Aku berjalan-jalan, melihat dan pandang ke depan. Ada kalanya aku pandang kiri dan kanan.. sbg langkah berjaga-jaga atau berhati-hati.
Tiba saat, Insan di belakangku mula memanggil-manggil.
''Suara siapakah itu?'' , aku menoleh ke belakang. Saat aku mula menoleh ke belakang, kaki aku sudah berhenti berjalan.
Pandang ke belakang. Aku tak nampak sesiapapun? Siapa tu?
Tika aku mula kembali melangkah ke depan, aku terdengar lagi ''suara'' itu. Aku toleh lagi. Siapa tu?
Tiada siapa.
Tiada kelibat.
Aku buntu, samada perlu teruskan perjalanan atau berhenti di situ menunggu insan di belakang ku itu muncul. Perlu teruskan berjalan?
atau aku perlu berhenti seketika? atau.. aku terus berpatah balik mencari pemilik suara itu?
''Nak.. Itu suara silam kamu, Ia akan selalu merinduimu wahai sayang. usahlah pandang lagi, usah kamu mencari-cari lagi. Ia sudah hadir dalam hidup kamu sekian lama. Cukuplah ia sbg pengajaran hidup buat kamu meskipun ia kebaikan mahupun keburukan.
Teruskan perjalanan kamu. Usah berpaling dan mencari-cari, ia telah hadir pun. dan biarkan saja ia pergi. '' ,
Ya Allah.
Aku tertunduk dan airmata ini dengan mudah sahaja mengalir..
ya, itu kisah silamku. Banyak kesilapan aku lakukan pd masa lampau. Cukup banyak. Tiada manusia dapat menerimaku melainkan Allah SWT sanggup menerima diri ini.. :'(
Moga Allah hadirkan insan yang ingin bersamaku di masa hadapan, Bukan yang senantiasa ''menjemput'' kembali kisah silamku utk tinggal bersama-sama di masa depan.
***
Saat kita buntu atau memerlukan bimbingan, sebaik-baik bimbingan ialah Allah SWT. Tak perlu menagih simpati atau terlampau mengharapkan mana-mana manusia untuk membimbing kita. Manusia juga bisa tersasar. Sekadar memasang sedikit harapan sudah memadai.
Apabila hati mencari-cari Sang Pencipta, Apabila hati mencari-cari kasih sayangNya, Apabila hati mula kembali kepada Rabbnya, Saat itulah akan diuji.
Hebat bukan kepalang setiap ujian yang perlu dilalui.
Saat itu juga akan muncul kembali kisah silam, Untuk menguji kita sejauh mana kekuatan kita. K E K U A T A N? Masakan kita ada kekuatan, sedangkan baru mencari kekuatan.
Ya, saat mencari kekuatan itulah sebenarnya ''latihan'' kekuatan sedang datang. Datang memberi latih tubi untuk merasai kesakitan! Merasai kejatuhan! Merasai kebangkitan!
Apa alasan?
Kenapa beralasan?
''Kamu mencari kekuatan, tapi apabila rebah.. kamu sendiri tak belajar untuk kembali bangkit. Dari mana datangnya kekuatan? dari kesakitan.. ''
ps : penulisan pendek dari saya. setiap orang ada silap dan salah yang lepas. belajarlah memaafkan dan menerima, Inshaallah..
No comments:
Post a Comment