In
the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum. Entri
yang simple malam ni. Hanya sebuah
perkongsian santai tentang ‘Kehidupan Universiti’. Saya yakin semua masih excited, sangat gembira, dan ada juga
yang sedang berduka. Sebelum kita sembang-sembang tentang kehidupan universiti
ni, jom kita fahami ayat-ayat ni dulu. Especially
for those who are sad from 12 noon until now.
ar Ra’d : ayat 28
al Baqarah : ayat 152
al Ahzab : ayat 35
al Ahzab : ayat 41-42
al Munafiqun : ayat 9
al Kahfi : ayat 24
al Anfal : ayat 45
Alhamdulillah. Dah tak
sedih kan? Ok jum kita proceed! Yey!
Sejak 12 tengahari tadi, WhatsApp dan Private Messaging di Facebook
banyak soalan-soalan yang ditanya bakal mahasiswa mahasiswi ni (bajet famous la sat). antara soalan..
Soalan
1 : apa yang patut saya bawa ke sana nanti?
Seperti entri sebelum ni
saya dah ada tulis 4 atau 5 perancangan nak masuk ke Universiti. Betul tak?
Jadi boleh rujuk entri sebelum ni. Sila tekan older posts atau scroll sahaja
ke bawah. Sebagai tambahan, bawa la apa yang perlu. Kalau rasa Pooh (bear) tu
perlu, bawa la. Kalau rasa macam euuuwww, OK tak perlu bawa.
Soalan
2 : Di universiti betul ke bebas seperti yang dikatakan?
Bebas tu banyak maksud.
Ada sesetengah orang tafsirkan bebas tu spt kucing yang boleh pilih pilih partner dan tukar partner anytime anywhere. Ada orang yang skema macam iols ni fikir
bebas tu spt hidup berdikari. Ha tudia. Berdikari tu.
Kalau diikutkan secara umum.
Universiti ni masih ada peraturan. Peraturan tetap ada. Cuma ketat atau tak tu
bergantung pada setiap individu. Saya tak galakkan la sangat nak terlampau tak
mengikut peraturan, Cuma berfikirla secara bijak. Buat apapun secara bijak!
Sebenarnya kehidupan di universiti bergantung pada keperibadian kita. Agak-agak
kan kalau kita ni seorang yang tak suka hormat orang, ada tak..kemungkinan
orang akan hormat kita? kemungkinannya sangat tipis.
What
you give, you get back.
Soalan
3 : Pengurusan kewangan tu pula macam mana?
Pengurusan kewangan ni
sangat sangat sangat penting. Seperti saya sendiri, saya memilih untuk buat
bisnes sambil belajar. Alhamdulillah. Tak ada yang menggugat pembelajaran. Ada
juga orang yang sanggup ikat perut tak makan malam (diet duit dan diet badan).
Ada pula orang yang makan nasi saja tanpa lauk. Ada yang photocopy notes 10 slides in
a page.
Apapun yang kita buat,
berfikir. Guna akal yang Pencipta bagi. Pendapat saya, jangan cut duit makan & pembelajaran. Sebab
keduanya sangat penting untuk pelajar. Cut
duit topup boleh. Ha itu bagus.
Soalan
4 : senior suka buli tak?
Hmmm. Dik, ni bukan
sekolah. Ini universiti. Alhamdulillah setakat ni seniors saya semuanya happy
go lucky, kind hearted, cute, dan sebagainya yang positif. Tak ada la buli
yang tak educate. Buli masa orientation tu ada la sikit. Hahaha
Itu antara soalan-soalan
yang kurang relevan ditanya. Ada juga a
few questions yang relevan. Spt di bawah ;
Soalan
5 : boleh akak kongsi tak, pengurusan masa di universiti?
Sejujurnya dari hati luhur
(ayat cerpen), Pengurusan masa sangat penting. Semua benda pentingla senang
cerita. Ok tutup blog. Bye.
JK.
Saya pelajar yang bakal
masuk Tahun 2 UPM. Banyak lagi perkara saya perlu tahu dan belajar. Tapi, masa
8 bulan (2 sem) yang lepas cukup banyak la saya belajar. Terutamanya dari segi
pengurusan masa.
Saya cuba cuba buat itu
ini, uruskan masa itu ini. Sebenarnya pengurusan masa bergantung kepada
individu masing-masing. Ada yang suka membuang masa, gunakan masa betul-betul.
Apa yang penting, isikan masa tu dengan sesuatu yang PENTING dulu.
Jom saya bagi contoh, sat
lagi hangpa tak paham kalau tak bagi contoh.
Contoh 1 : Pensyarah bagi
assignment , dan dalam masa yang sama
dah janji dengan kawan nak keluar pergi cari buku. Mana lagi penting? Keduanya
Nampak penting kan? Mestila kena siapkan dulu assignment. Dah siapkan assignment,
baru keluar terus cari buku.
Tu contoh mudahla. Saya
bagi analogi yang saya biasa guna..
Ada sebuah cawan. Cawan
tersebut diisikan dengan batu besar dulu. Apabila batu besar dah siap diisi ke
dalam bekas itu, maka kita masukkan pula batu kerikil yang lebih kecil. Masuk
tak? Ya, masuk. Mengisi tempat kosong yang batu besar tu tinggalkan. Selepas
tu? Kita masukkan pula pepasir. Ia sangat halus semestinya dapat memenuhi ruang
kosong. Akhir sekali? Masukkan air. Air tu sangat halus banding dengan pasir.
Akhirnya bekas itu penuh!
Begitu juga la masa kita.
jika diisi dengan perkara besar dulu, yang kecil dapat dipenuhi kemudiannya.
Jika diterbalikkan, kita isi air dulu, kemudian pasir, batu kecil, dan batu
besar?
Batu besar tak dapat
memenuhi baki ruang yang ada.
Harap anda faham analogi
mudah ni. kalau tak faham? cari cikgu BM sekolah dulu, hehe.
Soalan
6 : aktiviti Islamik banyak tak?
Huhuhu. Bagus ya awak
sebab tanya soalan macam ni. Aktiviti Islamik banyak. Jangan risau. Cari ja
pengisian rohani. Lebih bagus kalau join usrah.
Pembina ada di setiap IPT. Carilah PEMBINA nanti buat sesiapa yang belum
mengenali apa tu PEMBINA. Boleh LIKE page
PEMBINA.
Inshaallah, ada usrah,
kita tak akan ter…lari dari landasan. Mudah-mudahan.
Soalan
7 : betul ke ramai yang culture shock?
Alhamdulillah. Setakat
sekarang ni sahabat saya di UPM belum lagi ada yang culture shock. Sebab masih sedar diri. Ha tudia. Jangan risau,
universiti bukanlah tempat yang teruk. Ia tempat yang penuh ilmu. Pasang
nawaitu (niat) baik-baik, Inshaallah.
Mudah kan? Mashaallah.
Hebatnya hidup di universiti. Jangan takut, Jangan risau, dan jangan terlalu excited. Cukuplah sekadar mensyukuri
nikmat Allah SWT kerana dikurniakan nikmat sebesar ni. Alhamdulillah.
Harapnya sedikit sebanyak,
anda dapat gambaran bagaimana rupanya. Enjoy
the moment! Tak perlu fikir teruk sangat masa depan. Sabar & teruskan
berjuang!
Ini tips sikit,
Pendaftaran
: Pada
hari pendaftaran adalah hari yang cukup serabut. Pakai lah pakaian yang menutup
aurat dan sopan serta memberi keselesaan jika berpeluh.
Walaupun pendaftaran
mungkinlah di dalam foyer, atau di kawasan yang berdingin sejuk, tetapi harus
diingatkan segala kemungkinan. Bagi perempuan, pakailah baju kurung cotton
lembut. Untuk kasut pakaila snickers (kalau ada) atau kasut bertutup yang
mudahkan pergerakan.
