Wednesday, June 18, 2014

Contoh Orang Berakhlak

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum Sahabatku yang disayangi sekalian,

Ha tudia.
Sebenarnya sebahagian daripada pelajar Kolej 17 ni dah balik belaka, jadi tinggal lah pelajar Vet tahun 1 terkapai kapai dalam angan-angan nak balik cuti sem lepas habis paper hari Jumaat ni. 

Maka dengan itu. Isytihar la cuti sem. Athirah balik 22 hb, disebabkan tiket sebenarnya dah beli awal. tuptup terpaksa tukar sebab jadual peperiksaan bertukar. Tapi, tak la terkejut sangat masa tu sebab tengah ada duit nak booking tiket baru.

itula. kalau Allah kata tu bukan rezqi kita, maka bukanlah. Sabar ya Mak, nanti anakmu ni akan tiba jua di tanah air Kedah. Hihi. Insha Allah. 


ni barang yang dah packing tadi. Banyak tak? ala normal la tu perempuan. Fasa 1. Ada lagi 1 fasa esok, tapi fasa yang memudahkan. Nak simpan comforter & bantal-bantal sekalian. 

alhamdulillah. 
Setahun yang cukup bermakna jadi perubatan vet ni. 

Hari ni nak berkongsi sikit tips atau contoh orang yang berakhlak. Sepanjang 8 bulan atau 2 sem duduk di sini, Mashaallah. kawan-kawan tu sangat berakhlak. Baik hati dalam semua segi. Cina/ Melayu/ India, seriously adalah rakan sekelas yang terbaik!

Terbaik di alam fana. 

Ciri-ciri orang berakhlak : 
1. Mudah mengawal emosi amarah
2. Senyum menghadapi ujian
3. Berdikari
4. Selalu membantu walaupun diri berada dalam kesusahan
5. beriman dan beragama
6. tidak mengeluh atas usahanya
7. redha dalam setiap perkara
8. berusaha untuk memudahkan urusan orang lain.
9. menyayangi semua makhluk 
10. mengajak untuk melakukan kebaikan.

ada banyak lagi. sebenarnya senang saja nak tahu macam mana orang berakhlak ni. apa yang baik dari dia, itulah orang berakhlak. tapi, siapalah kita untuk judge orang tu berakhlak ataupun tidak.

apa kata, kita pula yang buat diri tu berakhlak kalau nak sahabat lain berakhlak dengan kita? hidup senang, hati pun mau senang la.

apapun dalam hidup ni, letakkan Allah sebagai kunci utama. apa perkara sekalipun, letakkan redha Allah tu sbg matlamat. tak susah pun sebenarnya. kena cari cinta Allah dulu, baru senang faham apa itu ''kerana Allah''. 

tak caya? Buat la.

:D 
itu saja perkongsian untuk hari ni, kena study pula ni untuk next paper Physiology 1. 
Insha Allah. 

Jaga diri.
Jaga hati.
Jaga Imaan. 




No comments: