Monday, May 12, 2014

Pemuda Mukmin Produktif

‘’Kenapa yek kau tak aktif universiti, kolej, atau fakulti je? Dapat juga la merit dari kau buat aktiviti luar merit pun tak de, penat je dapat?’’, soal sahabat yang merupakan si-selangorian.

C O N C E R N juga si sahabat aku ni, terdetik dalam hati kecil ni. Sebenarnya aktif dengan aktiviti luar membuatkan diri aku lebih rasa bersemangat. Hidup yang bakal aku tempuhi adalah dunia luar, iaitu dunia sebenar aku. Walaupun dalam tempoh 4 tahun lagi baru nak graduasi, tapi tu tak bermakna aku boleh rasa selesa.

Fokus dan matlamat aku sekarang, ada tiga. 

Pertamanya, belajar. 

Itu prioriti aku buat masa sekarang. Belajar vet ni bukan senang, dan tak begitu susah. Kalau rajin, mudahla. Kalau pemalas nak belajar, tak berminat. Memang susah dan menyusahkan!

Amanah ni. Aku tak berminat, aku tak ada hati pun nak ambil program kedoktoran veterinar ni tapi disebabkan Allah menjawab persoalan aku dan istikharah aku, Allah memudahkan urusan aku untuk vet ni. Jadi, aku redha. Dan meneruskan perjalanan. Semakin lama jiwa aku dah semakin seronok dengan program yang Allah tentukan ni syukur.
di Malaysia, 5 tahun! tapi banyak species kena belajar. ouch. 


Keduanya, matlamat atau fokus aku adalah perniagaan.

’Mudanya kau join bisnes? Tak rasa ke kau taka da life lepasni?’’, soal lagi seorang si-selangorian.

Aku masih bernyawa, dan aku masih seronok, dan masih mempunyai ketenangan. Aku belum lagi rasa tertekan dengan bisnes. Bila penat lelah belajar, aku akan berpaling pada minat aku iaitu bisnes. Peh. Seronok, subhanallah. Bukan seronok sebab Nampak duit.

Tapi seronok sebab rasa kepuasan menguruskan perniagaan. Alhamdulillah, sekarang bertambah bersemangat sebab ada biz partner yang sangat supportive. Insha Allah, kami menjual barang. Bukan menjual strategi. Itu la namanya perniagaan.

Disebabkan saya pelajar vet yang tak dapat JPA, sebabnya? Allah kata belum rezqi. Sedangkan keputusan matrikulasi saya 3.92 PNGK. Setelah buat rayuan pun masih lagi tak dapat.

Allah kata, belum rezqi untuk dapat biasiswa maka tak dapatlah. Jadi aku buat keputusan jejak langkah mak untuk buat bisnes ni, Masha Allah. Baru tahu susah payah mak cari duit nak besarkan anak-anak.

Biar jadi ‘’pemuda mukmin yang produktif’’, itu M A T L A M A T aku. Nampak matlamat tu sangat besar pada pandangan orang, apatah lagi pada pandangan aku. Tapi sekurang-kurangnya ada setapak derapan kaki melangkah ke arah itu. Moga Allah redha. Amin.

Fokus aku yang terakhir ialah dalam bidang penulisan. Aku tak terfikir pun nak buat buku ataupun apa. Ada juga banyak cadangan dari orang sekeliling untuk hasilkan buku. Haha.

*ketawa.

Aku nak, tapi aku rasa belum layak. Ilmu yang ada ni pun tak sehebat mana sehingga nak menghasilkan sebuah buku. Dengan izinNya, masih dalam perjalanan. Biar kita mula dengan penulisan sekecil-kecil zarah dulu.
Alang-alang nak menulis, biar penulisan tu bermatlamat, ada wawasan jauh, memberi manfaat pada orang yang membacanya dan yang penting mendapat keberkatan Ilahi.

Jadi?

‘’diam-diam ubi berisi..’’

:)

‘’Mungkin aku tak tonton cerita Korea seperti yang lain,
Tak juga tengok runningman,
Tak juga jejak kaki cinema,
Jarang keluar ke MALL untuk berseronok,
‘hangout’ dengan rakan sebaya apatah lagi..
Bergaya cantik-cantik juga bukan pilihan,
Minat bidang yang lain dari orang lain.
Hidup berseorangan.
Jika berjemaah pun, dengan sahabat sealiran berjuang untuk agama.
Kerna aku tahu, hidup aku seperti ini.
Bukan seperti orang lain.
Aku adalah aku.. ‘’ .

Nazrah Athirah.
01.





No comments: