Friday, January 17, 2014

apabila niat&masa bercabang tigo

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam Alayk. Lama sungguh tak dapat nak berkongsi ilmu di blog. Setakat ni hanya update di status FB sahaja. 

Mungkin selesa, 
Mungkin juga jimatkan masa. 

Masha Allah, Masha Allah. 

Sebut dek masa ni kan, bila dahbsemakin tuo ni rasa semakin cepat masa tu berlalu. Cepat sangat. Dah lunch, kejap lagi dinner pulop. Kekadang skip terus makan. Makan pagi esok je. Alhamdulillah, di kesulitan masa ni nak kongsi sikit pengalaman&ilmu yang tak seberapo buat kawan- kawan sy. 

Mana silap betulkan, 
Mana baik&dop silap tu ambilkan. 

Insha Allah. 

Niat - sesuatu tujuan atau asbab kita buat sesuatu. Samada membawa keberkatan atau pun dop? Ada jugop sahabat yang bertanya, 

" macam mana niat belajar kerana Allah? " 
Sedangkan ambil kos ni biasa- biasa je. Dulu pun athirah selalu fikir benda yang sama. 

Selalu sangat. 

Sampai satu saat tu, ada seorang hamba Allah yang sangat athirah sayang. Iaitu sahabat athirah sendiri, 

"niat kerana Allah tu apb kita niat nak buat kewajipan&amanah fardhu kifayah ni keran Allah ". 

Macam dop paham lagi? 

" buat untuk memberi manfaat & kebaikan kpd umat Islam seluruh dunia. Mahupun sekecil- kecil kelompok sehingga sebesar- besar kelompok " 

Baru athirah faham. 

Allah. Selama ni belajar pun sebab nak lulus exam, nak A+, nak rewards dari parents. 

Patut pun lupa ilmu yang aku belajar dulu. 
Ini la sebab, patut lah. Patut. Patut. 

Kalau dop pah lagi penerangan ni, 
Esok pergi kelas cuba tanam kangkung. Eh tak, tanam niat :) 

" aku nak pergi belajar niat kerana Allah Taala " . - Anda 

Selepas itu, akan ada rasa dalaman yang sangat positif. Bangun awal sebelum pergi kelas, baca al Quran, dan makan pagi. 

Gerak awal sikit. 
Pasang niat. 

Berbanding niat sebelum ni, 
" boleh makan pau kalau pergi kelas hari ni " - athirah. 

Jadi, kita pergi kelas apa kita dapat? 
Pau ke ilmu? 

Insha Allah dua- dua boleh dapat. 

Dop susah pun. 
Cubo dulu nah. 

Masa pulop. Bagi athirah, dulu kan rasa masa tu biasa- biasa ja. Dalam kelas di sekolah " masa itu emas " . Gurau dengan kawan, " masa itu emas, hahahaha " - ketawa. 

Apa yang kelakar? 
Apa yang kelakar? 

Tak sedar diri tika tu. Sekarang, tak sempat nak sebut- sebut lagi dah 3 perkataan tu sebab tahu masa itu lebih berharga dari emas. Amanah dpd Allah. Kalau tidok, 

Sia- sia je hidup mung, 
Sia- sia hidup aku, 
Hidup tak berbakti, 
Hidup tak berbudi. 

Kalau la boleh bawa emas masuk kubur letak dalam handbag, atau beg traveller sudah pasti ramai yang bawa untuk bantu. 

Tapi, apakan daya. 

Masa itu amanah. 
Masa itu berkah. 
Masa itu peluang yang cerah. 

Setiap saat, seringan- ringan ibadah adalah zikir 'angin'. Maksud athirah, sebut saja di bibir. Tak keluar suara tak pa. Keluar angin berdesir pun dah cukup. 

Alhamdulillah, 

Besar sungguh nikmat Allah bagi. 
Masa. 

Adil, semua orang 24 jam. 
Kenapa ada manusia sihat dan sakit? 
Kenapa ada manusia bahagia? 
Kenapa ada manusia cmerlang? 

Masing- masing menggunakan amanah sebaik mungkin. Allahurabbi. Subhanallah. 

Ingat lagi pesan murabbi, 
Sesiapa yang berdisiplin dengan masa, masa tidak akan membenarkan dia terleka. 

Sodap ayat ni. 
Moga short tazkirah ni memberi seribu satu Ibrah dalam hidup kita yang cukup singkat spt jarak azan dan solat. 

Dan ingat lagi pesan Imam Syafie, 
" sebaik- baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kpd manusia lain " 
Insha Allah :) 






No comments: