Saturday, September 20, 2014

alkisah R.O.J.A.K

Bismillahirrahmanirrahim, 
Assalamualaikum wbh. 

takziah buat pelajar UiTM Shah Alam yang meninggal akibat kemalangan di dalam kampus tu sendiri, Moga urusan arwah di sana dipermudahkan. amin. bersiap sedialah pula untuk diri sendiri.. Bila pula giliran kita ya? 

Hari ni bukan nak kongsi apa sangatpun. C U M A nak kongsi tentang S I B U K. semua orang melalui zaman sibuk masing-masing, betul tak? Ada yang jadi MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) la, ada yang jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), ada yang jadi Presiden, AJK dan sebagainya. Sejak 2 minggu masuk belajar ni, MasyaAllah.. memang ter-sangat-lah sibuk. Sampai satu tahap bila ada masalah, rasa nak menangis. 

Usrah pun belum mula lagi untuk minggu ni. disebabkan masing-masing sibuk. hmm. 
Teringat pula pesanan Mak (cuti sem yang lepas), 

''Jangan biasakan sangat diri tu sebut perkataan sibuk, tak ada masa la. Jangan.. '' 

Terfikir kembali., Kenapa ya Mak cakap macam tu? 

Pendapat saya sendiri, ada benar juga apa yang dimaksudkan Mak tu. Jika dah terbiasa sebut perkataan sibuk la, tak sempat la, tak ada masa dan sebagainya, risau kita akan jadi orang yang tak ada masa untuk keluarga satu hari nanti. 

Diri saya sendiri, sibuk macam mana pun. Tetap ada masa nak rindukan keluarga. W A J I B balik! Sebab saya ada Mak kandung seorang saja. Mak la ayah, Mak la seorang ibu. Mana ada siapa lagi dah yang saya nak rindukan.. 

Orang yang menyusukan saya, 
Orang yang menjaga minum makan saya,
Jaga pakaian saya, 
Jaga kesihatan saya,
Berikan saya masa untuk belajar berdikari,
Sahabat baik kepada saya, 
Orang yang kuat semangat, 
dan macam-macam lagi yang tak dapat nak khususkan.. <3 font="">

Allah. rasa beruntungnya dikurniakan ibu. walaupun saya tak ada ayah bersama melihat saya membesar, melihat kejayaan dan bersama kejatuhan saya.. saya rasa cukup dengan seorang ibu. 

Allah Maha Adil, Kan? 

SubhanAllah. 

Nasihat untuk diri sendiri (terutamanya), belajar untuk menghargai ibu ayah sementara KITA MASIH HIDUP! bukan mereka saja yang masih hidup. Kita ni pun akan mati. Jika Allah kata esok ajal kita, maka esokla.. 

hm. 

InsyaAllah Januari akan datang bermula lah praktikal untuk kali ke 4 di tempat orang. Moga perjalanan dimudahkan.. 

Sepanjang minggu sibuk ni, timbul macam-macam perasaan. Tapi cepat-cepat kembalikan hati ni kepada niat yang dah 'dipaku' sejak sebelum bermula sem. Datang sini nak menuntut ilmu kerana Allah, maka semua yang aku buat ni.. kerana Allah.. 

Bila buat salah, kita rasa bersalah, tandanya hati kita masih hidup. 
Hargailah hati yang belum mati itu untuk kembali kpd Allah. Tuhan Semesta Alam. 


'' seorang penuntut ilmu itu sedang melalui jalan yang sangat mulia. dengan ilmu itu dapat menjadi wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, jadi.. jagalah batasan antara lelaki dan perempuan, risau nanti akan menjadi asbab atau benteng kepada ilmu itu untuk masuk ke dalam hati kamu yang kotor.. Jika ia masuk sekalipun, ia gagal untuk meraih keberkatan..di mana keberkatan itu tak dapat dilihat.. '' 

sebak rasanya hati ini.. 

Saat lampau kadang-kadang datang, dan datang. Mungkin sekadar datang sebagai peringatan dpd Allah supaya jangan lakukan lagi sepertimana pernah dilakukan. Diri ni bukanlah sesuci sahabat yang lain yang lahirnya lagi sudah mengamalkan Islam. 

Dalam usia belasan tahun, barulah saya merangkak mencari arah tuju cahaya yang disuluh. Jauh lagi perjalanan untuk diri saya ni, jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain tapi InsyaAllah, putus asa itu tak akan hadir dalam kamus hidup saya (cewah..)

serius. Jangan letakkan benda negatif dalam pemikiran. 
Positif ja semua. Dengan izin Allah, Dia akan berikan yang kita perlu. 

Senyum sikit? 
Aha.. 

** sambil makan pisang & update blog**

''Akak, macam mana nak rasa manisnya Iman tu?'', tanya seorang akhawat kepada akhawat yang lain. 

''Oh itu. Awak kena cari dulu Iman tu, 'masukkan' dalam diri awak dulu. Dan awak sendiri akan rasa betapa sayangnya awak pada Allah dan Rasul melebihi segalanya!'' 

''betul ke kak?'

''InsyaAllah.. awak cari dulu...sesuatu yang dapat tingkatkan iman awak. '' 

** Pisang pun dah habis.. Maka berakhirlah entri kali ini. Jom menelaah pula.. **

jumpa lagi di entri lain nanti, dengan izinNya! 


Eh, mana ROJAK? Pisang ja ada? 
ROJAK tu cari sendiri dalam entri ni. 
assalamualaikum!




1 comment:

Unknown said...

Mak sentiasa diingatan kan...