Thursday, July 3, 2014

Penghijrahan Seorang Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim 

ASSALAMUALAIKUM.

Sejak kebelakangan ni kita seringkali mendengar tentang hijrah wanita. Ada dengar hijrah lelaki? ada, tapi segelintir sahaja. Malukah mereka untuk menyatakan hijrah? atau hijrah mereka kurang mendapat perhatian? atau mereka kurang melakukan dosa? 

HIJRAH ini merupakan satu proses perubahan dari yang buruk kepada yang lebih baik. Contohnya, seperti kebiasaan kita selalu buang plastik coklat di celah-celah kerusi, celah-celah lubang kecil, atau buang saja di merata jalan. dengan harapan, 

''ada orang kutip''. - anonymous.

Tapi, hijrah kita selepas tu? kita lebih suka buang plastik coklat itu di tempat sepatutnya, supaya kita tak susahkan orang lain. Begitulah. HIJRAH ni satu perkara yang cukup baik sebenarnya. walaupun niat individu tersebut nak menunjuk-nunjuk, atau nak berbangga, tapi ia tetap merupakan benda baik di mata orang lain.

Kenapa? 

Kita sebagai manusia, tak berupaya nak membaca detik hati atau monolog dalaman sesiapa. Jadi apa yang terzahir di hadapan mata, Jika baik maka baiklah ia. ( belajar HUSNUDZON )

Lelaki sebenarnya ada penghijrahan ke tidak? Ya. ADA. siapa tu cakap tak ada? 

Jadi, saya nak kongsi sikit tips atau cara lelaki nak berhijrah. Nak berubah. Kekadang lelaki ni, bila berkenan pada perempuan solehah sikit atau baik sikit dia mula la nak berubah. Selagi tak berkenan pada perempuan baik macam susah sikit nak berubah. 

Ok. itu drama. Bukan kisah anda. 

1) Dulu Solat Berseorangan, Sekarang Berjemaah

'' hush. aku tak reti la jadi imam '' , Tak reti tak mengapa. Belajar. Belajar dulu jadi Makmum solat. Di mana nak solat Jemaah? di Masjid/ Surau. Pergi la solat subuh, zuhur, asar, maghrib atau isya'. Mana-mana yang nak cuba dulu. Maghrib pun boleh. Masa tu dah lapang kan. 

Belajar jadi Makmum dan biasakan solat berjemaah dulu. Tambah-tambah sekarang ni bulan puasa pula kan. Apa salahnya praktis jemaah dengan tarawikh. Buat 30 hari direct tiap malam. Inshaallah, selalunya bila satu perkara tu kita buat dengan istiqamah (berterusan) selama 21 hari, maka ia akan jadi kebiasaan. Lebih afdhal? 40 hari.

Jangan takut nak pergi solat berjemaah. Jemaah-jemaah di surau/ masjid tersebut bukan jenis macam sebahagian kawan kita tu. Nak buat baik tapi ditertawakan pula. Tak. Pergi dulu. insha Allah, anda akan jumpa sahabat Muslim yang cukup baik di sana.

Tak ramai, seorang pun anda akan jumpa.
Itupun kalau pergi secara berterusan.

Kan molek kalau tiap waktu solat, start enjin moto dan pergi ke surau/ masjid berdekatan. Di Malaysia ni tak susah tau nak cari surau/ masjid. 

2) Seluar Pendek Dipanjangkan, Seluar Ketat Dilonggarkan

Ha. Ni satu fenomena. Biasanya pemain bola. maafkan saya sebab sebut, tak semua sebenarnya pemain bola memakai seluar pendek. Tapi sebahagian. kalau biasanya rasa stail pakai seluar pendek pergi jalan-jalan..Ubahla.

Belajar pakai seluar panjang. kalau pakai seluar paras lutut..ya, memang ia menutup aurat. Tapi ONCE anda duduk, ia akan ''shorten''! Maka ia akan membuka aurat kamu secara tak sengaja. Jadi nampaklah aurat anda. 

Oh, Malunya. 

Ok. andaikata dah berhijrah pakai seluar panjang. alhamdulillah, selamat sikit ye tak? Panjang pula janganlah meleret sehingga melepasi buku lali. sunnah Rasulullah kalau atas buku lali sikit.. Lipat la seluar panjang tu. :D

stail juga tu. 

fenomena sekarang ramai juga berseluar panjang. masalah lain pula timbul iaitu KETAT. alamak, KETAT ke? nak tahu ketat ke tak, tengok la kalau nampak saiz kaki yang kurus-cekeding atau demok-gedempon tu ..YA lah ketat. Bahaya betul. kalau pakai ketat, tapi baju kurta (labuh sehingga paras lutut) tu, Tak ada masalah. 

kalau baju pun pinjam baju adik lelaki yang baru nak besar tu, baju singkat. elok-elok ja. ketat sebab nak tunjuk six-pack. habis la..seluar ketat tadi tu menyerupai seseorang yang tak berpakaian. Take Note ya. Bahaya tu. 

aurat lelaki : pusat hingga lutut. 

3) Kurangkan Berhubung Dengan Wanita.

Perempuan dicemuh, Wanita juga dicemuh kerana berhubung dengan lelaki. Eh eh. Lelaki pun sama juga sebenarnya. Bukan untuk dicemuh tetapi lelaki juga memainkan peranan sebagai seorang lelaki Muslim. Jika seorang Muslim sejati, dia hormat wanita sekelilingnya. Kalau tak ada kepentingan dia tak akan ''usik'' imaan wanita tersebut sebenarnya (kalau dia suka). atau dia tak akan berhubung sesuka hati dengan mana-mana wanita.

dia tahan.
dia sibukkan diri dengan perkara yang lebih berfaedah. spt, main game. 

Kekadang lelaki ni nak seorang wanita yang tak berhubung dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan isteri. Kerana dia tahu dia mahukan isteri yang ''suci'' dari mana-mana pergaulan bebas. betul tak? 

dah macam tu anda nak, anda kena jadi macam tu dulu. 
Apa anda buat, itu anda akan dapat. Ouch.

4) Belajar Ilmu Agama Secara Berguru

sekarang ni dah banyak tau guru agama. Tugas kita sebagai orang biasa-biasa ni silakanlah menuntut ilmu. selagi nyawa dikandung badan silalah menuntut. selagi guru agama wujud, silalah menuntut. Apabila sudah menuntut ilmu maka amalkanlah ia.. 

Amalkan setiap hari. 
Nak jadi soleh kena praktik. hehe. 

Guru tu biarlah berdepan, boleh tanya direct. Kalau setakat google.com risau pula nanti akan jadi salah faham. Bila dah jadi salah faham akan membuatkan timbulnya permasalahan. 

5) Dulu Carut Marut, Sekarang Berzikir

Saya pernah dengar lelaki mencarut. Mashaallah, tak manis! Tak sedap telinga mendengar. Suka ke tengok mulut tu penuh caci makian, carut marut barut tarut. Jadi selepas ni cuba-cubalah tukar sikit.

kalau terkejut..selalu sebut ''bab* oi'', Maka tukarlah ia kepada ''Ya Allah'' , Nikmatnya sebut nama Allah ketika terkejut tu hanya dapat dirasai oleh orang yang menyebutnya. Kan manis kan. tak la nampak macam belajar tak habis bila asyik carut marut. 

:)

6) Kenali Rasulullah - Akhlak Terpuji

Kenal tak Rasulullah SAW? 
Siapa Baginda? 
Kisah Perjalanan Hidup Baginda? 

Kalau kurang tahu maka belajarlah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit betul tak. Apabila kita belajar sesuatu dengan sikap ingin tahu lebih mudah kita ''hadam'' ilmu tersebut. Walau umur dah 20 tahun, 25 tahun hatta 30 tahun sekalipun jika anda baru nak kenal Rasulullah teruskan. Jangan malu. kalau anda tak belajar sekarang, macam mana nak timbul rasa sayang akan Rasulullah? Malu tak, kalau isteri anda kenal dan sayang Rasulullah tapi anda berperasaan sebaliknya? Malu. kan. 

jadi belum terlambat untuk bermula. anda akan jadi lelaki hebat apb anda kenal Rasulullah dan ikut akhlak Baginda SAW.

7) Berhenti Menghukum, Mula membimbing

apa ni? 

kekadang saya nampak lelaki lebih suka menghukum terutamanya wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. dihina, dituduh, difitnah dan segalanya letakkan pada wanita tersebut. Ya, dia bersalah dengan Allah SWT. apa pula salah dia dengan anda?

salahnya..Mungkin kerana membuatkan anda berdosa kerana nak tatap dia saja sepanjang masa (cantik sebab tayang rambut blonde) . Sudahla tu. Jangan la nak menyalahkan si dia sahaja. Salahkan diri sendiri kerana sibuk nak tengok perempuan sana, perempuan sini.

Lower your gaze - rendahkan pandanganmu wahai kaum adam

kalau tahu dia tak menutup aurat, terutamanya keluarga. Belajar untuk menegur. Macam mana tu? Belikanlah tudung yang cantik, Pakaian yang cantik (mampu menutup auratnya), jadikanlah sebagai hadiah. Tahu kan perempuan cukup suka dengan hadiah. 

Tak pun. Nak menegur cara lain.

belikan BUNGA ROS sebagai hadiah (sekuntum) ke, Lepastu letakkan kata-kata hikmah atau selitkan sepotong ayat al Quran sebagai nasihat. Ya memang Allah dah tetapkan dalam al Quran memerintahkan wanita supaya menutup aurat .

Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

8) Sibukkan Diri Dengan Perkara Berfaedah
Jika anda gemar bermain bola sepak di waktu petang maka lakukanlah. Jika anda suka jadi sukarelawan maka buatlah. Sibukkan diri supaya tidak layan buat benda pelik-pelik. 
Bagusnya kalau anda join usrah. Sibukkan dalam kerja berfaedah tu ada banyak. Banyak kerja berfaedah & berguna untuk anda praktikkan. supaya hati tak lalai, maka sibukkan dengan kerja yang berfaedah.

Itu sahaja rasanya artikel kali ni. Moga jadi Penghijrahan yang diredhai Allah dan berterusan. Usah paling belakang, kisah lepas itu kisah hitam. Yang ke hadapan itu adalah kisah pencerahan kita. Moga Berjaya Jadi Lelaki Soleh! Insha Allah . 

NA. 


No comments: