya Allah. Risau pun ada tapi moga-moga ketenangan digapai diri ni. Yeah. Semakin hari aku cuba memperbaiki diri, semakin hari aku cuba mentarbiyah diri, tetapi semakin hari jua aku diuji.
Sejak aku belajar daripada beberapa sahabat tentang redha, tentang sabar, ujian itu datang dari Allah, penyelesaiannya jua datang dariNya. Dan hidup kita di dunia ini memang untuk diuji demi kebahagiaan dan kesenangan akhirat nanti. Inshaallah. Sejak dari itulah aku semakin menjinakkan diri dengan ketenangan serta berbaik sangka dengan Tuhanku. Masakan tidak, mulut sentiasa bercakap
" aku tak fikir buruk kepada Allah "
Tetapi, sikap dan tingkah laku kita dengan tidak menerima dengan hati terbuka itu menunjukkan yang Allah uji hanya untuk susahkan kita sedangkan ujian hanyalah untuk meningkatkan darjat kita. Mashaallah.
Sejak perjuangan aku yang sangat kecil beberapa bulan ini, salah satu perkara yang aku diuji adalah sahabat. Jarang sekali aku nak terjumpa sahabat yang benar-benar memperjuangkan hak agama mahupun kebajikan ummat.
Masing-masing hanya memikirkan perihal diri. Apabila diajak ke majlis ilmu, sebahagian besar mendiamkan diri. Apabila diajak pula ke tempat yang menghiburkan atau event yang mempunyai hiburan, katanya ada sahaja masa lapang, ada sahaja kelapangan untuk pergi.
" nak hilang stress la " - katanya.
Aku sendiri mengaku, tidak salah dan tidak salah perkara itu tapi itulah apabila kita mengajak untuk menghabiskan masa untuk mendekatkan diri dengan Allah yakni lebih mudah kita mencapai ketenangan daripada tekanan, habiskan masa dengan Allah untuk kesenangan akhirat nanti, tiba pula kesempitan masa.
astaghfirullahalazim.
aku pun sama juga macam tu.
selalu lalai, selalu alpa dan lupa.
aku ingat aku ni B A Y I lagi kut.
nak semua orang buatkan untuk aku.
Aku ada ingat pesanan murabbi sebelum ini. Jika kita melapangkan urusan dunia untuk urusan akhirat dan mendekatkan diri kpd Allah, dengan izinNya juga urusan dunia akan lebih dipermudahkan.
At first aku tak percaya.
At first aku rasa nonsense.
Dan sangkaan aku jauh meleset. Urusan aku lebih mudah berbanding dahulu. Ada juga sahabat bertanya, " urusan aku tak mudah pun? "
Mungkin, Allah menangguhkan kemudahan itu di akhirat nanti. Inshaallah. Itulah dikatakan berbaik sangka dengan Allah. Perkara paling penting di sini aku nak ajak semua rasai ialah keikhlasan dalam each single thing we're doing.
Apabila ikhlas,
sedikit pengharapan terhadap balasan tidak akan pernah wujud walaupun di sebahagian kecil di hati kita. Beruntungnya buat sesiapa yang mempunyai hati sebegini.
Aku juga terbaca satu blog ni,
terkesan dengan kata-katanya.
Tentang trend sekarang. Pemilik blog tersebut membuatkan aku tertanya-tanya apakag trend yang dimaksudkan?
Setelah beberapa lama. Barulah aku terfikir. Salah satu trend sekarang ialah ;
1) mempamerkan "kesolehan" diri dalam khalayak ramai
2) cinta islamik
3) post ke"sweetan" dengan pasangan masing-masing dalam social networks.
Ok itu antara yang aku observe.
Kenapa? Kenapa tiga tu?
Pertama. Kesolehan diri dipamerkan. Aku tak cakap pun semua orang seperti itu. Hanya orang yang berniat sebegitu sahaja yang dimaksudkan. Contohnya, seperti yang aku ketahui solehah itu salah satu cirinya ialah seorang yang tidak mahu diri dipandang dan tidak memandang. Mungkinla. Sekarang ni tak banyak situasi terjadi dalam alam sebenar. Cuma banyak terjadi di alam maya. Contoh? Ha. Niqabis sekarang banyak pose dan posts dalam social networks. Setahu aku dari hamba yang cukup lemah (minta diperbetulkan jika salah) , sebenarnya wanita yang berpurdah ini adalah wanita yang tidak mahu dirinya diperhatikan. Tidak mahu juga dirinya dipandang. Tapi bagaimana pula jika pose mereka di shopping mall, pose dalam jarak dekat dengan kamera dan renungan mata tajam directly kepada kamera?
Dan post di wall fb. Tempek di situ. Dan beribu orang melihat.
Semakin beribu like semakin ramai like, semakin rancak jua photos baru di upload. Mashaallah. aku tak berkata kepada semua niqabis, aku sangat menghormati mereka. Cuba mempertahankan maruah diri.
Dan mempertahankan kecantikan diri dipandang orang lain.
Wallahualam. Aku cuma nak kita sama-sama berfikir. Dan relate situasi sekarang dengan hukum agama. Bergurulah. Bukan dengan nembaca ustaz google, tapi khatamlah kitab-kitab agama. Inshaallah.
Situasi kedua.
Cinta islamik. Ha tudia. Hehe. Ini topik paling menarik. Aku pun suka tapi ingatlah, tak ada cinta yang lagi agung melainkan cinta kepada Allah. Bila dekat dengan Allah,
nikmatnya..Allah.
Apa maksud aku dengan cinta islamik? Couple itu diislamikkan. Kejutkan tahajjud, alert kan solat. Kalau dah nikoh tu percaya. Aku percaya itu cinta kerana Allah. Sebelum kahwin? Tak ada maknanya. Kenapa?
Tipudaya syaitonn itu sangat halus.
Sebab itu tidak digalakkan berhubung dengan orang berlainan jantina risau nanti cinta singgah di dalam hati. Risau jua zina hati bersarang. Semakin hari semakin hilang tahajjud, solat jua di hujung waktu, sayang emak ayah diganti sayang "mama" "papa".
Kekuatan untuk memberhentikan tabiat-tabiat ini ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Serius.
No play play.
Post ke sweetan tu amende?
Itu jika dah berkahwin, bolehkah menunjuk gambar berpelukan dengan suami dan tunjukkan di khalayak ramai?
Boleh, jika tidak berlebihan.
Salah satu penyakit hati ialah riak. Atau ujub. Mungkin jua takabbur. Dan pelbagai lagi. Ingatlah, orang yang merendah diri dan bahagia dalam perkahwinan adalah orang yang berjaya mengekalkan perkahwinan beberapa lama. Jika baru nikah 1 tahun, tidak layak untuk menunjuk lagak seperti berkahwin seratus tahun.
Wallahualam. aku pun banyak khilaf, terasa juga aku dengan post aku. itulah. apabila aku sendiri baca ayat aku, hehe.. sentap diri sendiri. Tak apa lah, sama-sama ye kita jaga hati. Inshaallah. Orang yang merendah diri kepada ilmu, akan lebih mudah memahami dan mempraktikkan ilmu tersebut.
selagi mana ilmu kebaikan, atau teguran kebaikan, itu tetap satu kebaikan.
Kesimpulannya, selagi perkara itu kebaikan terimalah. Jika buruk, jauhilah. jadikan keburukan itu satu pengajaran hidup. Individu itu sendiri bertanggungjawab terhadap 'penyakit' hatinya itu. Kita sebagai manusia biasa, ambil lah kebaikan selagi mana ia namanya kebaikan dan jauhilah selagi mana ia adalah keburukan.
Ingat ye sahabat yang dirahmati Allah, al Quran menjadi panduan, hadis jua sebagai panduan. Jangan tinggalkan satu pun..tidak akan sesat jika kita berpegang kepada dua ni.
Inshaallah.
Jika tidak dapat mengubah ummat,
ubahlah diri dahulu. Inshaallah, kebaikan daripada setiap manusia bertanggungjawab merupakan kebaikan jua kepada orang lain, sekaligus semakin ramai akan dekat dengan kebaikan.
Nak perbaiki manusia lain,
perbaikilah diri kita sendiri.
Tips?
Perbaiki akhlak dan tingkatkan taqwa kepada Allah SWT. Inshaallah.
No comments:
Post a Comment