Saturday, August 2, 2014

Enjoy Our Bujang Title.

Bismillah, 
Assalamualaikum wbh. 

Hai Hai, Haloo. 

Tips untuk Enjoy Our Bujang Title 

Ramai ya sekarang ni ukhti-ukhti kita dan akhi-akhi kita 'berjiwang dalam berdakwah'. Kadang-kadang ia hanyalah gurauan tapi lama kelamaan ia menjadi suatu keseronokan. Istilah Zauj (suami), Zaujah (isteri), Walimah (kenduri), Nikah, dan sebagainya spt satu igauan. 

Ops. 

Tak, saya tak kata semua orang macam tu. Ada sebilangan sahaja. Mungkin benarlah, dia akan bernikah dalam masa terdekat. Darah manis lettew. Itu kita faham. Tapi buat yang hidup tak terurus, menghadap social media 24 jam tu? Kenapa pula ya? 

So, here I'm gonna share some tips with you guys and for my own reference on HOW TO ENJOY OUR BUJANG TITLE. Faham dop? Maksudnya yang tersirat, Bagaimana nak berseronok dengan gelaran bujang. Sementara masih bujang, dan parents belum izinkan bernikah di usia muda spt orang lain. Sekarang adalah fasa bujang ya. Jadi dalam fasa ni diwajibkan ke atas kita untuk taat pada Ibu dan ayah, berbakti pd mereka jika masih hidup, mendoakan mereka walau hidup atau sudah meninggal dunia. 

1. Belajar 

Macam-macam jenis pembelajaran anda boleh mencuba. Pertama, belajar memasak. Untuk orang yang belum mahir memasak tu sila lah belajar memasak. Jenguk mak di dapur tu dan silalah mempelajari ilmu percuma sepanjang hidup. Kedua, belajar berkebun. Kalau pelajar UPM ni ada kelebihan untuk belajar pertanian jadi memang ada ilmu pertanian silalah praktis ye. Berkebun ni bagus tau sebab apabila hasil pertanian menjadi, kita boleh bagi buah/ sayur tersebut kepada manusia/haiwan. Selagi manusia/ haiwan mendapat kebaikan dari hasil pertanian anda, selagi tu la saham akhirat (pahala) mengalir .. alhamdulillah..

Nak belajar apa lagi? Belajar upgrade iman. Nak? Dah tahu kita ni belum mahir tajwid, ha silalah sila cari tok guru untuk belajar baca al Quran secara bertajwid. Masuk usrah pun boleh. Erti kata lain, Belajar ilmu agama! Yeah! Tak susahla. Nanti boleh la didik zaujah & anak-anak. Ilmu ni belajar la selagi masih muda. Lepas belajar, beramal. Sekarang kan bujang. Senang sikit nak bergerak ke mana-mana. Tak risau sebab tinggal teddy bear je kat bilik :p

teddy bear tak makan setahun pun tak pa. 

yang penting bersumberkan al Quran & Hadith ya wahai sahabat. 

2. Jalan-jalan

Masa bujang la nak berjalan merata kan. Rasa nak bergerak ke mana-mana tu pergi ja tanpa menghiraukan apa-apa. Jalan-jalan dengan kawan-kawan se-jantina. Wah, serius best. Kutip pengalaman jalan-jalan tu banyak sebanyak banyaknyaaa ya. Nanti boleh cerita dekat anak-anak, situ dah pergi..sini dah pergi. 

3. Menjaga penampilan diri

Perempuan. Lelaki. Sama ja. Islam ni agama yang cukup sempurna. Mementingkan kecantikan, kebersihan. Subhanallah. Nak pakai cantik-cantik, stylo ke. Boleh, Asalkan selari dengan syariat. Bina keyakinan dalam diri berhadapan dengan semua orang. Biasakan pakai cantik-cantik. Nanti sekurangnya bila kalut dengan anak-anak, kalut dengan tanggungjawab, anda terbiasa dengan pakai cantik-cantik..anda maintain cantik! subhanallah. 

4. Bina aset

''aset? Duit pun pokai. nak beli aset. aset apo? rumah? deh. ''

Ya, mungkin tak mampu nak beli rumah. Nak beli kereta untuk orang susah macam saya ni (sebab saya pun bujang lagi). Belajar pula tu! Tapi apa yang kita mampu beli ialah BUKU dan lego. eh lego? Tak, tak. Maksud saya benda lain selain buku pun boleh. Macam rak buku ke, baju, tudung, alat tulis, dan semua benda aset kecik-kecik. 

Saya dah ada berpuluh-puluh buah buku ilmiah (tak termasuk komik/ majalah).
Anda? Bila lagi? Jom. 

5. Cabar Diri

Hat ni susah nak habaq. 

Mencabar. Dicabar. Tercabar. 

Cabar diri untuk lakukan sesuatu yang berada di luar keselesaan. Biasanya, takut nak pergi panjat bukit. Jadi pergi la panjat bukit. Nak panjat awan pun boleh, kalau boleh la. Takut katak? Cuba pegang katak. Seronok ni cabar diri. Dapat bina keyakinan diri. Nanti nak berdepan dengan wali bakal zaujah kan, itu lagi nebes uols. Jadi tak perlu fikir lagi. Fikir cabaran diri ja dulu. 

6. Simpan duit

Liatnya nak menyimpan. Liat! Pasal liat tu kena simpan. Bukan senang kan nak menyimpan. Tapi semua orang tahu apa kebaikan menyimpan. Besor tau kebaikannya. Maka, mulalah menyimpan. Umur 20 ni..masih belum terlambat lagi nak menyimpan ya. 

Sehari RM1 pun okey. Better than never. 

7. Amalkan Sunnah Rasulullah

Ketika nak berdiet akibat dari kegemukan melampau setelah cuti semester, cuba praktis amalan sunnah. Rasulullah SAW makan apa setiap hari, macam mana Rasulullah makan. Bangun tahajjud setiap malam pun banyak manfaat tau. Badan akan sihat, Inshaallah. Amalkan dulu. makanan yang Rasulullah makan tu, kita makan. Mandi sebelum subuh boleh singkirkan lemak tau! 

Senaman, jangan tinggal. 

Tamat.

Sedar tak sedar, dalam mengisi masa dengan buat semua ni..Tiba-tiba ja dah ter..sampai jodoh. Ha giteww. Inshaallah. Kalau tak sampai jodoh di dunia ni, Inshaallah di syurga nanti. Dapat bidadari pula tu. Tapi dengan syarat, kena taat perintah Allah & jauhi laranganNya. 


Jadi? Berhenti update jiwang gitu teruskan hidup anda spt biasa dengan buat 7 tips hebat ni, Inshaallah. Kalau tak buat, Tak berhasil. 

Selamat Mencuba ~


No comments: