Ok curi masa, curi masa.
assalamualaikum? Apa khabar Imaan?
''alhamdulillah, sihat.. ''
Hari ni dah 3 May 2014. Cepatnya masa berlalu. eh apa nak curi masa sangat tu? sebenarnya, 5 May dan 6 May ada tests. Test anatomy & komputer. Masha Allah! Boleh lagi update blog? Saya boleh! Inshaallah. Jangan selalu sangat cakap tak boleh. Kena positif dan kuat semangat, ya?
sebenarnya athirah suka sangat dalam bidang penulisan dan business. kenapa ya? sebab nak mengisi masa yang kurang terisi. bila parents tanya,
''boleh ke ni study dan buat business? ''
athirah jawab,
''kenapa tak boleh? semangat ni. dari buat benda tak berfaedah, macam hang out pergi cinema ke, hang out dengan kawan-kawan lelaki ke, better duduk diam buat yang kita minat. '' Hehe.
ayat skema. memang. curi masa sekejap nak berkongsi dengan sahabat-sahabat yang minta saya buat perkongsian tentang lepasan Matriks/Asasi/STPM. especially tips untuk interview. athirah berkongsi sekadar termampu ja ya?
tips interview :
1. bersedia sebolehnya 3 hari sebelum (paling lewat).
2. persediaan? tambah ilmu. banyakkan membaca tentang Program/ Scholarship yang anda pilih tu. sebanyak mungkin yea
3. pilih pakaian yang sesuai.
lelaki? pakai kemeja + slack + belt + tie. untuk kemeja tu, elakkan lah berwarna terang seperti oren, merah, hijau dan sebagainya.
pening kepala panel tu nanti.
perempuan? berbaju kurung + kasut bertutup + tudung tak corak banyak.
ATAU berbaju kemeja lengan panjang + skirt pendek (non-muslim), + slack + kasut bertumit tapak getah (tak berbunyi..distraction tau kalau bunyi) bertutup + tudung corak light light gitew.
4. sediakan sarapan pagi, supaya tak ketar lutut nak tunggu turn masuk interview.
5. beg dokumen. ha ni penting. pastikan dokumen tu ada yang original, salinan 1, dan salinan 2. salinan yang disahkan benar. susun dalam clear files, mengikut urutan kalau ditulis dalam surat tawaran tu. supaya esok tu tak kelam kabut.. :)
6. sediakan benda yang penting spt tisu, balm. kalau-kalau sakit kepala atau tetiba ada air dalam hidung yang distracting panel. hikhik.
7. bawa beg yang bersesuaian, spt beg tangan letak phone dan sebagainya yang tak terlalu besar. satu beg yang boleh letak dokumen pun dah cukup dah. bukan nak pergi shopping.
Ok itu je 7 tips dari saya. Mungkin interview akan diadakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. kalau lemah dalam sesuatu Bahasa tu eloklah praktis sokmo sebelum pergi. sekurangnya tak berbelit sangat lidah.
bersedia juga soalan psikologi.
jangan menangis dah la dalam tu, confirm kena reject. Ihiks. soalan psikologi selalunya nak menguji pendirian kita. dan jika diminta cerita perihal keluarga, sekadar biasa sudahla. tak perlu cerita panjang lebar macam nak luah perasaan, risau mereka tak larat nak jadi pendengar.
apapun, buat sehabis baik. jangan ala kadar ja. sekarang persaingan sangat sengit. orang yang berusaha, orang yang betul-betul ada passion on that program, dan orang yang menyerah kpd Allah sahaja akan senang dapat chance tu.
Ingat! anda terpilih untuk interview. jangan sia-siakan.
kalau tak minat? tak perlu pergi punn.. buang masa ja. ini berkenaan masa depan sendiri. nak survive. kalau boleh survive tak apala, risau kecundang di tengah jalan.
Hehe. itu saja dari athirah, moga dipermudahkan urusan!
![]() |
Ini doa. saja nak kongsi. bacalah nanti ^_^ |
![]() |
kalam Allah, kata-kata semangat. |
2 comments:
Assalamualaikum akak.
Saya dpt kmk 2014/2015
And saya rasa whole class mostly dpt situ. So agaknya boleh x kitorang buat group 4 org so that kitorang boleh dpt 1 bilik nnt ?
Thanks you in advance :)
Waalaikmussalam adik.
Tahniah.
Pasal no bilik tu tak dapat request. masa akak jadi fasi dulu, memang tak dapat request.
maaf lambat balas. :D
dah masuk pun kmk kan, tahniah again. study rajin2.
Post a Comment