Tuesday, September 2, 2014

Alkisah ‘wanita kurang cantik’.


Namanya dikenali sebagai Umi (bukan nama sebenar). Umi seorang wanita biasa seperti kalian. Bezanya hanya satu, umi kurang cantik jika dibandingkan dengan rakan sekuliah, rakan seperjuangan, juniors atau seniors, atau… emm, mungkin jika dibandingkan dengan semua orang.
Bahasa yang berlapik ialah ‘kurang cantik’ tapi dalam bahasa modennya, huduh.
Saban hari usianya meningkat, wajahnya juga tidak berubah. Satu perbezaan yang cukup ketara jika dibandingkan dia dengan sesiapapun iaitu.. dia tak berasa ingin mengubah penampilan pun. Walaupun hanya sekali. Dia tidak pernah termakan pujuk untuk mencuba apa jua produk yang boleh memutihkan wajah, malah mencantikkan wajah pun.

Umi juga merupakan seorang Islam. Atau Muslimah.
Spesifikasi kepada kehodohan dia adalah seperti berikut ;

1.    Gigi

Gigi yang ber-ke-ce-ramuk. Bagaikan gigi yang dipukul raket tenis dan berterabur. Tetapi,.giginya statik. Ha gitu.

2.    Bibir

Bibirnya selalu sahaja merekah. 24/7 kena pakai lipbalm. Kalau tak, memang terkoyak rabak bibirnya lepastu berdarah. Selalu kering dan sebagainya. Kasihan, kan?

3.    Tangan dan kaki

Tangannya mengelupas. Kerap kali mengelupas. Seperti bersisik-sisik. Ini membuatkan umi kurang selesa apabila berhadapan dengan orang. Maka dia pun memakai sarung tangan fabrik yang disediakan khas buat Muslimah. Kaki tu dia pakaila stoking bila keluar rumah. Kan aurat…

4.    Muka

Hm..kulit ok, Cuma kurang cantik ja.
Kalau bedah macam Korean tu boleh la jadi cantik.. (ops..jangan..jangan..)
5.    Badan

Chubby sikit-sikit ja, tak chubby sangat. Gemuk pun tak. Cuma berisi..
Mungkin kurang senaman J

Itu serba sedikit cerita tentang Umi. Dia juga kerap kali disisihkan kerana kurang bergaya seperti sahabat yg lain. Ya. Dia kurang di mata manusia. Cukup pakej kekurangan fizikalnya di mata manusia. Tak nampak apa yang lebih pun.

Cuma.. dia LEBIH di mata manusia yang menghargai ciptaan Allah. Kenapa ya?

Di sini saya sertakan kelebihan yang ada pada Umi. Kecantikan yang tak dapat dipantulkan oleh cermin iaitu kecantikan jiwa. Orang yang matanya selalu tengok kebaikan sahaja akan nampak kecantikan tersembunyi yg ada pada Umi.

Walaupun giginya berterabur, bibir merekah, tetapi Umi tidak pernah mengumpat sesiapapun. Tidak pernah.  Dia dididik penuh dengan kasih sayang untuk menyayangi orang lain. Umi cukup memahami perasaan orang yang diumpat, disebabkan itulah umi tidak meletakkan dirinya sbg orang yang suka mengumpat.

Dia juga kerap senyum kerana dia tahu, senyuman itu adalah sedekah yg paling ringan. Mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain. Dengan bibir itu juga dia melunakkan suara utk membaca al Quran SETIAP HARI. Dengan bibir itu juga dia sering menasihati adik-adiknya kea rah kebaikan.

Walaupun tangannya serta kaki mengelupas dan bersisik, dia sering kali membantu orang lain menggunakan tangan dan kaki tersebut. Di mana sahaja ada pertolongan, dia akan cuba untuk membantu sedaya mampu. Sebab Umi tahu, dengan tangan dan kaki itulah yang akan menjadi saksi di akhirat kelak akan amanah yang perlu digunakan di sini.

Jika berada di kolej, dia akan melangkahkan kakinya ke surau..

Setiap hari wajib 1x baginya utk berjemaah. Rugi jikalau Umi ketinggalan pahala yang banyak.
Walaupun kulitnya itu tidaklah secantik mana, tidak juga seputih bersih spt wanita lain, tetapi kulitnya itu penuh dengan Nur...(cahaya). Orang yang sering melihat kebaikan sahaja akan nampak cahaya di wajahnya. Berseri-seri selalu. Umi akan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Dia sudah terbiasa sejak beberapa tahun lepas lagi. Alhamdulillah.

Hanya orang terdekat dengan umi sahaja yang tahu, bahawa umi merupakan seorang wanita yang mempunyai jiwa yang cukup cantik. Dia sentiasa husnudzon (bersangka baik) dengan orang sekelilingnya. Dia tahu, jika dia negatif sekalipun perkara itu akan memburukkan dirinya sendiri.
Dia sentiasa memaafkan diri orang yang berada di sekelilingnya dengan cuba menyambung silaturrahim yang diputuskan.

Subhanallah, hebat cerita Umi (bukan nama sebenar) ni. Dia tahu, walaupun dia kurang cantik tetapi dia tetap mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak semudahnya diberikan kepada yang tidak berhak. Ada juga beberapa kumbang yang datang untuk merisik si bunga kurang cantik ini, tetapi ditolak secara baik. Bukanlah kerana jual mahal, tetapi disebabkan prioriti. Dan dia tahu belum masanya lagi.

Itulah kisahnya serba ringkas seorang Muslimah. sbg penguat semangat kepada sesiapa yang rasa dirinya itu kurang cantik fizikal. Kisah ini merupakan kisah sebenar tetapi diolah namanya.
Islam itu menjadikan seseorang itu istimewa. Cukup istimewa. Tidak menjadi kerugian bagi sesiapa yang memperjuangkan kebenaran dan melakukan kebaikan. Walaupun umi mempunyai satu kekurangan iaitu kurang cantik, tetapi dia masih mempunyai beribu kebaikan.

‘’Biarlah kita kurang cantik di dunia pun. Mungkin ini merupakan ujian Allah spy kita lebih dekat kepada Allah SWT dan spy memudahkan kita meraih redhaNya untuk ke syurga Allah.. di sana nanti, semuanya akan cantik.. tiada penyesalan jika berwajah buruk sekalipun kerana wajah buruk ini juga sebuah pinjaman’’.


“Eleh, ko cakap macam tu sebab ko tak cantik. Ce ko jadi cantik, mesti ko selfie jugak tayang sana sini..’’ – si fulanah.

“Oh, sebab itulah saya bersyukur saya tak cantik. Dengan tak cantik inilah saya akan lebih merendah diri. Mana tahu jika saya cantik, saya akan jadi riak dan takbur. Lepastu saya lupakan Allah. hmm.’’ – umi.


Moga kisah umi sedikit sebanyak membawa kita untuk berfikir. Setiap apa yang ada kekurangan pada diri kita adalah merupakan sebuah platform untuk kita gunakan kelebihan lain yang kita ada. Mungkin kurang di sisi manusia, tetapi lebih berganda di sisi Allah SWT.. <3 font="">

No comments: