Hari ni dah 6 Syawal. Maghrib nanti dah masuk 7 Syawal. Baki sehari sahaja lagi untuk sahabat merayakan 'Raya Puasa Enam'. Dah puasa ke? Alhamdulillah.
SALAM AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA
Berkat doa dan bulan Ramadhan yang lepas, keputusan peperiksaan UPM dah dikeluarkan. Syukur ya Rabb, dapat keputusan yang memuaskan hati tapi masih dengan harapan dapat improve lagi keputusan peperiksaan & tambah lagi banyak-banyak ilmu! Cuti semester berbaki 33 hari. Dalam masa 33 hari ni, athirah ada buat program sendiri. '22 Days Journey' , untuk diri sendiri & gaining experience spiritually. Insha Allah, mudah-mudahan ada perubahan.
Terdetiknya nak buat 22 Days Journey ni sebab rasa bersemangat tengok tentera al Qassam yang cukup hebat kerohanian mereka. Berjuang dalam bulan puasa, hanya dengan tamar & air kosong saja jadi makanan mereka ketika sahur dan berbuka. Sungguh kuat kebergantungan mereka kepada Allah SWT. Mereka juga tak tinggalkan solat malam, dan yang paling hebat mereka tu semua penghafaz al Quran. Mashaallah, hebatnya mereka. Solat berjemaah juga diamalkan. Athirah tahu tentang semua ni bersumberkan surat khabar & maklumat dari Page Aman Palestin dan Aqsa Syarif. Nak berubah mendadak untuk hafaz al Quran mungkin tak mampu, tapi kita kuatkan rohani dari segi jaga solat, jaga hubungan Allah & Makhluk, perbetulkan amalan-amalan. Belajar mendirikan solat di sepertiga malam setiap hari.
1 Syawal tiba..
Alhamdulillah. Dapat menziarahi saudara mara sebelah Mak. Seronok sebab dapat makan banyak dan makan makanan yang jarang dimakan. Nyumnyum.. Dalam Aidilfitri tahun ni seperti tahun-tahun biasa, bersederhana sahaja. Cukup la dengan apa ada, Tak membazir. Haa baru betul. Membazir tu amalan syaitan. Syaitan ke manusia kita ni? Haha, ya kita manusia. Jadi jangan buat amalan yang syaitan buat (lain la kalau kita ni cousin depa nahh) .
Perkara yang paling menggembirakan dalam hidup athirah, cukuplah family. Selain family mungkin la sahabat yang terdekat. Kalau nak dibandingkan kehidupan ni dengan hidup orang lain, rasa sangat-sangat bersyukur. Walaupun ada kurangnya, lebihnya di mana-mana..tapi Allah tu Maha Adil. Tiap orang ada saja jalan terbaik Allah bagi.
Tunggu next entry ok.
Tata.
No comments:
Post a Comment