‘’nak pakai wedges boleh
tak?’’
‘’high heels ke boleh?’’
Bergantung kepada anda.
Kalau dah terbiasa hiking dengan high-heels silakan la pakai. Bagi saya, kasut
flat itu lebih selesa untuk bergerak dengan pantas. Buat lelaki pula pakailah
pakaian seperti slack, kemeja yang serap peluh. Rambut tu pun bagi kemas. Jika
panjang, buat sesuatu bagi tak menganggu perjalanan anda. Kang tergolek jatuh parit
malu la sekejap. Hehe
Selepas selesai tentang
pakaian, selesaikan lah pula barang-barang. Bawa barang penting sahaja ya.
Ingat, buat list-to-do dulu sebelum packing. Nanti nak pack, senang sahaja kita
tanda mana yang dah bawa dan mana yang masih belum lagi dibawa.
Perempuan, selalunya
tudung sampai berbelas-belas warna. Seeloknya bawa la yang termampu dulu. Risau
ia makan ruang. Hidup ni ringkas saja. Saya tak mahu huraikan panjang apa yang
perlu dibawa dan apa yang tak perlu. ingat,
pakai pakaian sesuai. Fail dan dokumen siapkan dengan selengkapnya dan perlu
ada lebihan sekeping dua sebagai spare part . waktu beratur pendaftaran, sila
bina kawan! Berkenalan sebanyak mungkin ya. Ha, jangan lupa ya sila datang
seawal mungkin.
Kalau pendaftaran jam 8.30
datang lah jam 8. Bukan jam 9.
Selepas pendaftaran,
kebiasaannya akan dihantar atau dibawa ke bilik penginapan masing-masing. Waktu
ini adalah waktu kemuncak. Berpeluh sakan nak mengangkut barang. Ha itulah
kalau bawa barang banyak, bawa juga lah ‘pengangkut’ yang ramai. Kalau ada
adik-adik ramai, boleh buli sekejap.
Kalau mak, ayah dan kita
saja. Alamatnya kita la kena mandi peluh nanti.
Ada bilik yang dekat
sahaja dengan tempat parking kereta. Ada bilik yang jauh dari tempat parking
kereta. Jadi, bersabarlah ya. Jika jauh carikan alternatif lain. Usai masuk ke
bilik barang-barang anda, cek sekali lagi list. Mana tahu ada lagi yang
tertinggal seperti berus gigi ke, tuala mandi ke. Selipar mandi ke? Haa.
Keluar beli barang dan
jumpa keluarga buat kali terakhir ok. Selepas ni berbulan pula baru balik.
Kalau kaya sikit boleh balik setiap kali hujung minggu buat orang yang tinggal
jauh la.
Jangan lupa juga kemaskan
bilik. Masa anda untuk kemas adalah di antara habis pendaftaran sehingga
bermulanya orientasi. Orientasi nanti nak cari barang risau serabut pula kan.
Orientasi universiti kebiasaannya tak la tough sangat. Bergantung kepada
keadaan.
Dah habis kemas tu boleh
dapatkan maklumat dari fasilitator yang ada di blok-blok terdekat untuk tahu
maklumat orientasi nanti. Atau tengok pada lampiran fail yang anda dapat.
Orientasi di mana, pakaian apa. Mungkin juga akan ada pengumuman kelak.
Pakai pakaian sesuai ya.
Menutup aurat.
Itu saja rasanya.
I
hope you guys really enjoy this entry. Actually I didn’t have enough
preparation to share any tips..Just doing this to answer the same questions
that frequently asked.
Selamat Datang &
Assalamualaikum.
1 comment:
Salam kak. . sy bakal junior akak, dvm juga...hehe.. nak tnya la, masa akak pg daftar dulu, bilik dh ditetapkan ke? atau masih guna konsep siapa cepat , dapat bilik tngkat bawah? -laila
Post a Comment