Wednesday, April 30, 2014

tips didik anak - dari Mak

ramai tanya mak, macam mana mak didik anak-anak mak. sedangkan mak sorang ja besarkan 4 orang anak dara selama 17 tahun. so saya nak share la apa yang mak saya buat untuk didik anak-anak, hehe

1)
kuku mak, pendek. eh apa kaitan pendek ke tak? sebabnya, apb kuku kita panjang, kotoran akan terkumpul di situ. bila makanan bercampur dengan kotoran, anak akan jadi degil.. akan jadi keras kepala. 

islam pun anjurkan kebersihan. 


2)masak dengan kasih sayang. anak-anak mak semua suka makan, so mak akan masak selalunya mak happy. bila mak happy, masakan pun sedap sebab ada ramuan 'ikhlas' dalam tu. 


3)
PERCAYA. mak sangat percayakan kami, untuk belajar. tak mengongkong tak mengawal, mak cuma ambil berat ja sedikit sebanyak aktiviti kami. 

4)jadi kawan. mak akan jadi pendengar setia, dan akan jadi penasihat jugak. dari cerita happy, sedih semua cerita kat mak la. termasuk kalau bekenan kat sapa sapa.. :p


5)
berdikari. saya berbanding kakak-kakak, tak la berdikari sangat sebab anak last. tapi ada juga la sikit-sikit belajar berdikari sendiri. yg penting belajar susah sendiri dulu. wpun perempuan, tak semestinya manja.

kena tough juga! 


6)
sempoi. mak sempoi ja, bukan jenis yang suka berleter pangpangpang siang dan malam. hehe.

7)
positif.. kalau saya ada masalah ka apa, mak akan relaks ja cakap sesuatu yang agak positif, 

lega rasa hati ni.. 


8)tentukan matlamat sendiri. Mak akan suruh anak-anak berfikir, dan mak cuma akan bagi cadangan sahaja. tak ada paksaan untuk pilih haluan hidup. Selesa sangat Mak macam ni. mak akan bagi pandangan la tentang future. 


9)RAJIN. mak seorang ibu yang sangat rajin. FEEL motivated kalau tengok mak usaha pergi sana sini buat kerja. bayangkan 17 tahun bersusah payah cari rezqi untuk besarkan anak-anak, hm. Mashaallah, Allah yang beri kekuatan kan. 


10)KUAT semangat. walaupun dah ditinggalkan suami, tapi masih lagi ada kekuatan dalam hati. Iaitu sayangkan anak-anak, nak besarkan anak-anak. hanya bergantung pada Allah saja nak dapatkan kekuatan tu. Bila fikir anak-anak tu la yang buatkan mak nak teruskan hidup. 


Hoho. dah homesick.. :(
final : 38 hari lagi. 
nak balik : 43 hari lagi. <3 font=""> 

No comments: