Saturday, May 31, 2014

Kisah Kolej

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
(smile)

Assalamualaikum wbh. Apa khabar Imaan? Jasad? Roh? Mental? Kalau baik, Alhamdulillah. Kalau kurang baik pun, Alhamdulillah sebab Allah uji, Allah Kasih dengan kamu wahai sahabat. Insha Allah dalam 3 minggu lagi, saya akan habiskan DVM Year 1. Baki? 4 tahun lagi (8 sem). 

Itupun if tak ada halangan. Insha Allah, sekarang ni study week. Seminggu saja la. Selepastu Peperiksaan Akhir Semester Dua. N E R V O U S hokey. Sekarang rasa macam belum habis study lagi tapi akan ku usaha sebaik mungkin! (semangat la sikit)

Sebelum mula study,
Saya nak kongsi sikitla dengan adik-adik, atau nak bagi gambaran tentang UPM. saja nak share. Moga penulisan saya ni, dapat sikit la clues untuk belajar sini kan. Kot kot nanti dapat belajar sini, kalau ada apa-apa soalan boleh add FB la ye. Nazrah Athirah :)

Insha Allah saya akan balas dengan hati terbuka.

***

F I R S T, tentang UPM. Pendapat saya jela tentang apa saya nampak, dan apa saya observed selama 1 tahun di sini. UPM ni ada 2 cawangan. Satu, UPM Serdang, satu lagi UPM Bintulu. UPM Bintulu tu ada diploma. Boleh google diploma ada ya. Saya tak pernah pun pergi sana. 

so far sahabat yang duduk sana, beritahu, best duduk sana. 

UPM Serdang. Yes. Ni universiti yang saya duduk sekarang. UPM adalah salah satu RU. iaitu research University. Apa tu RU? RU ni universiti penyelidikan, jadi banyak la penyelidikan atau keistimewaan penyelidikan di sini. Projek penyelidikan tu banyak. Seterusnya, UPM ni kampus yang satu-satunya menekankan pertanian, dan bisnes. wow. Pertanian tu, tengokla, ada ladang, kebun. Mashaallah memang best.

Ada macam-macam binatang di sini, cakap ja nak binatang apa? 
Ada macam-macam pokok di sini, cakap ja nak pokok apa? Buah apa? :D

UPM juga dekat 2 buah hospital, ha. 1. hospital serdang, 2. UVH (University Veterinary Hospital) . Dalam ni ada PKU juga, Pusat Kesihatan Universiti. Ubat free tau ~ Kalau minta list kos apa ada di sini itu di luar kemampuan. Boleh rujuk laman web upm.edu.my okey. Di situ cari ja maklumat apa-apa. 

Saya dari Fakulti Perubatan Veterinar. Baru Tahun Pertama, hehe. Jauh lagi perjalanan. Saya tinggal di Kolej 17, UPM. ha. Kolej 17 ni jujur la saya cakap ye adik-adik, best. Kolej lain tu saya belum pernah tinggal lagi. Kolej 17 ni asing sikit dari Kolej-kolej lain. Kolej lain tinggal dalam Main Campus. Kolej 17 ni di luar Main campus, 15 minit atau 10 minit sampai lah :)

Tak jauh pun. Cuma kalau jalan kaki, em. 1 jam sampai kot? Hihi. 

Kolej 17 ni, lain sikit sebab kolej baru. Jumlah penghuni tak dapat dikenalpasti yaa. Anggaran, seribu lebih, Mungkin? (Memandai jaa). Ada 4 blok iaitu Blok A, B, C, dan D. satu blok tu ada 4 tingkat. Satu wing ada 2 rumah. Satu rumah ada 4 bilik, ruang tamu, Pantri, Tandas (ada 3 bilik tandas, sinki, cermin), ampaian, tempat basuh baju, 1 bilik ada 2 orang. dalam bilik tu ada Meja yang besar. rak buku, noticeboard, loker, katil. :D

serious. Bersyukur sebab kelengkapan yang cukup.
berdekatan dengan Dua buah fakulti & kedua-dua buah hospital saya sebut tadi. 

fakulti berdekatan ialah, fakulti perubatan veterinar, dan fakulti perubatan dan sains kesihatan. Ya. kedua buah fakulti boleh jalan kaki. fakulti perubatan veterinar ada dua pilihan, jalan atau naiki bas pendek. Kalau jalan tu kena lintas jalan bagai, baik naik bas ja kan.

di kolej 17, ada court tenis, court badminton, court bola tampar, court bola keranjang, dekat dengan bukit ekspo (ada tasik), ada padang bola sepak, ada surau, ada tasik, ada ayam, ada itik, ada burung-burung dalam sangkar (eh?)..Hihi, cantik :D

Rasa privasi.
Tapi, kena ada Merit la nak tinggal sini. Kena cukupkan merit. Tak susah pun merit, kalau hadir majlis ilmu ke event apa-apa, dapat la merit. Insha Allah, think positively ok sebelum masuk sini. 

soalan : 

''kalau dah kahwin, tak pa tak duduk kolej? '' , 

Jawapan : 1st year tu kena duduk kolej. :)
atas budi bicara la kalau tak mahu tinggal kolej. sebab 1st yr ada orientasi bagai. 

soalan : 

''kos apa ja dekat kolej tu?''

jawapan : 

''DVM (doctor of veterinary medicine), doktor perubatan, Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Diet, Nutrition dan Nursing. '' 

sebarang pertanyaan lagi, Boleh saja yaa PM di FB, Insha Allah saya akan cuba jawab jika ada kelapangan masa. :D

***

OK. jum study. Bismillah~





5 comments:

fazirah rosli said...

macam mane nak contact by fb? saya kat fb: https://www.facebook.com/caterpillarlover1105

nak tanya sal bas ni :(

Nazrah Athirah said...

saya dah add :)

Anis said...

Akak kalo foundation sains pertanian dduk dkt kolej ape

Anis said...

Akak klo foundation sains pertanian dduk kolej ape

Nazrah Athirah said...

Anis Suraya : Kalau macam tu, kena duk di main campus je. main campus ada banyak kolej. mungkin dapat KC, tp mostly akan dapat K13 :D