Friday, April 25, 2014

Sisa Hidup

in the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
Peace be upon you. 

Now, 1.22 am. I am still awake and doing some of ridiculous things. which I need to submit on next week, blablabla.. hehe. Sorry ter-speaking pulok. Mari kita perkasakan Bahasa Melayu. Rasa bersemangat ni lepas pergi PABM tadi. 

Apa itu PABM? 
PABM itu ialah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Setiap negara akan bersaing sesama mereka, dengan berpidato dalam Bahasa Melayu. Tadi sempat pergi dalam sejam lebih dan terus balik sebab nak sambung study. eh? Insha Allah saya study. saya tak main-main, singgah blog sekejap nak update. sekejap saja. 

Ops Pagi Buta - update Blog


PABM melibatkan 30 orang peserta dari seluruh negara termasuklah Malaysia sendiri. Hebat tak? Hebat kan Malaysia. Masha Allah! Moga terus bersinar dan dikenali seluruh dunia selepas ni. 

***

Hidup sekarang dah tak sama seperti dulu, sekarang sibuk sangat. Dulu tak sibuk pun. Dulu, WEEKEND tu berfungsi sebagai hari minggu tapi sekarang tak. Jika diikutkan nafsu memang dah berhenti belajar duduk rumah saja belajar soft skills dan buat business. Jika diikutkan akal, teruskan belajar, belajar soft skills, buat business dan sampaikan dakwah dalam setiap aspek. 

Mana lagi best? 

Alhamdulillah. Athirah dah semakin suka dengan hidup sekarang walaupun bukan lagi dalam zon selesa tapi athirah rasa masa tu digunakan sepenuhnya. Nak jadi Mukmin produktif katekan. AMIINN.

Proses Pembelajaran.

Banyak benda kita perlu belajar dalam usia muda ni. (eh muda ke?). Ilmu Allah ni luas dan tidak tertutup pada Ilmu Agama sahaja. Ilmu yang membuat kita kenal Pencipta, Ilmu yang mendekatkan kita padaNya, dan Ilmu yang membuatkan kita ''memberi'' pada ummah satu hari nanti. 

Cuti Midsem lepas Athirah habiskan masa seminggu duduk rumah, kadang-kadang saja keluar pergi stokis sekejap dan senaman erobik dengan mak di studio erobik. Baca buku, tengok tv, main kucing dan belajar masak. Ni senarai nama buku / majalah yang athirah baca cuti midsem haritu. 

1. Ahmad Ammar (kedua-dua buah buku)
2. ensiklopedia kucing - rawatan, penjagaan dan pemakanan kucing
3. solusi isu 63 & 64
4. fungsi otak dan penyakit

masa Big Bad Wolf tu ada beli a few books. itupun belum sempat nak baca, macam mana pun nanti cuti sem kena habiskan baki buku yang belum dibaca : 

1. malam pertama di syurga
2. live dangerously
3. selembut hati Rasulullah
4. sophie kinsella - shopaholic
5. small animals 
6. ebook koleksi penulisan Imam Hassan Al Banna

Okey. dah tak ingat nama buku yang menanti untuk dibaca. sedih tak dapat habiskan cuti midsem haritu. Apapun buku yang saya baca tu mungkin ada yang rasa 

'' Oh boringnya life hang ''
'' Tak seronok ah nak pinjam buku hang '' 

mmmm. athirah tak rasa bosan pun baca buku macam tu. banyak input kita dapat dan boleh diaplikasikan dalam hidup. ia sebagai penyuntik semangat sedikit sebanyak untuk tambah amal, sabar dalam beramal, sabar dalam hidup..bersyukur dengan hidup, pembinaan nilai-nilai Islam dalam akhlak, fuh. memang banyak tau. 

Mujur tinggal dalam UPM. banyak majlis-majlis ilmu juga di sini hampir setiap minggu ada saja program Islamik. Minggu Upgrade Iman 2.0 adalah program yang terbaru di sini, sempat pergi bengkel memanah saja! 

sedih lagi sekali. 
BUSY sangat dengan study sampai jarang dah spend time untuk aktiviti lain yang merupakan ''makanan kerohanian..'' hehehe. Insha Allah. kita cuba selit-selit sikit dalam kesibukan tu yeaa.




bengkel memanah. 

lepas tu ada lagi majlis ilmu lain yang athirah tak dapat hadir. RUGI lah. 

akademik pun merupakan salah satu proses pembelajaran. so far so good. Thanks to Allah. without Him, I cant go through all this alone! Baru semester 2 dah rasa susah belum lagi masuk sem seterusnya. Bila sembang dengan Kak Husna, Kak Syidah tentang life student Vet Tahun 3 tu baru athirah rasa betapa SIBUK nya mereka dari athirah. jauh beza nuh. 

kalau rasa susah, I N G A T lah Allah.
kalau rasa senang, I N G A T lah Allah. 

tak perlu ingat bermusim ja. sentiasa ingat, sentiasa rasa nak raih redha Allah, Insha Allah hidup lagi bahagia dan tenang. malah lebih tersusun. sebab masa kita tu diberkati Allah. 

business sambilan

boleh ke? Tak ganggu masa study? Tak membebankan otak? Modal? 

Jangan risaulah semua tu. Semua boleh. dengan IzinNya. Jika otak fikir boleh maka boleh lah ia. jika sebaliknya, jadi sebaliknya juga lah. bersabar & teruskan perkara yang kita dah mulakan. athirah bukan businesswoman berjaya pun lagi cuma bergerak ke arah tu.

amiin. 

usaha! usaha! usaha!

sekarang buat business yang melibatkan jual beli. business biasa saja. Pertama, i am a dealer. Semua barang kesihatan, kecantikan, produk mesra alam, semua ada. Cuba dulu datang tanya athirah boleh saja nak share especially produk garam buluh.

tudung pun ada jual. special bawal full printed. setakat ni bidang '45 dulu dan Insha Allah bidang '60 akan datang suatu hari nanti. doakan ye. bab business ni selalunya modal kecil saja dulu.

athirah modalkan utk barang kesihatan blablabla tu RM50 saja untuk keahlian. kalau nak tahu kena pm fb Nazrah Athirah atau whatsapp atau sms 0175712967 lah. Ok? athirah boleh saja nak share. ilmu dikongsi bersama. nak beli dekat orang lain pun boleh saja loo. 

sampaikan da'wah

ahaa. da'wah. benda berat sebenarnya ni, tapi ini tugas untuk semua orang. mana baik athirah kongsi tapi kalau salah silap tu mohon ditegur secara berhikmah & berilmu yaa. bukan dengan emosi. elakkan diskusi bersama emosi, moga Allah redha

apa jua bentuk kebaikan itulah da'wah, dengan mengajak orang lain. mungkin bukan dengan perkataan tapi dengan perbuatan spt berbuat baik dengan semua orang. cuma buat baik tu berpada-pada.. risau nanti orang PIJAK kepala ha. 

baik dalam tegas.
bukan kekerasan yea. 

***

apapun. hidup mesti diteruskan dan mesti diteruskan. alang alang nak teruskan hidup biar lah memberi manfaat & meraih manfaat. rugi rasanya tak bercucuk tanam sekarang risau nanti tak dapat nak menuai di akhirat kelak apb orang lain sibuk ''menuai'' :)

rugi tak? rugi kan. mashaallah.

mungkin rasa diri tu muda sangat dan nak enjoy dulu, it depends. ada sesetengah selesa keadaan macam tu. moga Allah bagi hidayah ATAS usaha yang diusahakan. Jodoh boleh pula dicari, inikan pula hidayah. kena cari. Moh moh moh.

matlamat? 

dulu bila ditanya matlamat, mesti terpinga-pinga sebab tak ada jawapan yang BOMBASTIC gitew. sekarang dah berusia 20 tahun (1435H)..dah mula pasang satu matlamat. di mana jika matlamat ini diraih, maka yang lain juga akan menyusul. 

Subhanallah! matlamat sekarang, HIDUP DAN MATI DALAM REDHA ALLAH.

moga bahagia menjadi mu'min produktif yea sahabat semua. hehe. panjang entry ni semata-mata nak kongsi cerita pasal life yang tak seberapa ni. sedikit sebanyak moga dapat membantu.. :)

salam sayang,
nazrahathirah.


---- TIDUR ----- zz

praktikal sem 1 Tahun 1, di Pulau Orang Utan Sanctuary 

Main squasy tiap minggu (koku class)

selawat perdana 2014 - Putrajaya, alhamdulillah 


hee, my customer wearing bawal '45 full printed Blue 

baby 

Ni lah UPM, Guna Iphone kakak >.<

contoh bawal full printed :)

entah kucing sape ntah, heee gumup.

WHATSAPP/ SMS ok!!
ops. it's PABM, not PADM. 

No comments: